RAIKAN DOMINO'S DENGAN JALAN - JALAN CARI 100 PIZA

ASSALAMUALAIKUM


Pada hari Sabtu lepas, Wani bersama dengan team blogger pantai timur telah menerima jemputan dari Domino's Pizza Kubang Kerian untuk meraikan Jalan- Jalan Cari 100 Pizza. Untuk Pengetahuan korang semua, Jalan - Jalan Cari 100 Pizza ini merupakan sebahagian daripada usaha Domino's sebagai tanda terima kasih kepada para pelanggan dan peminatnya yang tak putus - putus memberikan sokongan yang berterusan.

Domino's Pizza nak bagi 100 Pizza percuma kepada orang ramai tapi terhad untuk 100 pizza. Jalan - Jalan Cari 100 Pizza ini hanya terhad untuk cawangan -cawangan yang terpilih sahaja dan buat masa sekarang di Kelantan hanya di Domino's Pengkalan Chepa dan juga Di Domino's Kubang Kerian.


Seawal pukul 2 petang kami telah berkumpul di Domino's Pizza Kubang Kerian. Orang ramai telah datang seawal pukul 2:15 petang lagi, walaupun majlis untuk pengagihan pizza percuma itu akan bermula pada pukul 3 petang sehingga pukul 4 petang. Nampaknya peminat Domino's tak sabar nak merasai pizza percuma. Siapa nak tolak kan, dapat pizza free.

Kami disambut baik oleh kakitangan Domino's  yang sentiasa memberikan layanan yang tip top untuk kami sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih buat ke semua kakitangan di Domino's Kubang Kerian. Tak terlayan kami dengan ke semua hidangan pizza yang pelbagai jenis. Memang sedap dan korang semua pun patut cuba sebab ada menu baru yang diperkenalkan. Nak tahu lanjut, baca lagi lah ya hihi..



Bagi meriahkan majlis, penyampai GEGAR Nazz dan Ewan ada tau !. Memang meriah sampai countdown untuk sampai ke minit terakhir nak ambil pizza percuma. Orang ramai dah tak sabar dah, Walaupun beratur panjang sampai ke luar pintu, sanggup nak meriahkan majlis ini.Tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa semuanya join sama.

Ini adalah salah satu usaha dari Domino's Pizza yang sekarang ini sedang berlangsung di seluruh semenanjung Malaysia bermula dari 13 Januari hingga 3 Februari 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi yang akan datang, boleh lawati laman facebook Domino's https://www.facebook.com/DominosMY/

Bukan sekadar nak dapat pizza percuma, tapi banyak lagi  aktiviti  menarik  untuk Jalan - Jalan cari 100 Pizza ini seperti pertandingan tarik cheese paling panjang.


Adik - adik manis depan kaunter dah bertukar rupa sekejap hii dan tak putus - putus memberikan senyuman yang manis setulus hati dekat pelanggan setia Domino's.

DOMINO'S PIZZA YANG  "FRESH FROM THE OVEN" 

Ada sebab tau kenapa cakap macam tu, tengok gambar- gambar pizza kat bawah ya, Hot from the oven, sampai nak ambil gambar nak pegang pun main letak ambil lepas tu letak ambil. hihi. Habis posing team blogger pantai timur nak makan Domino's pizza. Macam- macam ragam tapi ke semuanya menikmati dan berkongsi dengan gembira.

Oh sebelum terlupa, untuk kepuasan pelanggan, Domino's Pizza telah mengeluarkan lebih daripada 20 topping.Banyak nak senaraikan kat sini tapi semestinya Wani lebih suka yang lebih loaded with cheese. Jom tengok apa team blogger pantai timur dapat merasa sebahagian Domino's pizza masa hari tersebut


Menu baru yang diperkenalkan oleh Domino's iaitu Cheese tarik crust. Bukan saja topping atas yang penuh dengan cheese, tapi di bahagian keliling crust dipenuhi dengan cheese. Siapa peminat cheese tegar memang korang patut cuba untuk merasai kelainan pizza ini. Ada 2 jenis untuk cheese tarik ini samada nak pilih yang mozarella dan juga sheddar. Yang Wani makan, cheddar cheese.


Spicy sambal yang dipenuhi dengan taburan hirisan lada dan juga ikan bilis yang crunchy. Ikan bilis sangat crunchy tau. Kadang-kadang terfikir macam tak masuk ikan bilis dengan cheese. Rupanya, memang satu kombinasi yang sangat sedap. Apa lagi, jom cuba spicy sambal ini.


Classified chicken. Ke semua Domino's Pizza sangat sedap dengan pelbagai topping yang menarik.


Team blogger pantai timur senyum manis sambil posing dengan Domino's Pizza. Menunggu dengan penuh sabar sebelum aktiviti makan dimulakan


Cheesy four mempunyai tambahan 2 menu baru iaitu stuffed cheddar bites dan juga cheesy cheddar stick. All so yummy tambahan pula  makan masa masih panas.

Walaubagaimanapun, aktiviti pada hari tersebut adalah sangat meriah di mana team blogger pantai timur dapat berjumpa dan meraikan bersama dengan Domino's Pizza Kubang Kerian untuk menjayakan JALAN - JALAN CARI 100 PIZZA. Terima Kasih buat Domino's Pizza yang menganjurkan kempen ini dan menjemput kami blogger pantai timur untuk meriahkan lagi kempen yang sedang diadakan.


Team blogger pantai timur bergambar dengan kakitangan Domino's Pizza


Bersama ke semua team blogger pantai timur yang hadir pada kempen JALAN-JALAN CARI 100 PIZZA

Bagi yang ingin membuat pesanan, dan dapatkan promosi yang terbaru dari Domino's, anda boleh melayari di laman web https://www.dominos.com.my/ atau boleh hubungi 1300 - 888 - 333. Anda juga boleh ke cawangan yang berhampiran untuk pesanan terus.

JOM DAPATKAN DOMINO'S PIZZA HARI INI !!




7 Comments

  1. Cam nak kena ke domino je lepas tengok entry wani nie.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Meriah sgt2 kn wanie. Mtk dominos buat lg lain kali��

    ReplyDelete
  3. suka mkn dominos pizza..sedap sgt..best tu..order online jap lagi sampai depan pintu rumah

    ReplyDelete
  4. sedapnyeee lahai.. selalu order side dishes yang 4 tu. kalo ramai baru order pizza hehe..

    ReplyDelete
  5. sedapnya pizza lapar wes hahahahha

    ReplyDelete
  6. bestnye u all... perut keyang, silaturahim terjalin kan... hehe

    ReplyDelete
  7. Suka makan Domino pizza ni.. cheese dia banyak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post