-->

Saturday, 24 June 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

Kupang goreng serai

Salam 27 ramadan semua.. dah penghujung ramadan ni, semoga dipermudahkan urusan baki ramadan yang ada. ada yang dah balik kampung ke. Lagi 2 hari nak raya.. yang dah berkemas  slow - slow tu dah boleh dah. Banyak persediaan barang apa nak packing kan. Kot tertinggal baju raya nanti.tak pasal meroyan korang 😁. 

Ok lah entri wani masih menu masak - masak. Kalau entry lepas masakan lala. Kali ini masakan kupang pulak. Masih lagi suka yang simple terutama sekali apabila ada serai dalam resepi.. yang bahan lain ketuk - ketuk jerr.. walaupun macam - macam jugak resepi masukkan kari pun ada. Tapi wani pilih yang simple takut selera orang lain tak masuk yang pelik - pelik hii.. 
Lagipun rasa dah give up dah nak masak apa hari - hari bulan puasa ni kan..

Kupang ni pun jenis jarang nak masak jugak ni.buatlah yang simple dulu.

KUPANG GORENG SERAI 


1.5 kg kupang ( mussels)
2 batang serai - dititik
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 sb sos tiram
3 tangkai cili kering - hiris serong 
garam
minyak
daun bawang

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis cili kering dan goreng hingga wangi
2. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
3. Tambahkan sos tiram. Gaul rata dan masukkan kupang. Tuang sedikit air.
4. Tutup kuali dan masak atas api selama 5 min dgn api yg kuat. Kacau rata. 
5. Tambahkan sedikit garam jika perlu.
6. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang



This post have 2 komentar

avatar
Hasif delete 23 June 2017 at 09:11

selamat hari wani.. sedap tu..
hari tu baru je makan lalah.. :)

Reply
avatar
noor azlan delete 23 June 2017 at 15:15

Lama dah saya tak makan ni.... sebab nak mak juga yang masak...huhu....

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang