Resepi Kek Coklat Moist Tanpa Telur Sedap Sangat Dan Lembut

ASSALAMUALAIKUM...


salam jumaat semua.. mendung hari ini ,suhu pun sejuk..

lama tak kongsi resepi kek...yang ni pun dah berkurun dalam draft.. hii.. kek favorite sudah tentu kek coklat ... tapi kalau biasanya kek main letak topping macam-macam tu kan.. dengan buttercream bagai tu kan tak berapa minat.. kalau habis nak topping pun ,, buat sos coklat tu.. tuang atas kek biar meleleh.. yang simple macam tu memang suka.. sebelum ni ada pernah cuba sekali buat kek coklat letak plain yogurt tapi yang tu letak telur  ..memang sedap ,,moist dan tekstur kek lain sikit ,,nak banding yang tak letak yogurt..

kali ini nak kongsi eggless chocolate cake.. jadinya sesiapa yang vegan tak boleh makan telur .. boleh lah cuba resepi ni.. very moist ..telan pun dah macam velvet.. jer .. nama resepi asal tak ada istilah velvet.. hiii.. ni saja letak velvet .. lembut bagaikan baldu bila telan .. ayat pancing sungguh :D

kek coklat ni kalau semalaman dalam peti lagi sedap.. makan sejuk-sejuk lagi la sedap..bahan-bahan seperti di bawah..




resepi olah sikit.. tak ikut resepi asal part letak aising tu ..wani skip part tu.. tak berapa suka telan kek beraising. mudah je kan.. kacau pun dengan handwhisk.. kalau buat  kek nak keluarkan mixer bagai tu kan ..memang wani malas sikit nak buat haaa...sedap ni.. budak- budak pun suka makan.





EGGLESS CHOCOLATE CAKE
SUMBER : marias menu

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder 
1 sudu teh baking soda
6 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan gula pasir 
1/2 cawan minyak sayur atau minyak jagung 
1/4 cawan air nescafe panas ( 1 sudu teh dilarut dalam 1/4 cawan air panas )
1/4 cawan susu ( suhu bilik ) 
1/4 cawan plain yogurt ( suhu bilik ) 
1 sudu teh esen vanila 

CARA-CARA 
1. Dalam satu mangkuk yang besar, ayak tepung gandum, baking soda, baking powder, dan serbuk koko. masukkan gula dan buat sedikit lubang di tengah
2. tuangkan ke semua bahan basah
3. dengan menggunakan handwhisk, kacau perlahan -lahan ke semua bahan sehingga sebati. jangan terlebih kacau. 
4. tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper . hentak loyang dalam beberapa kali nak bagi keluar buih udara 
5. bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 30 minit pada suhu 150 C ( bergantung kepada oven masing- masing ) 
6. sebelum keluarkan daripada oven, cuba cucuk dengan lidi, sekiranya lidi licin menandakan kek telah masak
7. sebaik sahaja keluar dari oven,sisipkan keliling loyang dengan pisau dan keluarkan dari loyang terus atas wire rack untuk disejukkan

NOTA 

wani guna loyang empat segi 7 x 7 inci  
kalau nak simpan macam dalam gambar, terus wrapkan dengan cling wrap dan letak dalam peti , keesokan tu baru wani potong,, lagi terserlah kelembapan, tapi memang dah moist pun nak makan terus panas - panas tu pun tak apa sebab nampak moist sangat disebabkan kelainan ada yogurt 



7 Comments

  1. Ada lagi tak Wani?
    Meh sini bagi kakak sepotong jadilah:)

    ReplyDelete
  2. Laparr. Bnyk kek guna oven --' mek tkde oven

    ReplyDelete
  3. Kalau rajin boleh cuba resepi ni.. Reen ni bab memasak byk bahan dan step jadi kurang rajin nak buat. Kui kui kui

    ReplyDelete
  4. berliur tgk.. wani xjual ke?? hahaha.. kalau bab masak ni Unni memang kelaut sikit

    ReplyDelete
  5. tgk bahan bahan pown dh terasa sedapnya...thanks wanie for the share...

    ReplyDelete
  6. Kalau baby makan ni mau tak tidur malam sebab ada nescafe. Tapi kalau mak paknya makan, takut tak cukup. :P

    ReplyDelete
  7. perghhh gabungan yang mantopp! tapi coklat tetap di hati haha

    btw, jemput join segmen blog saya kak! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post