TIPS UNTUK KUNYIT KEKAL SEGAR

ASSALAMUALAIKUM..


kalau entri lepas, wani ada share tip untuk limau kasturi kekal segar boleh baca SINI , kali ini, wani nak share tip untuk kunyit kekal segar. kuat sharing pasal tip - tip macam ni, nanti tak lama nak masuk tip berkebun pulak. hii.. siapa kat dapur yang selalu tak ada stok kunyit hidup ni, ada ke tak ada, takkan tak masak kot, contoh macam kunyit, lengkuas dan halia tu dah macam bahan wajib yang mesti ada di dapur. kalau kat dapur wani, tak ada 3 bahan ni macam tak lengkap.

ok cakap pasal kunyit ni korang biasanya beli ke atau tanam sendiri, wani seperti biasa, bonda wani hobi dia suka berkebun, jadi stok kunyit tu memang sentiasa ada tak putus. :D.. bonda rajin buat garam kunyit, jadi memang kami tak pernah pakai serbuk kunyit segera, kesemuanya fresh dari kunyit hidup. buat banyak - banyak simpan dalam peti.. alhamdulillah bonda yang rajin, anak tak berapa nak rajin sebab menumbuk ni :D kena lengan sado ..

bab kunyit ni wani selalu tanya bonda sebab dia pakar kunyit haa.. kunyit kalau nak simpan tahan lama, kunyit perlu dituai ketika ia jadi matang, kalau tak berapa nak matang, nak simpan lama tu, tak berapa nak jadi sebab cepat buruk. nak tahu kunyit matang tu, kita tengok ada satu musim pokok kunyit akan "mupuh" eh tak tahu nak cakap perkataan apa. dah .. maksud "mupuh" tu pokok kunyit tu melalui fasa daunnya akan jadi kering, lama - lama tinggal batang semua dah jadi kering, masa tu lah musim menuai kunyit dah tiba.. kat dalam tanah tu , dah beranak pinak dah mak kunyit..

kalau yang jual kat pasar, ada juga yang tak berapa nak matang kecik- kecik jer kunyit kan.. dah la patah- patah.,

kunyit ni kalau salah cara simpan, ia jadi cepat buruk kan. ada bermacam cara orang lain buat, ada yang rendam air kan, kalau dia biasa rendam macam tu ok lah..wani tak pernah buat, takut kena tukar air jerr. tapi bagi wani, ada cara lain selain rendam dengan air.

jadi, macam mana tips untuk mengekalkan kesegaran kunyit tu. jom baca lagi

TIPS UNTUK MENGEKALKAN KESEGARAN KUNYIT 

1. kalau ada pokok kunyit sendiri, selepas kita gali dan keluarkan kunyit dari tanah, cuci bersih - bersih, hilangkan kesemua kotoran yang melekat di kunyit.

2. kemudian, ini langkah penting, kena jemur kunyit ni sekejap di bawah sinaran matahari. sebab apa? sebabnya, kita nak bagi kuman - kuman mati, sebut kuman terus hii..istilah jemur  tu bila dah nampak kunyit tu kering dan tak basah, boleh lah angkat.

3. cara nak simpan kunyit selepas jemur, lapikkan tisu atau kertas surat khabar ke dalam bekas. letakkan kunyit yang telah dijemur, kemudian boleh lah disimpan dalam peti. kena alas dalam bekas, nak menghalang kelembapan, sekiranya ada kelembapan tu dah ada kertas surat khabar yang berfungsi menyerap kelembapan.

4. kalau ikut pemerhatian wani, kunyit yang disimpan cara macam ni tahan berbulan lamanya. tak berkulat dan buruk. dalam peti, masih ada lagi kunyit yang disimpan sejak bulan 2 lagi, masih lagi elok.

kalau kunyit yang beli kat kedai pun, boleh buat cara macam ni juga. insyaAllah menjadi. cubalah ya.




10 Comments

  1. Betul tu.
    Bila pokok kunyit dah mupuh, bolehlah tuai buahnya semua sekali sebab buahnya dah matang.
    Sama ada untuk disimpan atau dibuat bahan semaian.

    ReplyDelete
  2. Thanks sis... boleh cuba tips kunyit lak...

    ReplyDelete
  3. kite suke jugak beli kunyit byk2 buat stok.. biasanya bersihkan pastu hiris2 & blend. pastu campur ngan garam untuk goreng ikan. memang tahan. Untuk bahan masak lemak plak, kite just buh dlm bekas kecik2 pastu bekukan. mmg berbulan2 dlm peti ais. Time nak masak, campak jer.. senang idopp..ekekek

    ReplyDelete
  4. oo begitu.. memang best kalo dapat berkebun ni wani.. nnti sharekan tip utk bercucuk tanam kunyit ni ye.. :)

    ReplyDelete
  5. boleh bagitau mak tips ni. sbb mak dan nenek suka bercucuk tanam ni

    ReplyDelete
  6. ok..kena ikut tips ni...thanks sis..

    ReplyDelete
  7. tqq for the tips kak.memang sangat berguna ni supaya kunyit kekal lama :)

    ReplyDelete
  8. Patut la aritu tanam pokok kunyit daun xde rupa kena cabut hahahqhha.. Kena menanam balik nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post