VITAGEN KURANG GULA

vitagen kurang gula

Dah hari terakhir bulan Februari dah .. hemmmm sekejapnya masa... kalian rasa ? .alhamdulillah buat masa sekarang diri sendiri sihat, bonda abah, sanak saudara , semuanya sihat  - sihat.kawan - kawan yang ohsemmm.. yang wani kenali,semuanya alhamdulillah.. semoga kalian pun sihat - sihat sahaja. 
Nak mencoret rasanya banyak kat blog, tapi itu lah dahulukan yang mana patut. 

Dah lama ambil gambar ni... kalau bayangkan satu rak penuh vitagen ni ada kat rumah, memang berbulan - bulan tak beli ke :D. . Kalau nak tahu dulu, wani ban sekejap minum air yogurt macam ni.. air yogurt kan orang panggil :D. Dulu, kecoh pasal air yogurt macam ni kata kandungan banyak gula.. begitulah, dengar hebohhhh pasal banyak gula terus tak minum . 😩😩

Dah lama tak minum rasa teringin pulak 🤣🤣🤣 jenama vitagen ni sudah tak asing lagi kan.. lama dah brand ni di pasaran. Wani pandang - pandang dan jeling - jeling akhirnya tangan ni sentuh jugak badanmu wahai vitagen 😁😁😁

Tapi yang wani ambil vitagen yang kurang gula.. cuba rasa. Memang tak manis sangat. Sesedap tekak dan rasa. Dah cuba ke, tanya pulak :D .. 

vitagen kurang gula



3 Comments

  1. Kalau kurang gula bagus juga kan, asyik minum manis je boleh kencing manis nanti... hehe

    ReplyDelete
  2. Botol dia kecik sangat.
    Sekali teguk dah habis.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kecil pantang jumpa vitagen ni mesti merayu dekat mak supaya dibelikan haha. sekarang ni rasanya dah tak ingat dah bila kali terakhir minum air ni. Baguslah minum kurang gula. bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post