-->

Wednesday, 8 February 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

lion dance

Seumur hidup wani tak pernah tengok tarian singa depan - depan. mengaku terus .. hii.. sedih betul kan haaa.. alahai.. kalau tengok dalam tv tu adalah...

Hari tu wani keluar ada urusan sekejap.. jadi wani parking kat bawah bangunan Pasaraya Nirwana.. sambil tu menjadi halwa telinga sebab lagu raya cina masih berkumandang bawah tempat parking tu. ..wah semangat raya timbul balik pulak.. wani berjalan keluar sebab nak pergi bank sekejap.. dalam tengah berjalan.. tu wani dengar macam bunyi ketukan gendang, wani pun berpaling belakang, dah jauh dah berjalan, tapi nampak macam beberapa orang pakaian kuning, berjalan ramai-ramai sambil bermain alat muzik masing-masing..

selesai urusan di bank , sekejap jer pergi bank, nak masuk beli barang sikit kat Pasaraya Nirwana, tiba- tiba terdengar balik bunyi bising ,,hii tak lah bunyi bising tapi bunyi ketukan semua tu macam bingit telinga sikit, wani intai-intai aih tak nampak pun ..mana lah anak singa yang comel- comel tu pergi haaa..

tarian singa

lalu dekat kakak tu tengok dia macam tutup telinga sikit.. lepas tu tanya anak singa tadi dah ke mana,,haa dia tunjuk ada tu haa pergi "mengaum" kat depan pintu utama kih.kih.. jadi wani pergi, kebetulan eskalator kat tangga sana, baru nampak ,,, anak singa comel-comel.. jakun jap :D

terkebetulan hari tu, kalau tak memang tak tengok lah,, nampak ramai orang ke depan, jadi kita pun pergi la makin ke depan.. bunyi bising ketukan semua tu,, tahan sekejap telinga.. biasalah keluar kat mulut singa , buah limau.. dah bagi dekat abang depan tu, abang tu pulak macam terkial- kial nak sambut sebab sebelah tangan pegan phone hii. untunglah dapat limau free

lion dance

ni yang bermain alat- alat tu semua.. . lama jugak la singa ni main pusing-pusing,kadang-kadang lari - lari manja kat luar,,  kadang -kadang pergi dekat orang belakang,, tapi nampak orang lari.. sampai kan wani pun jauh ke belakang jugak.. tak tahulah apa hal haa.. orang la kot dalam tu :D. yang termampu jer ambil gambar..

semasa kat luar pintu utama tu, wani nampak macam satu batang besi panjang,, ingatkan nak buat apa, rupanya mereka panjat sekejap atas batang besi tu,,,dan tengah berdiri kat atas tiang tu, macam nampak carik-carikkan sesuatu, macam daun salad, tak pasti..sebab daun tu warna hijau.. dan tak tahu juga apa tujuannya.. sebab wani kat dalam.. ada la tu..

selesai semua tarian singa, mereka semua keluar berdepan kat luar pintu utama dan ramai-ramai sebut. GONG XI FA CAI, XIN NIAN KUAI LE..ada lagi belakang bahasa cina tapi wani tak faham... hiii..
begitulah sedikit cerita pasal tarian singa.. dah macam semangat nak tengok tarian singa naik atas batang besi banyak-banyak tu kan.. itu cerita tahun depan lah pulak..

lion dance

This post have 5 komentar

avatar
Lea Azleeya delete 9 February 2017 at 12:29

hehehe best jugak tengok tarian singa kan.. rsnye lea penah tengok sekali jerk depan mata..

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 10 February 2017 at 08:54

rietta pown xtgk thun ni...thun lepas ada terserempak dekat pasar raya setelah bertahun tahun xtgk...

Reply
avatar
Shikin Razali delete 10 February 2017 at 11:07

Tarian singa nie rasanya dah lama tak tengok secara live, suka tengok tapi bingit sangat bunyi gendang gendung..huhu..

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 10 February 2017 at 17:58

Selalu tengok kat tv je. Hehehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang