AYAM MASAK BUNGA KANTAN

ASSALAMUALAIKUM

ayam masak bunga kantan

SALAM SEMUA .

salam jumaat .. berapa syawal dah hari ni ya.. tak ingat hii.. esok mesti ramai buat open house ni.. wani nak habiskan bercerita gambar yang tertunggak ni.. selagi nampak draft, selagi tu lah tak puas hati.. kena up jugak biar nampak publish.. hii

bulan puasa dah lepas,, teringat asyik dok fikir menu main masak-masak bulan puasa ni macam kenangan.. kenangan la.. sebab masak bulan puasa ni feeling dia lain macam hii.. skill pun kena improve lagi dan lagi.. orang yang tak suka masak tu amat rugi la oittt. malas sangat korang ni.. tak suka nak mencuba. :D

resepi ni kebetulan nak buat sebab ada stok bunga kantan, lepas tu fikir nak masak apa dengan ayam ni ..tapi nak masukkan kantan. itu sebab search terjumpa la resepi ni.. tertarik sebab ada letak sos plum sekali.. memang tak rugi wani cuba,, semua kata sedap.. rasa masam manis macam tu..

wani terfikir nak goreng ayam tu separuh masak ..sebab tak nak isi ayam tu terlalu garing.. kadang-kadang bab goreng ayam ni bonda wani selalu persoal kenapa goreng garing sangat..sebab wani suka garing ayam tu hii.. sebab dia cakap dia susah nak makan. :D..

bila goreng separuh masak ni .. lagi flavor sikit sebab rencah tu masuk dalam ayam.. resepi ni ambil dekat hungry tummies.. masakan nyonya kot.. resepi ni pun a keeper jugak ni.. nanti di entri lain kena kumpul koleksi resepi untuk bulan puasa yang pernah wani masak la pulak.. senang nak rujuk nanti..

selamat mencuba ya korang semua..

ayam masak bunga kantan

AYAM MASAK KUAH BUNGA KANTAN 


BAHAN-BAHAN

1/2 kg ayam dipotong sederhana besar . perap dengan garam kunyit.
air asam jawa secukupnya 
sos plum secukupnya 
garam dan gula secukup rasa 


BAHAN DIKISAR HALUS 

Separuh bunga kantan di cincang kasar
1 batang serai  hiris ambil bahagian putih sahaja 
5 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah atau guna bawang merah besar pun boleh 
lengkuas sebesar ibu jari sikit tapi tak lah banyak sangat 
halia pun sama jugak tak lah banyak sangat 
3 tangkai lada burung 
4 - 5 tangkai lada kering , rebus sampai lembut
1 sudu besar belacan 


CARA- CARA 
1. ayam digoreng separuh masak jangan garing sangat
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sampai wangi dan naik minyak
3. masukkan air asam jawa dan sos plum, kacau rata
4. masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak
5. biarkan mendidih sikit kalau boleh tutup sekejap nak bagi ayam tu masak  dan sebati sikit dengan kuah.
6. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
7. siap untuk dihidangkan

Nota
Ayam goreng separuh masak baru sedap.. bila goreng separuh masak ni ayam lembut tak adalah keras sangat 


3 Comments

  1. Dah boleh bygkan wangi daun kantan tu. Sedapnya wani :)

    ReplyDelete
  2. Selagi nampak draft memang geram je kan nak publish... hehe....

    ReplyDelete
  3. Nampak gambar makanan aje dah terasa sedapnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post