PENGALAMAN MENGUNDI UNTUK KALI KEDUA PADA PILIHAN RAYA UMUM YANG KE 14

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah selesai sudah Pilihan Raya Umum yang ke 14. Nampak blogger lain update cerita PRU 2018, kita pun nak update juga hii. Maklumlah kan 5 tahun sekali nak mengundi menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. Inilah masanya. 5 tahun sekali nak mengundi cukup tempoh yang agak lama dah. Marilah kita menjalankan tugas kita sebagai rakyat. Boleh lah ada dalam blog ini untuk kenangan.

Pilihan Raya Umum kali ini, Wani rasa lain macam tak sama macam mengundi kali pertama. hihi..Malam esok nak pilihan raya, bonda yang lebih semangat siap tanya IC tu check tengok letak elok - elok esok nak mengundi katanya. Kalau yang golongan tua pun dah bersemangat kita yang muda ni takkan lah tak bersemangat kan hii..

Sebelum itu, semak lah tempat mengundi kat mana  dan siapa calon yang bertanding di kawasan Kubang Kerian. Wani dah semak lama dah tapi check pulak lagi sekali.


Sampai di tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 pada pukul 8 lebih sikit. Punyalah semangat nak mengundi, tak nak pergi petang - petang takut panas. Sebab cuaca sebelah pagi ni pun nak panas dah. Mujurlah pergi awal, sebab mula- mula sampai tak ramai sangat orang. Tak macam yang kali pertama pergi mengundi dulu.

Nasib baik ada petugas yang berjaga sebab tak tahu saluran tu kat mana. Nasib dia tegur, kalau tak memang beratur line orang lain :D. Rupanya kena naik tingkat atas. Fuhh lega rasa. Syukur juga sebab line tak panjang sangat. Bonda dan abah kena beratur kat bawah, panjang pulak line nya.


Bonda siap melambai hii semangat sungguh. Oh lupa, kawasan Kubang kerian buat julung kali ada calon Pakatan Harapan. Sebelum ini tak ada, jadi ini kali pertama 3 penjuru. Kebanyakan ke semua tempat ada calon Pakatan Harapan yang bertanding. Jadi suasana untuk pilihan raya kali ini memang berbeza.


Siap awal rasa dalam sejam kot beratur hii, dah selesai ambil gambar jari yang dah bertanda. Ingatkan warna tu tak adalah terang sangat. Rupanya makin lama makin gelap. :D. Nasib baik petugas yang pegang jari kita tu tak masukkan dalam sangat jari.

Tunggu sekejap,  sebab barisan bonda dan abah belum selesai lagi, tengah tunggu, datanglah calon yang bertanding bersalaman dengan pengundi. Wakil dari RTM pun ada, nasib tak kena temubual haa..


Alhamdulillah, proses mengundi kat sini berjalan lancar, tak adalah yang pelik - pelik. Cuma kat luar pagar sekolah ada 3 khemah yang mewakili parti masing- masing. Sebenarnya kalau nak semak nombor saluran boleh jer bagi yang tak tahu lagi, tapi Wani dah check awal dalam laman web SPR, jadi tak payah nak bersesak kat khemah tu pulak, buat lambat hii.. Nombor giliran pun kena tahu, untuk memudahkan petugas cari nama kita, baru cepat.



Dah selesai dalam pukul 10 lebih sikit. Snap gambar selfie tanda dah mengundi hii, 5 tahun lagi nak mengundi balik. Tapi rasa agak kesal sebab ada  terbaca statistik di laman web SPR, ramai juga yang tak keluar pergi mengundi, Beza tu banyak la juga. Tapi kena ambil kira la takut ada yang pergi bercuti ke, yang belajar di luar negara ke atau kerja sana ke, banyak lagi faktor yang perlu diambil kira.

Adik kawan bonda yang kerja di luar negara Dubai pun balik nak pergi mengundi, demi negara tercinta. Kita yang pusat mengundi boleh jalan kaki ada,  naik kereta tak sampai 15 minit ke 30 minit ke pun. malas nak mengundi, I can't brain lah. Semangat Malaysia kena ada ya sahabat - sahabat ku. :). Kita duduk dengan aman sejahtera dalam rumah sebab suasana politik yang stabil.

Untuk di negeri Kelantan, bagi pilihan raya kali ini, kerajaan PAS yang mentadbir negeri. Tak kira pihak siapa menang pun, semoga negeri Kelantan sentiasa makmur dan maju macam negeri lain. Diharapkan sangat ke semua ahli parlimen dan ADUN dapat menjalankan amanah dengan baik. Rakyat dah bagi mandat. :)


Untuk next 5 years, diizinkan Allah nak mengundi sekali lagi,  Wani rasa nak tukar alamat tempat dekat sikit, sebab pergi mengundi yang lepas pun dekat tempat tinggal lama. Nak dekat lagi. Itu sahaja kisah pengalaman mengundi untuk kali ini. Pengalaman korang macam mana ok ?

4 Comments

  1. Patutlah lama tak update, sibuk balik kampung ya wani

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dah selesai semuanya. Happy sangat semuanya berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..mungkin next PRU baru cikma merasa beratur mengundi macam ni,,sayanglah kan kalau dekat tak pergi mengundi..macam kawan cikma 1 grup 12 org pergi melancong sebab dah booking awal kan..hah situ dah berapa rugi kan..lepas tu ada yang kat tanah suci,,

    ReplyDelete
  4. Tahun ni first time ngundi hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post