Monday, 28 May 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..


Setiap kali bulan puasa, memang akan ada makanan yang nak diviralkan, Tahun ini yang viral nama kuih kerbau guling pulak :D. Di kelantan memang tidak dinafikan nama kuih sangat unik, bila dengar nama kuih kerbau guling, tertanya - tanya pulak kuih yang mana satu, sebab diri sendiri bukan jenis peminat kuih sangat hii.. rupa -rupanya kuih koleh hitam tu, biasa panggil kuih koleh hitam lah.

Tapi tanya bonda, masa zaman kanak - kanak riang ria dia , bukan macam ni kuih kerbau guling, dia sendiri pun pelik kenapa kuih koleh hitam boleh dipanggil kuih kerbau guling hii. Dulu, kuih kerbau guling dibuat daripada ubi parut yang diletak pisang kat tengah, kemudian letak dalam daun pisang dan kemudiannya dikukus, lepas kukus barulah dibuka balutan daun pisang kemudian guling - guling atas kelapa parut. Itu zaman masa bonda  kenal kuih kerbau guling. Harga 10 sen sekerat. Kita tanya orang yang kenal betul - betul kuih kerbau guling.

Dalam sumber berita ini pun, tuan buat kuih ni pun hairan kenapa pelanggan dia panggil kuih kerbau guling. Maknanya nampak sangat lah tidak ada kesahihan nama tepat kuih ini hii. Cuma dia cakap memang nama kuih hitam, tiba- tiba orang panggil kuih kerbau guling. Disebabkan ia dah menjadi panggilan orang ramai sebab itu orang macam nak tahu sangat rupa macam mana kuih kerbau guling tu.

Apapun tak apalah, panggil lah kuih apa pun orang tetap akan makan :)

SUMBER : BERITA HARIAN

RANTAU PANJANG: Kuih Kerbau Guling bukan saja memiliki nama yang unik malah rasa yang enak, sekali gus mendapat permintaan tinggi daripada kalangan penduduk tempatan di sini setiap kali Ramadan.

Kuih yang berasal dari Thailand itu juga dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur yang lembut dan dimakan bersama kelapa parut.

Wan Suriana Wan Ali, 35, adalah antara penjual kuih Kerbau Guling terkenal di pekan ini kerana ayahnya orang yang memperkenalkan kuih terbabit dengan resipi sendiri sejak 31 tahun lalu.

Dia yang juga anak ketiga daripada enam adik beradik, masih meneruskan legasi keluarga dengan menjual lebih 25 jenis kuih setiap kali Ramadan dengan menu utamanya, Kerbau Guling.

"Sebenarnya nama kuih ini baru sahaja dipanggil Kerbau Guling dalam kalangan penduduk Kelantan, sebelum ini ia lebih dikenali dengan Kuih Hitam.

"Ia dipanggil sebegitu kerana kuih ini digolekkan di dalam kelapa parut seperti kerbau yang berendam. Kemudian ia dimasukkan ke dalam laman sosial menyebabkan netizen memanggilnya kuih Kerbau Guling.

"Sejak ia diviralkan gerai kuih kami menerima pelanggan lebih ramai daripada biasa terutama bulan Ramadan. Harganya pula bermula dari RM2," katanya ketika ditemui di gerainya berhadapan Stesen Minyak Caltex, di sini.

Wan Suriana berkata pada hari biasa dia hanya menjual 10 dulang kuih terbabit namun ia berlipat kali ganda ketika Ramadan iaitu lebih 50 dulang sehari kerana permintaan tinggi.

Katanya, pelanggan yang datang membeli bukan saja penduduk tempatan malah dari Kota Bharu, Machang dan Gua Musang yang sanggup ke gerainya semata-mata untuk mendapatkan Kerbau Guling.

"Selain itu, pelanggan luar Kelantan pun ada, yang kebetulan melalui jalan ini atau anak perantau yang bekerja di luar. Mereka kebanyakannya mengetahui mengenai kuih ini melalui laman sosial yang dimuat naik oleh pelanggan kami di Facebook dan Instagram.

"Kuih ini menjadi pilihan ramai kerana tekstur yang begitu lembut dengan rasa yang sedap. Ini kerana kami menggunakan resipi asal yang dicipta oleh ayah.

"Ramai yang datang ke gerai malah sehingga sanggup ke rumah untuk mendapatkan resipi, kami sedia berkongsi asas membuat kuih ini namun tidak secara terperinci kerana menghormati kerja keras ayah sebelum ini," katanya.



1 komentar:

avatar
Sha Mohamed delete 28 May 2018 at 11:02

Ingatkan macam manalah rupanya.. kikiki..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang