NILAI KEKELUARGAAN || IKLAN TAHUN BARU CINA

ASSALAMUALAIKUM...

iklan

Sudah perasan banyak dah iklan perayaaan tahun baru cina keluar, kali pertama wani tengok iklan coke, lepas tu dari KFC, lepas tu dari produk Nivea, pendek kata, setiap produk akan mengeluarkan iklan tersendiri mengenai tahun baru cina yang akan disambut pada 28 Januari nanti. Apa yang dapat wani lihat semua iklan mementingkan elemen kekeluargaan. Bukan hanya perayaan Tahun Baru Cina, perayaan lain pun sama, semua amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan. Betapa pentingnya hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, terutamanya bila sesuatu perayaan bukan sahaja hanya untuk gembira menyambut perayaan malah mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga

Bermakna tak kisah penganut agama apa sekalipun, semuanya amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan.kadang-kadang wani terfikir, adakah hubungan kekeluargaan itu sampai di akhirat kelak ?..kalau kita orang Islam, kita wajib beriman pada hari akhirat ,,sebab hari kebangkitan akan wujud.. hidup sekali, mati sekali, pada hari kiamat, kita hidup kembali untuk dihitung amalan masing-masing.. dan di situlah kita bakal berjumpa dan disatukan kembali dengan ahli keluarga kita semula... bila fikir balik,, apa yang kita nak atas dunia ini, tiada apa yang lebih baik melainkan kita disatukan kembali sebagai satu keluarga di akhirat kelak.. kan..

sebenarnya, terkeluar pasal isu ni kan.. bukan apa, kalau tengok setiap kali perayaan  mesti iklan pasal kekeluargaan,, nampak tak memang ada mesej nak sampaikan.. setiap iklan tertentu,,, moga-moga mesej yang disampaikan itu kalau kita bukan setakat nak menjadi keluarga bahagia atas dunia sahaja malah di akhirat kelak pun macam tu juga.. tetapi sejauh mana kita dapat mengatur keluarga untuk ke jalan yang diredhai Allah itu sebenarnya amat penting..

mesti kalian semua pelik, kenapa la wani tiba-tiba tertulis entri macam ni.. hemmm wani tersentap bila baca penulisan dari blog SINI. tengok apa yang Tuan ni tulis

" Walaupun kewajipan dakwah sangat jelas untuk kita, namun terdapat segelintir dari umat Islam yang langsung tidak berdakwah. Kejahilan telah membelenggu di dalam pemikiran mereka sehingga menyebabkan mereka menganggap bahawa solat dan puasa itu wajib, tetapi dakwah pula tidak wajib ke atas mereka. Sebahagian yang lain pula benar-benar menjaga solat mereka, tetapi tidak pernah menjaga dakwah mereka. Mereka solat secara tawadhu’ dan konsisten, tetapi tidak pernah berdakwah secara konsisten. "

Tersentap sekejap wani, sibuk dengan hal urusan kehidupan sendiri,nak bahagiakan kita sendiri untuk ke jalan yang betul.. fikir balik betul lah apa yang Tuan Abu Anas bagi tahu. apa yang Allah perintahkan semua kita buat,, solat kemain tawadhu, puasa habis segala puasa sunat.. tapi ada yang kurang.pentingkan diri sendiri.. kita fikir yang kita sahaja sedangkan kehidupan mereka yang non muslim ..terkapai- kapai hanyut jauh ke dalam kesesatan..Allah.. :((..  ya , memang hidayah itu milik Allah,, tetapi peranan kita sebagai orang islam amat penting dalam membawa mereka ke jalan yang benar.. setakat ini hanya mampu untuk berdakwah salah satu dari medium penulisan di blog... mungkin ada pembaca dari kalangan non muslim baca manalah tahu kan.. harap ada manfaat blog wani ni bukan sahaja nak bercakap pasal produk- produk sahaja..cakap pasal gossip -gossip  minta jauh,, .. sebab anda bertanggungjawab apa yang anda tulis sebab itu blog anda dan apa yang pembaca baca penulisan di blog anda ,, itu lah cerminan diri anda..  wani hanya hamba yang lemah... maafkan diri ini.. 

berbalik apa yang wani nak sampaikan di sini, selepas membaca penulisan yang disampaikan oleh Tuan Abu Anas, masa tu lah dalam kepala wani ni habis teringat, kawan- kawan non muslim yang pernah wani kenal sepanjang hidup ini,, ada yang dah kahwin,,  dah ada anak,, dah ada kehidupan sendiri..kadang-kadang terfikir jugak kan.. rasa kasihan.. sampai bila mereka masih dalam kesesatan. mungkin mereka sedang tercari-cari , tengah berusaha mencari cahaya yang hilang. mungkin mungkin dan mungkin.. kita tidak boleh baca apa ada dalam hati mereka ..tiada siapa yang tahu melainkan Allah yang lebih mengetahui segalaNya..   

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".(QS.Al Baqarah : 170 )

Bersambung......


.









2 Comments

  1. betul tu. rasa kasihan sbb mereka berada dalam kesesatan.. tp skrng ni dah ramai yang non muslim masuk Islam dan mereka jauh lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Salam jumaat.
    Moga bermanfaat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post