Thursday, 28 June 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..
PERBEZAAN DAN HUKUM DI ANTARA ANAK ANGKAT SUSUAN DAN ANAK ANGKAT

Ada suatu lewat petang yang santai, nak buka tv, terbuka tv al- hijrah, masa tu nampak Dato' Dr Izhar Ariff tengah bercakap, Dr izhar memang seorang pendakwah yang disukai juga. Dengar ceramah beliau yang kadang- kadang lawak tapi terselit dalam menyampaikan mesej dan teguran untuk penonton. Rupanya rancangan masa petang tu, untuk "Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa". Kiranya macam soal jawab agama. Sebab sekejap beliau baca soalan di facebook, sekejap ada panggilan telefon.

Bab soal jawab agama ni pun kita tak boleh nak ambil remeh, walaupun soalan tu macam remeh, kan. Selagi hayat dikandung badan, dan bergelar muslim, ilmu perlu berterusan tak boleh nak jadi jahil dan  tak tahu apa- apa tentang hukum hakam agama. Takut padah nanti untuk kita. Sekarang, dah hujung jari, tonton kat tv boleh, siap ada LIVE lagi, nak tengok kat laman web pun boleh. dah macam- macam cara dah kan.

Tiba- tiba ada satu panggilan yang bertanyakan tentang anak angkat, mulanya tak berapa jelas dengan soalan tu. Selepas Ustaz terangkan sikit, baru jelas, isu pasal anak angkat sebelum ni ada la borak santai dengan bonda cakap pasal anak angkat. Kebetulan masa tu pemanggil yang bertanya pasal anak angkat.

Jadi, apa perbezaan anak angkat susuan dan anak angkat, Sangat besar bezanya ya. Mengikut ustaz Izhar, apabila seseorang mengambil anak angkat, sekiranya ibu angkat memberi susu badan kepada anak angkat tersebut, maka anak angkat tersebut akan menjadi anak angkat susuan. Bonda Wani cakap, bayi tersebut kena 3 kali kenyang menyusu, baru lah status anak angkat susuan. Tapi Ustaz tak bagi tahu pulak.

Kalau sebut pula tentang hukum Sekiranya, ibu bapa angkat tersebut mempunyai anak kandung perempuan atau lelaki, hubungan anak angkat susuan dan anak kandung dah jadi macam adik - beradik, boleh sentuh, boleh buka aurat. Jadi senang lah kalau duduk serumah pun tak ada dosa yang memandang sebab dah jadi macam adik beradik.

Sekiranya, ibu bapa angkat hanya ambil sebagai anak angkat sahaja, yang ini rasa macam kerisauan sikit, andai kata ibu bapa angkat dah ada anak kandung sendiri, dan dah besar panjang, baligh. Hukum di antara anak angkat dan anak kandung dah  jadi macam orang asing. Aurat kena jaga, nak sentuh tak boleh, sebab dah bukan mahram kan. Ustaz bagi tahu, hukum tetap hukum, ini bukan berkaitan dengan adat. Kalau kita sayang macam mana pun dekat anak angkat kita. hukum tetap hukum. Begitulah ustaz cakap dan kalau pasal mewarisi harta, anak angkat tidak dapat untuk mewarisi harta daripada ibu bapa angkat, melainkan ibu bapa angkat sendiri memberi wasiat.

Tapi susah lah kalau ada anak kandung perempuan, ambil anak angkat lelaki, duduk pula dalam satu rumah, macam - macam benda boleh jadi. Kasihan kat anak perempuan lah, aurat kena jaga, atas rumah kita sendiri nak pakai tudung. huu.. Bagi pandangan peribadi Wani lah, kalau nak ambil anak angkat kena ambil kira faktor apabila anak angkat dah besar panjang, dan pasangan tersebut dah ada anak kandung sendiri. Lainlah kalau ambil anak angkat jadi anak angkat susuan ini lagi selamat. Maksud kat sini selamat dari segi hubungan tu..

Apapun terpulang kepada pasangan tersebut yang bersedia nak ambil anak angkat ni bukan senang.
macam tu lah, harap tidak ada yang  tersalah, andai tersalah boleh betulkan :)









This post have 5 komentar

avatar
Ibu Syurga delete 29 June 2018 at 14:21

Assalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis wani. Kalau dah jadi anak susuan automatik dah jadi macam anak sendiri. Jadi darah daging. Sebab dah 3 kali kenyang susuan

Reply
avatar
Mama Hakim delete 29 June 2018 at 16:40

Mama singgah blog walking di petang Jumaat. Wani nak ambil anak susuan ke? Hehe.

Bagus kalau dapat ambil anak yatim dan besarkan sampai jadi orang. Sebab oarang yang jaga anak yatim kelak di akhirat akan rapat sangat dengan Rasulullah SAW

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 29 June 2018 at 23:39

x de lah mama sampai nak ambil anak angkat .. saja borak2 dgn bonda hal2 anak angkat ni ..borak santai2 kan :)

Reply
avatar
Ciktie delete 30 June 2018 at 21:11

Kalau dah jadi anak angkat susuan tu secara automatik dah jadi macam anak sendiri dah la kan kak wani

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 2 July 2018 at 11:53

Mungkin kalau jadi anak angkat susuan lebih sesuai kot.. sebab dengan mak bapa pun ada aurat nak kena jaga antara anak angkat dan mak bapa angkat..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang