-->

Monday, 3 July 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

kerabu kaki ayam

salam semua ..salam 9 Syawal..

blog dah beberapa hari menyepi ... masih mood raya lagi ke korang ni.. nak cerita pasal raya pun malas lagi :D... nak upload gambar la paling malas.. tak apa lah , masih ada lagi gambar yang dah upload tapi tak bercerita lagi.. gambar makanan lagi.. ..menu bulan puasa

dah yang ni ada dalam draft kita bercerita pasal yang ni lah dulu.. sebut pasal kerabu kaki ayam ni.. korang pernah jumpa dan pernah makan tak.. sedap tau kerabu kaki ayam.. tapi kalau yang jenis tak suka makan kaki ayam nak buat macam mana.. memang terkenal ya di Kelantan..sebenarnya kerabu macam ni asal kat Thailand dulu..

kalau bulan puasa kat bazar ramadan memang menu antara wajib ada,, tapi kalau beli boleh tahan lah harganya.. ,, tapi kalau buat sendiri.. lagi bagus lah.. nak buat senang kerabu kaki ayam ni antara malas dan rajin hii.. kalau beli dah la sikit harga mahal .. mana satu yang berbaloi.. mestilah buat sendiri..

agak lama jugak tak buat .. tapi maklumlah masuk bulan puasa jer rajin nak buat. entah nape lah macam tu haa.. ..biasanya kat kedai ia dah siap jual cuci kaki ayam ni..tulang - tulang pun dah buang,,  cuma yang kita perlu buat .. celur sikit kaki ayam..

tapi ada jugak yang buat dengan kaki ayam  macam tu jerr,simpan banyak - banyak kaki ayam , lepas tu buat kerabu, dah selalu beli ayam, kaki ayam mesti kena simpan sebab tak tahu nak buat menu apa kan.. boleh lah jugak buat kerabu style macam ni, terpulanglah tapi lebih baik yang dah siap proses.. harga boleh tahan lah.. ambil macam ciput pun dah berbelas - belas ringgit.. .makan pulak nak suap laju jerr kalau kerabu kaki ayam ni..hiii

part yang paling rajin nak kena potong kesemua bahan- bahan lain tu. kat sini ada 2 bahan yang wani tak letak, timun dan daun limau purut.. ia tak kisah sebenarnya korang nak letak bahan potong apa sekali pun.. tapi daun ketumbar memang wajib letak.. korang tak letak, memang tak sah tak jadi kerabu Thai.. dan juga sos ikan

dah macam teringin nak buat sekali lagi..

KERABU KAKI AYAM
SUMBER: resepi mudah.com

BAHAN - BAHAN

2 batang serai

1 biji cili merah

3 biji cili padi

5 biji bawang merah kecil

1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )

1 biji tomato

1 batang lobak merah kecil*

3 helai daun limau purut ( tak letak )

secekak daun ketumbar

2 biji limau nipis

Garam dan gula

2 sudu sos ikan (nampla)

Sos tiram 

CARA-CARA

1. Basuh kaki ayam sebersihnya. 
2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan
3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis. 
6. Hidang segera


This post have 4 komentar

avatar
Seorang Syed delete 4 July 2017 at 00:02

Kerabu-kerabu ni memang sedap kalau duk makan dengan nasi kan kak hehe. RAsa masam-masam tu yang best.
Selamat hari raya kak! :)

Reply
avatar
noor azlan delete 4 July 2017 at 08:23

Wah resepi kerabu ayam, kreatif buat menu ya...

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 4 July 2017 at 08:58

OMG!! Feberet lea ni wanie.. leh try nanti.. :)

Reply
avatar
Adam delete 5 July 2017 at 00:46

Krabu kaki ayam? First time baca. Thank u.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang