Tuesday, 27 June 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

ikan siakap goreng taucu

Salam  3 Syawal semua.. alhamdulillah ... masih lagi suasana hari raya, saling kunjung mengunjungi sanak saudara..newsfeed kat facebook pun masih ramai upload gambar hari raya.. meriah nya korang beraya.. kalaulah hari - hari gembira macam ni kan best..kat syurga kelak macam tu lah saling ziarah menziarahi sesama kita..semoga ikatan ukhuwah sampai lah ke jannah .

Mungkin ada yang dah boring dah makan ketupat lemang rendang ni.. wani pun tak ada mood sangat nak cerita pasal hari raya. Nanti -nanti lah di entri lain hari. Hiii.. entri tertunggak yang menu bulan puasa yang lepas pun banyak lagi tengah Q. 

Satu lagi menu ikan siakap. Bulan puasa memang susah nak masuk selera. Orang kata  menu kena sedap baru masuk selera tekak, kalau yang simple pun tapi tak masuk selera tak lalu jugak makan. Betul kan.semasa bulan puasa, dalam masakan wani banyak guna asam jawa.. entah la nape. Nak suruh masam ikut selera tekak.jadinya google punya google ternampak menu ikan siakap taucu ni pun dah kecur dah, satu ada bahan taucu dan satu lagi ada masukkan asam jawa.. 

Simple pun simple, semua orang suka..syukurlah, boleh lah dijadikan menu selain dari masak masam manis tu. 

IKAN SIAKAP GORENG TAUCU
SUMBER: myinahar67

Bahan - bahan

1 ekor ikan siakap saiz agak sederhana ( ikan dibelah rama - rama baru sedap lepas tu perap dengan garam kunyit ) 
1 biji bawang besar*) 
3 ulas bawang putih*) dihiris nipis 
1/2 inci halia*)
 cili hidup/cili padi banyak ikut suka
2 sudu besar taucho 
1 sudu besar sos tiram 
sedikit kicap manis 
air asam jawa secukupnye 
garam ( tak payah letak kalau sos taucho dah cukup masin ) 
gula 
minyak untuk menumis 

Cara: 

1. Ikan digoreng garing 

2. Panaskan minyak dan tumis bawang & halia sampai naik bau.

3. Kemudian masukkan bahan lain dan tumis lagi hingga agak pekat kuahnye. Bila sudah masak tuang keatas ikan yg sudah siap digoreng tadi....siap!!


This post have 2 komentar

avatar
Busyra Takiyudin delete 1 July 2017 at 11:20

my feverettttt ikan siakp... hehe

Reply
avatar
nini delete 30 July 2017 at 15:05

Wahhhh sedapnyer....=)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang