RESEPI KUIH KERBAU GULING VIRAL

ASSALAMUALAIKUM..


Kuih kerbau guling yang tengah viral sekarang atau nama lain adalah kuih hitam tergolong dalam jenis kuih koleh juga ni.  Ramai yang tengah nak mencuba resepi kuih ini. Sampaikan kat group wassap family pun ada yang post resepi ini. hii.. nampak sangat kuasa viral dah sampai kat group wassap. Kuih ini walaupun lain dari apa yang bonda cakap. Dah sebab ini kuasa viral rakyat Malaysia.. semua pakat panggil kerbau guling, Wani kali pertama kot tengok haa.. Memang nampak lain sebab hitam tu, sekali tengok nak dekat macam bubur asyuroo Kelantan pun ada.

Disebabkan kuih ini tengah viral, jadi nak kongsikan resepi kuih kerbau terguling kat sini. Kalau tengok resepi tu macam ada guna tempurung bakar sebab nak ambil pewarna hitam tu kot. Hairan juga, karbon boleh makan ke, Kalau korang berani cuba buat,  tapi kalau nak selamat boleh beli kat kedai bakeri ada serbuk arang. Boleh cari kat situ lah ya.

Disebabkan kuih ini viral, jadi dah banyak resepi kat google.

KUEH KUBA GULING

BAHAN - BAHAN 

250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapor
3sudu tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) pastikan tempurung yang bersih (arang tempurung hasilkan bau yang wangi)
Air 1liter lebih (tengok kepekatan)
Secubit garam

CARA - CARA 

Masukkan semua bahan atas dalam kuali..kacau biar sebati dahulu baru buka api..lepas semua sebati pastikan kacau & buka api yang sederhana..kacau - kacau sampai likat

Sediakan loyang saiz 8 sapukan minyakk dan tuangkan tepung yang dah siap tadi..bila dah sejuk potong dan gulingkan dia dalam kelapa parut (muda) yang digaul sedikit garam.. dah siap

Tempurung bakar pastikan tumbuk dan  letak air tapis dengan kain..optional boleh beli di kedai bakery serbuk arang tau

Selamat mencuba..

Kredit gambar & resepi Mr google



3 Comments

  1. Unik sungguh nama kuih ni Wani seunik cara pembuatannya..

    ReplyDelete
  2. actually baru 1st time dengar pasal kuih ni. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post