-->

Monday, 13 February 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

fatihah


Wani terlupa yang hari Jumaat lepas, genaplah 10 tahun pemergian arwah cik ( datuk ) SEMAN BIN JAMBUL . sebelah bonda wani.. dah 10 tahun dah pergi meninggalkan kami.. majlis tahlil, mak saudara wani uruskan, buat kat masjid..arwah cik dan nenek sebelah bonda wani dah tak ada.. sebelah abah wani arwah mek dah tak ada ,, tinggal Tok Ayoh .. .tapi dah lama dah bedridden dalam 3 tahun lebih.. ..walaupun tak boleh nak bergerak ke mana.. syukurlah makan dan minum masih ada selera..

bercakap tentang Arwah cik, dia seorang yang penyayang terhadap haiwan lebih - lebih arwah ni  ada memelihara lembu, kucing pun sama. Seingat wani masa budak - budak dulu, selalu tidur dengan kucing.. tak pun kucing sekali naik tidur dengan arwah.. huu.. 

kalau terhadap anak - anak sendiri, sifat penyayang ada, sifat tegas pun ada, biasalah seorang ayah kan. 

Kalau wani balik kampung, ada sekali dengan sepupu sepapat ramai - ramai. Confirm, arwah selalu ajak mengaji. Kami ni masih budak - budak masa tu, kadang takut - takut jugak.. bergilir - gilir lah nak tunggu mengaji... ada lagi ke budak zaman sekarang merasa.. tapi syukurlah arwah ajak mengaji, taklah masa terbuang, sebab masa tu kan zaman nak bermain jer kerja.. ^____^

semoga Allah tempatkan arwah ke dalam golongan orang yang beriman dan soleh 


This post have 3 komentar

avatar
Nadhie Wueen delete 13 February 2017 at 17:16

Teringat pula pada arwah nenek belah mak. Pun seorang yang penyayang pada semua orang, pada binatang. Al fatihah buat arwah datuk sis & al fatihah juga buat arwah nenek. Moga ditempatkan dikalangan org beriman. amin

Reply
avatar
SIQAHIQA delete 15 February 2017 at 17:14

Al Fatihah untuk arwah datuk Wani..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang