7 Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

7 Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas | Salam semua, bila sebut makaroni bakar, ada peminat tak kat sini ?. Sis di antara jutaan peminat makaroni bakar, dulu rajin sangat nak buat makaroni bakar. Dah boleh buat koleksi dah ni. Tapi tak ada lah banyak sangat resepi. Resepi makaroni bakar yang mudah dan sedap. Kalau tempah ni dah berapa ni, baik buat sendiri lah puas hati makan.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

Lagi yang letak cheese bagai tu lagi mahal kan. Ini pun lebih kurang bajet, nak sedap sikit letak la cheese kan. Tak nak letak pun tak apa. Jom cuba makaroni bakar yang mudah - mudah sahaja. tapi sedap sangat. Sis ni memang hantu makaroni bakar, ini pun lama dah tak buat teringin anak tekak ni bila tengok gambar ini semua. Ini antara koleksi resepi makaroni bakar yang dah pernah buat.

Yang dalam pemanggang ajaib itu, agak pelik sikit ya. Tapi itu dulu zaman sana sini pakat beli pemanggang ajaib. Terjadi juga makaroni bakar guna pemanggang ajaib ni, resepi kat bawah ya. Itu pun kalau korang masih guna pakai lagi pemanggang ajaib, pastikan anti lekat tu masih ok lagi, kalau bukan anti lekat jangan buat, nanti rosak la makaroni bakar korang. Sis dah pesan awal - awal.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

7 Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas 

1. Resepi Makaroni Bakar Sardin Sedap

Bahan - Bahan
2 1/2 cawan makaroni direbus al dente (sehingga lembut)
Italian herbs 1 sudu teh ( optional  )
1 tin ikan sardin (tin kecil ayam brand 155 gm dibuang tulang)
3 biji telur
Slice cheese secukupnya ( optional )
1 labu bawang besar sederhana dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
Daun sup secukupnya dipotong halus
Garam dan gula
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
Air secukupnya sekadar nak basuhkan baki dalam tin
Minyak untuk menumis

Cara - Cara
1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan masukkan bawang besar, tumis sampai naik bau dan masukkan italian herbs.kacau rata.
2. Kemudian masukkan serbuk kari daging dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan ikan sardin sekali dengan sosnya, kacau sebati dan masukkan air. Masukkan gula sikit
4. Kacau sampai ikan sardin hancur dan akhir sekali masukkan daun sup.tutup api.
5. Masukkan macaroni dan kacau sehingga disalut rata, perasakan dengan garam dan kacau lagi sehingga semua sebati.
6. Pecahkan telur satu persatu ke dalam makaroni dan gaul rata.
7.Sediakan loyang segiempat 8" x 8" inci alaskan dengan kertas foil.
8. Tuangkan makaroni ke dalam loyang untuk lapisan pertama dan letakkan slice cheese dan tutup dengan lapisan kedua.
9.Bakar dalam  40 minit atau sehingga masak. Suhu oven masing - masing.

Nota
Kalau nak elakkan makaroni berminyak, kurangkan minyak masa menumis. Biasanya kita tak nampak masa gaul dengan makaroni tapi akan nampak ketara masa nak potong nanti.
Sekiranya nak rasa pedas, masukkan lada burung atau ada besar dihiris

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

2. Resepi Makaroni Bakar Termudah Guna Sup Segera Vono

Bahan - Bahan
130 gm makaroni
2 sudu besar instant soup VONO ( wani guna perisa mushroom cheese )
200 gm daging kisar atau ayam kisar
1/2 labu bawang besar sederhana dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 sudu teh italian herbs
1/2 sudu teh lada hitam kisar
1 biji telur
1 tin sos prego ( Guna yang tomato sahaja )
5 biji cendawan shitake dihiris nipis
sedikit daun ketumbar dicincang halus
gula dan garam secukup rasa

Cara - Cara
1. Makaroni direbus al dente ke dalam air mendidih yang ditambah dengan sedikit garam. jangan terlalu lembut.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daging kisar kacau sebati dan masukkan lada hitam kisar dan italian herbs.
3. Masukkan sos tomato prego,cendawan shitake, nstant soup VONO dan gula garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati dan biar mendidih lama sikit.
4. Suai rasakan jika betul betul cukup perisanya boleh tutup api.
5. Sementara itu dalam mangkuk lain, ambil separuh daripada sos daging tadi dan digaul bersama makaroni. masukkan daun ketumbar dan telur, gaul sebati.
6. Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang telah digriskan dan ambil lebihan sos daging tadi ratakan atas makaroni.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C dalam  masa 35 minit sehingga keperangan atau masak.

Nota
Bakar dalam masa 10 minit, keluarkan baru taburkan parmesan cheese dan sambung bakar balik sehingga keju keperangan.biasanya lepas minit terakhir tu, sambung bakar api bawah turunkan suhu 150 C dan bakar dalam 10 - 15 minit nak bagi kerak sikit kat bawah. kalau nampak macam nak hangus kat atas tu cover dengan aluminium foil ya.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

3. Resepi Baked Mac And Cheese Berkrim Paling Simple

Bahan - Bahan
170 gm makaroni
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan mozerella cheese
1/2 sudu teh garam


Cara - Cara
1. Makaroni direbus al dente ke dalam air mendidih yang ditambah dengan sedikit garam sehingga lembut.

Panaskan susu dalam kuali dengan api sederhana. Kacau 1/2 cawan susu yang selebihnya dengan tepung sampai tiada ketulan.

3. Dah nampak macam wap naik atas sikit, boleh masukkan campuran susu dan tepung dan kacau sampai nampak pekat sikit

3. Kemudian, masukkan mozerella cheese ke dalam campuran susu. Letak garam secukup rasa

4. Kacau sehingga cheese cair dan sos nampak berkrim. Boleh tambah garam secukup rasa. Kemudian alihkan dari dapur

5. Kemudian dalam satu mangkuk lain, campurkan pasta dengan sos cheese. Gaul rata. Dalam gambar tu ada letak hirisan cendawan shitake. Itu optional ya, kalau nak letak pun boleh.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C dalam masa 20 minit. Kalau rasa tak nak hangus kat atas boleh tutup dengan kertas timah.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

4. Resepi Makaroni Bakar Mudah Guna Pemanggang Ajaib

Bahan - Bahan
250 gm makaroni  direbus al dente dengan garam dan air. Jangan terlebih masak
400 gm  atau 1 paket ayam cincang atau daging cincang
3 sudu besar sos lada hitam
2 1/2 sudu besar serbuk kari ikan
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 bawang besar didadu ( wani guna agak besar itu guna separuh )
4 biji telur
Cendawan shitake yang dihiiris nipis dalam satu mangkuk kecil
5 tangkai lada burung dihiris
1 tangkai lada merah buang biji dan dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun ketumbar dipotong halus

Untuk Hiasan
Bawang goreng, sos cili dan sos mayonis secukupnya

Cara - Cara
1. Tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan bawang besar yang didadu dan tumis lagi hingga wangi.

2. Kemudian masukkan ayam cincang ratakan sekejap dan masukkan serbuk kari gaul rata sehingga sebati masukkan air sikit, perasakan dengan garam dan gula. Kacau biar agak kering sikit.

3. Masukkan daun bawang dan daun ketumbar, hirisan lada burung, lada merah dan cendawan shitake. Kacau sebati dan tak perlu lama.

4. Sediakan mangkuk besar, masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi dan masukkan makaroni. Gaul sehingga betul betul sebati. sebelum letak telur, boleh perasakan dengan garam untuk seimbangkan rasa.

5. Pecahkan telur satu persatu dan gaul rata sehingga sebati. letak dalam pemanggang ajaib. ratakan sehingga penuh, mampatkan sikit. bakar dalam 25 minit dengan api sederhana. Selepas 10 minit wani sendengkan ke kanan lepas tu ke kiri pulak nak suruh masak sekata. Kemudian baru balikkan ke sebelah lagi bakar sekejap, pusing balik lepas tu buka la tengok jadi ke tak.

6. Lepas siap masak, boleh lah tabur bawang goreng dan letak sos cili dan mayonis kat atas tu.sedia untuk di makan.

Nota
Untuk peringatan jangan lebih bakar dari 25 minit ya. sebenarnya wani bakar nak hampir 30 minit. Selepas 10 minit pertama, sendengkan sebelah kiri lepas tu sebelah kanan pulak sekejap, baru balikkan sebelah satu lagi. Bakar sekejap lepas tu balikkan cuba buka.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

5. Resepi Makaroni Bakar Mayonis Mudah

Bahan - Bahan
2 1/2 cawan makaroni ( direbus al dente )
500 gm atau sepeket ayam kisar atau daging cincang
10-12 biji cendawan shitake dihiris
3 biji telur gred B
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada
2 1/2 sudu besar mayonis
garam dan gula
daun ketumbar secukupnya dihiris halus
2 biji lada merah dihiris
1 labu bawang besar sederhana di dadu
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 inci halia dicincang
parmesan grated cheese secukupnya

Cara- Cara
1. Makaroni direbus al dente jangan terlebih masak
2. Tumiskan bawang besar , bawang putih dan halia sehingga naik bau.masukkan ayam cincang kacau sebati dan kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk lada.
3. Kacau sampai sebati tambah air sikit, garam dan gula secukup rasa.kacau sampai inti tu nampak agak kering sikit kemudian tutup api.
4. Lepas tu ambil hirisan lada merah kacau dalam inti tadi.
5. Sediakan mangkuk besar,tuangkan inti dalam mangkuk besar, gabungkan daun ketumbar, hirisan cendawan shitake, kacau sebati.
6. Masukkan makaroni , gaulkan dengan mayonis dengan semua bahan inti sehingga sebati. kalau nak perasakan lagi dengan garam masa ni boleh la nak tambah garam.
7. Pecahkan telur satu persatu dan gaul sebati. ramekin atau loyang digriskan.masukkan dalam ramekin dan tabur grated cheese dan bakar dalam suhu 170 C dalam 40 minit atau sehingga keperangan.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

6. Resepi Makaroni Baked Mac And Cheese Pedas

Bahan - Bahan
150 gm makaroni ( rebus al dente sehingga lembut)
1 biji telur
1 cawan susu ( ganti 4 sudu besar susu tepung untuk 1 cawan susu )
2 sudu besar mentega dicairkan
1 1/2 cawan cheddar cheese yang diparut halus ( kalau letak banyak lagi sedap )
Garam dan 1 sudu teh lada hitam kasar
Cendawan tiram yang dicarik nipis
Daun bawang dan daun ketumbar secukupnya ( dihiris halus )
Cili padi dipotong serong  2 biji

Bahan Hiasan
Bawang besar yang dipotong baji dan hiris nipis
Cili padi dipotong serong  ( ikut suka nak letak banyak mana )
Lada hitam kasar secukupnya

Cara - Cara
1. Panaskan oven dan griskan ramekin dengan marjerin jika bakar guna ramekin tak nak bagi lekat.
2. Makaroni di rebus al dente. Jangan terlebih masak.
3. Kacau telur, susu, lada hitam kasar dan garam secukupnya sehingga semuanya sebati.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan makaroni, cendawan tiram, adunan telur tadi, parutan cheddar cheese, daun bawang, daun ketumbar dan cili padi. Gaul mesra sehingga sebati .
5. Masukkan ke dalam ramekin atau pun loyang yang telah digris. Tekankan sikit nak bagi padat dan taburkan bahan-bahan hiasan tadi.
6. Bakar pada suhu 170 C dalam 40 minit atau sehingga masak.

Nota
Bakar api atas bawah 40 minit lepas tu api bawah sekejap dalam 15 minit  dengan suhu 160 nak bagi ada rasa berkerak sikit kat bawah. Sekiranya dah nampak nak hangus semasa pebakaran 20 minit pertama, sila tutup dengan kertas timah.

Resepi Makaroni Bakar Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas

7. Resepi Makaroni Bakar Berkentang Mudah Dan Sedap

Bahan - Bahan
100 gm makaroni( direbus al dente )
1/2 inci halia ( dicincang )
1 biji bawang besar sederhana ( didadu)
2 biji lada besar ( merah + hijau )
2 ulas bawang putih ( cincang)
2 sudu besar serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
Shitake mushroom 10 biji ( hiris nipis-nipis )
Daun bawang dan daun sup secukupnya
Telur gred A 3 biji
1 biji ubi kentang sederhana ( direbus dan dilenyek halus )
Daging kisar 200gm

Cara - Cara
1. Makaroni direbus al dente, sehingga lembut.
2. Tumis bawang besar, halia, bawang putih dan lada merah & hijau hingga wangi dan layu.
3. Masukkan daging kisar dan gaul rata sekejap baru masukkan serbuk kari, kacau hingga sebati.
4. Masukkan shitake mushroom, garam dan gula. Kacau mesra dan rasakan.
5. Bila dah rasa ok, tutup api dan masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam 1 bekas lain dan masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan makaroni dan daun sup atau daun bawang.
7. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam macaroni tadi dan gaullah dengan rata.
8. Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil.
9. Bakar pada suhu 170 C dengan api bawah 30 minit kemudian api atas 30 minit + 10 minit sehingga masak

Nota
Untuk api atas, masa 30 minit pertama, lepas 15 minit, dah mula tutup dengan aluminium foil tak nak bagi hangus cepat. Buat lagi tambahan 10 minit sebab nak bagi garing sikit kat atas.

Untuk video makaroni bakar boleh tonton sini ya. Yang ini tak letak topping cheese pun. Kalau ada cheese tu lagi sedap. 

Baca Juga : 

5 Comments

  1. wow banyak nye resipi..sedap pulak nampak resipi makaroni bakar..lame da Ummi tak buat..

    ReplyDelete
  2. kenapa la semuanya sedap-sedap.

    ReplyDelete
  3. Sedap macaroni baked ni. Suka letak cheese banyak²

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post