Tuesday, 19 November 2019

author photo
Pengalaman Membeli Air Fryer Haier Di Go Shop | Alhamdulillah, setelah sekian lama survey sana sini, baca review pengguna yang guna air fryer haier di blog, tak ramai sangat lagi yang review ada dalam 2 blog tak silap. Betapa pentingnya blog di mata pembaca. Macam sis tercari - cari review untuk air fryer Haier  kat google, mestilah baca kat blog dulu. Ikutkan ramai yang cari pasal air fryer kat blog sis ni. Ada yang tanya pasal harga dan macam - macam lah.

Pengalaman Membeli Air Fryer Haier Di Go Shop

Tak puas hati lagi pergi tengok kat youtube. Tengok orang lain guna macam mana,ramai juga yang upload video air fryer Haier kat youtube. Kemudian, asyik buka tutup laman web Go Shop nak tengok harga macam mana.

Sekali - sekala terpandang juga on air di laman web Go Shop tapi dalam bahasa cina. Versi untuk bahasa cina ada di saluran astro 303 tak silap. Tak puas hati lagi sampai ternampak Go Shop Pak Nil, bersama 2 host yang lain. Gigih tengok penggunaan air fryer Haier macam mana, sebab produk air fryer Haier ini paling laris di Go Shop.

Akhirnya Beli Di Go Shop Dengan COD ( Cash On Delivery ) 

Disebabkan dah lama nekad nak memiliki satu, jadi sis ambil keputusan nak beli di Go Shop. Keyakinan yang tinggi nak beli sebab demo pun dah ada dalam tv kan, siap boleh tengok live lagi penggunaan air fryer macam mana,  itu sebab barang laris.

Fikir nak walk-in kedai nak survey, rasanya dengan kekangan masa macam lambat, pergi jalan dari kedai ke kedai bukan satu yang mudah juga tu. Jadi pilih jalan ini untuk beli secara online. Memang betul lah dunia sekarang dah dihujung jari ada kebaikan juga tu.

Pengalaman Membeli Air Fryer Haier Di Go Shop

Pada mulanya ingat nak bayar online terus, tapi macam tersekat suruh unblock apa dah, Kemudian terfikir balik nak ambil cash on delivery, senang sikit. Kita bayar cash bila barang dah sampai kat tangan.

Kalau ikut hukum membeli, barang sampai kat tangan baru kita bayar kan. Sebab ini kali pertama sis beli secara cash on delivery, sebelum ni tak pernah. Lagipun kebetulan masa tu, macam banyak step nak bayar online. Nasib baik lah boleh nak COD.

Sis order online hari Sabtu, tapi disebabkan hujung minggu, penghantaran barang dihantar pada hari Isnin, jadi ambil masa 3 hari bekerja. Unboxing kotak, alhamdulillah ke semua barang dalam keadaan baik, free gifts pun ada dan ke semuanya elok.

Syukurlah, kerisauan tu ada juga, tapi bila dah beli online macam ni kena lah bertawakal tapi berdoa mudahan barang yang kita dapat dalam keadaan elok.

Pengalaman Membeli Air Fryer Haier Di Go Shop

Harga Air Fryer Haier RM 279 

Harga untuk air fryer Haier ini, RM 279 ada free gifts bekas stainless steel dan set pisau boleh rujuk gambar atas ya. Tapi harga boleh dapat murah lagi bergantung sekiranya tengah on air di saluran 120 Go Shop . Nanti korang kena sentiasa check kat laman web Go Shop sekiranya kod promo ada ke tak. Kalau ada, harga lagi murah nak banding RM 279. Sekarang, dah murah dah air fryer, makin ramai orang guna. Lagipun, jenama air fryer semakin banyak dah di pasaran. Harga pun dah jauh murah.

Setakat ini, tengah bereksperimen guna air fryer, maklumlah masa awal nak keluar air fryer ni harga ribu riban la jugak kan, kali pertama dengar yang brand Philips jual, tu pun kalau ada kat Malaysia kena beli dengan pengedar Amway. Sekarang ni dah macam- macam brand ada, terkejut jugak kalau tengok newsfeed facebook lalu - lalang macam- macam brand ada.

Kalau nak yang panel LCD lagi nampak canggih kan zaman futuristik dah sekarang ni. Tapi yang Haier punya, timer dan suhu kena pusing - pusing. Ikut kesukaan yang korang nak. Ada yang suka manual ada yang suka panel LCD. Sis pilih yanng air fryer manual jer lah.

Ada 2 tombol :
1. Tombol untuk suhu sehingga 200 C
2. Tombol untuk masa sehingga 60 minit

Air fryer ni banyak membantu sebenarnya. Sebab utama sis beli, sebab nak makan sihat tanpa minyak. Banyak lagi nak membebel pasal Haier ni. Kalau ahli keluarga tak besar boleh lah ada satu macam yang model ini sebab ia tak besar sangat. Tapi ternampak ada yang air fryer Haier XXL 4L. Lagi besar dan bagus lah kalau ada satu untuk ahli keluarga yang besar.

Itu lah saja pengalaman sis beli air fryer haier di Go Shop, entah berapa dah harga air fryer Haier sekarang. Rasa dah murah sangat dah kan. Apa pun, korang boleh survey tengok di laman web Go Shop.

Sis pun dah banyak naikkan entri untuk resepi - resepi guna air fryer haier, boleh lah taip kat kotak search dalam blog ya.

Baca sini : Cara Mudah Untuk Bersihkan Air Fryer
Baca sini : Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Gebu & Sedap Hanya 10 Minit
Baca sini : Resepi Akok Kedut Air Fryer Memang Berkedut

This post have 9 komentar

avatar
Siqah Hussin delete 15 April 2018 at 09:56

Pak Nil pandai promote barang kan? Hihi. Kawan Siqah baru je beli pressure cooker dari Go Shop jugak.

Impian nak ada air fryer. Nanti boleh berkongsi review mengenai cara penggunaanya ye Wani :)

Reply
avatar
nadhie wueen delete 15 April 2018 at 16:45

Wahhh.. heavennya kak Wani. Nanti masakkan untuk kita guna air fryer tu. hehe

Reply
avatar
Mama Hakim delete 15 April 2018 at 17:13

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis wani. Wah dapat koleksi terkini.

Reply
avatar
Cik Ash delete 15 April 2018 at 23:28

wahhhhh yg go shop punya ke ni.. aduhhh berkenan gak ni

Reply
avatar
azlina ina delete 16 April 2018 at 08:16

bestnyer..tengah berfikir juga nak membeli..ehehe

Reply
avatar
Warisan Petani delete 16 April 2018 at 21:51

Owh, yang goreng tak pakai minyak tu ke?

Reply
avatar
adianiez AIDA delete 25 April 2018 at 12:32

aida beli philips. last 2 years kot. RM999.
so far sgt membantu. sgt best. sgt sihat.
so, berbaloi beli ni.

Reply
avatar
cikguzim delete 19 November 2019 at 21:13

Selalu mmbeli di shopee tp go shop belum lg..

Reply
avatar
Azhafizah MN delete 29 November 2019 at 04:25

Best juga ada Air Fryer..Berkira kira nak beli air fryer juga.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang