-->

Friday, 1 September 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

blogger, pageviews cecah 3 juta


salam semua...

alhamdulillah baru sambut merdeka dah sambut raya haji pulak kan.. 1 September pulak tu.. wani pun nak buat entri khusus tak apalah kita bagi ucap selamat sekaligus terus hii..selamat hari raya haji semua dan salam merdeka sebab masih di bulan merdeka .  panjang holiday kali ini.. ambillah masa yang ada untuk bersama keluarga tersayang, negara kita pun sambut merdeka dah yang ke 60 tahun.. syukur masih bernafas di bumi yang tercinta ini..

sebenarnya sebelum ni tengah counting days nak tengok pageviews Blog Wani Sukarno ni nak masuk 3 juta.. hii. wani selalunya kalau setiap kali beralih dari satu lepas tu ke 2 lepas tu ke 3 juta ni wani akan buat satu entri.. lupa pulak, ada pernah buat ke tak sebelum ni :D.. alhamdulillah blog dah cecah 3 juta dah semalam,, ingatkan nak jaga-jaga untuk screenshot ke 3 juta.. tapi bila tengok dah terlebih 692 dah.. tak apalah ..screenshot jugak..nak tempek kat sini

sejak nak cuti sekolah ni pageviews mencanak naik dari hari ke hari.. tahu dah ramai yang pakat cuti ni, lagi-lagi nak musim raya jugak, mesti yang ramai pakat cari resepi.. kalau sebelum ni blog wani sendu, time ni lah nak pulun nak suruh pageviews naik hii..thank you for dropping by..kebetulan dengan pageviews naik maka meningkat lah keseluruhan pageviews cecah 3 juta..

kalau bagi blogger lain yang baru berjinak dengan dunia blogging,  mesti tengok aih lambat lagi la  nak  capai 3 juta.. bagi wani padanlah dengan usaha wani selama ini.. dan wani pun macam korang jugak kalau tengok blogger lain dah cecah 25 juta dan ada jugak dah cecah 100 juta pageviews,, mau pengsan wani fikir panjang nak cecah sampai 100 juta pageviews :D.. eh eh dah macam kira duit pulak.. :D. kalau lah pageviews tu boleh bertukar duit..

followers wani bukan ramai sangat lagi, dan wani pun bukan jenis buat contest sangat. itu tak macam blogger lain yang dah ramai  followers.. masing- masing ada kelebihan sendiri.. kan :) . wani rasa kalau rajin buat contest atau giveaway, tak mustahil followers boleh cecah ribu - ribu jugak.. tapi tak ada masa aihh.. @__@

setakat itu sahaja lah ..harap dapat jadikan semangat buat korang semua.. untuk yang bergelar blogger, untuk yang bergelar pembaca, terima kasih kerana tak jemu- jemu singgah di Blog Wani Sukarno..

This post have 10 komentar

avatar
noor azlan delete 2 September 2017 at 00:10

Mantap tu... jauh lagi saya nak sampai sana... tahniah ya...

Reply
avatar
Lokman Hakim delete 2 September 2017 at 00:50

Tahniah kak..trus maju jaya dlm blogging

Reply
avatar
Mama Hakim delete 2 September 2017 at 12:42

Selamat tengahari & salam aidil adha

tahniah

dah 3 juta ya

kalau sorang bagi seringgit dah jadi multi milionaer kan wani

Hehe

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 2 September 2017 at 19:56

Wahh.. sehari je dah nak 5k pageviews. nak menangih tgk. btw tahniah sis

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 7 September 2017 at 10:17

Alhamdulillah.. Tahniah Wani..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang