Pengalaman Beli Di Kedai Baking Online Shopee | Baking Empire Jadi Pilihan

Pengalaman Beli Di Shopee |  Baking Empire Jadi Pilihan | Salam semua,  tak pernah nak cerita pengalaman beli barang kat Shopee di blog. Nak masuk tahun 2020 baru nak menaip. Jadi, kita buat coretan la sikit. Masa jualan 11.11 di Shopee, sis pun tak lepaskan peluang tershopping kat sana. Dah lama dah intai - intai kat kedai baking online yang satu ini. Itupun sebab tertengok ada yang upload gambar di facebook beli semua barang baking di Shopee.

kedai baking online

Jadi sis pun dah macam terpengaruh, iya lah lama sangat kot tak masuk kedai baking fizikal. Bukan jual kek pun tak layak nak masuk kedai baking. Dulu - dulu rajin juga masuk kedai baking saja nak inta- intai apa yang jual.

Sejak kurang nak main baking - baking, kalau rasa teringin nak baking kek ke apa beli kat Mydin jer lah bahan apa yang ada. Tapi kat Mydin, ada setengah bukan jual sangat benda yang kita cari. Nak tak nak kena cari juga di kedai baking. Maklumlah kedai baking ni, ia jual banyak - banyak. Kalau dulu rajin masuk kedai fizikal. Sekarang ini dah di hujung jari. Pilih apa yang berkenan. nasib baik ada rakan facebook yang cadangkan beli dengan online seller yang satu ini.

Bagi Yang Nak Beli Barang Baking, Rekomen Sangat Baking Empire 

Asyik sebut kedai baking online, kalau nak tahu nama kedai online tu "baking empire". Macam - macam ada, jaga pilih nak masuk cart jerr. Nasib beli apa yang nak sahaja. Itu pun berhari - hari jugak sebelum jualan 11.11 dah habis survey. Sekejap tengok, sekejap tutup, lepas tu buka balik.
Selepas pilih, hanya 4 barang sahaja yang nak beli. Jumlah semua hanya bawah RM 35 sahaja. Murah ke tu 4 barang.

Kat Shopee ni bahaya jugak scam lah macam - macam lah, takut tak nak ditipu, sis hanya cari yang "preferred seller" sahaja. Nasib baik 'baking empire" ni dah berstatus "preferred seller". Rasa semua dah tahu kot status "preferred seller" ni di ikhtiraf oleh Shopee yang kedai ni memang dipercayai.  Sis pun tengok jugak testimoni yang orang lain dah beli. Alhamdulillah banyak yang bagi jawapan yang positif. Siap ada gambar semua tandanya penjual ini aktif dan tidak menipu.

Semua Barang Dibungkus Dengan Bubble Wrap 
kedai baking online

Apa yang sis suka, semua barang dibungkus dengan bubble wrap. Ke semua barang diletak dalam kotak. Sis ingatkan takut guna plastik pos tu. Tapi tak, ke semua dalam kotak. Bungkus pulak dengan bubble wrap. Memang barang ni semua dalam keadaan baik. Kemas keming bungkus dengan bubble wrap hii. Apapun ok lah tak ada lah barang tu terkoyak plastik ke apa ke dan timbul masalah lain pulak.

Sekiranya korang berminat nak beli barang baking, sis rekomen sangat seller ini ya. Ok lah barang cepat sampai. Sis payung kat sini, profile kedai baking online ini. Mula - mula sis tengok - tengok dulu profile kedai ni, follower berapa ramai, produk apa yang dijual, preferred seller ke tak ?, baca testimoni orang yang dah beli. Kemain pergi siasat, baru lah ada keyakinan nak beli dengan Baking Empire ni.

Barang Shopee murah jer kalau pandai cari seller.

kedai baking online



Nak tahu sis beli apa, 4 barang sahaja dalam RM 35 ke bawah. Ok dah tu.

1. Serbuk koko 
2. Kertas baking 
3. Nestum
4. Coklat compound

kedai baking online


 Itu lah saja pengalaman beli online di Shopee, alhamdulillah semuanya dimudahkan. Dapat seller yang cekap  Barang pun cepat sampai. Nak intai - intai barang baking di kedai ini boleh klik Lihat Di Shopee

Sis ada juga beli pengayak untuk tepung. Untuk lebih senang pakai pengayak yang macam bentuk kole macam ni pun ok. Sebab dia lagi dalam. Biasa sis guna pengayak besi yang biasa tu. Harga pun murah. Korang boleh Lihat Di Shopee

kedai baking online


Kenapa Shopee murah ? Murah ketika sale jer kot. Korang suka marketplace mana ?

Baca Juga :
















Post a Comment

Previous Post Next Post