-->

Monday, 16 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

BISNES YANG INGIN SAYA MULAKAN



BISNES YANG INGIN SAYA MULAKAN ||
Terbaca The Usahawan contest ini yang dikongsi oleh kawan - kawan , teringin pula nak join. Selain daripada hadiah yang menarik, boleh juga mencungkil bakat yang ada dalam diri.

SEMANGAT KEUSAHAWANAN PERLU ADA DALAM DIRI 

Pepatah peribahasa ada mengatakan "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Salah satu ciri seorang usahawan adalah tidak mudah berputus asa. Setiap insan dilahirkan dengan bakat yang tersendiri dan berbeza. Dan daripada bakat juga, boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan sekiranya kebolehan yang kita ada digunakan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Apa kaitan bakat dan usahawan, bagi Wani walaupun perkataan berbeza tetapi ia berkait rapat di antara satu sama lain.

Daripada bakat akan bertukar jadi usahawan. Apa yang kita minat dan kita suka, kita bakal jadi usahawan. Macam itu lah. Berbalik kepada tajuk entri, kalau kalian tanya bisnes apa yang ingin wani nak buat. Setakat yang boleh cakap ada 2. satu untuk bisnes online dan satu lagi bisnes makanan. Salah satu bisnes ini, Wani hanya  ada pengalaman untuk bisnes online. Untuk bisnes makanan tak ada pengalaman.

BISNES ONLINE

Bukan senang juga semasa nak mulakan bisnes online. Bisnes online menjadi trending untuk bisnes sekarang dengan kos dan modal yang rendah, tak ada kedai pun, boleh mulakan bisnes juga. Atas dasar inilah, Wani bermula dengan bisnes online.

Bisnes online banyak cabang, jadi pilih yang betul - betul berminat. Wani pilih bisnes online untuk produk kecantikan. Asbab nak jadikan produk kecantikan sebagai bisnes adalah Wani sendiri tengah cari produk untuk penjagaan kulit muka. Kulit muka dah macam dah tak berapa sihat. Jadi nak carilah produk yang boleh memulihkan balik kulit muka.


Jatuh cinta pandang pertama bila guna produk yang satu ini, disebabkan bisnes ini bisnes online, terus Wani jadi dropship dulu. Ingat dulu, perkataan dropship tak tahu apa maksud. Selepas join, baru lah tahu selok belok bisnes sikit, walaupun hanya menjadi dropship. Tapi, sayangnya tak lama join bisnes ini, selepas jadi dropship, naik jadi agen sekejap. Kemudian, jatuh tersungkur tak lama. hii.  walaupun tak lama bertahan tapi, pengalaman itu berharga, banyak juga ilmu yang dapat sepanjang join bisnes produk kecantikan tersebut.

Sekarang ini pun, masih bersemangat hii tapi dah jadi dropship balik. jauh di sudut hati, banyak lagi nak belajar. Mesti ada yang tertanya - tanya kenapa bercerita pasal bisnes ini hii. Sebab bisnes produk kecantikan memang dah nampak ada potensi ke depan.


BISNES MAKANAN 

Sebenarnya ada impian nak buat bisnes makanan dalam kategori kek. Tahu tak kenapa blog ini wujud ? Sebab dulu, nak simpan resepi apa yang kita masak, buat kenangan di blog, selain daripada boleh juga simpan secara online hii.. Lama- lama makin belajar masak dan baking ni. Makin kita pun banyak dah boleh baiki kemahiran dalam bab masak dan juga baking. Wani tak tahu sangat dulu bab masak dan baking ini ya. Tapi, selepas lama buat kek untuk sendiri makan, kalau tetamu  nak datang rumah tu, boleh lah hidang dengan air tangan yang kita buat kan.

 Apabila dah ramai dah rasa kek yang Wani buat.Maka bermula episod orang asyik  tanya tak nak buat bisnes kek ke, terus macam tergamam hii. Rasa macam tak terfikir nak buat bisnes kek. Kek yang dibuat pun bukanlah bermain dengan dekorasi bagai pun. Kek simple macam kek sarang semut, ke kek mentega ke, kek buah tu boleh lah. Terasa macam kerdil nak bandingkan dengan bakers yang lagi pandai dari kita. Banyak lagi rasanya selok - belok dalam dunia usahawan menjadi seorang bakers ini.

Cuba nak bandingkan dengan diri orang lain pulak. Sepatutnya nak jadi usahawan pun kita kena yakin dengan diri kita sendiri kan. Tapi itulah, orang kata nak jadi usahawan kecil pun dah rasa macam serba tak kena fikir, usahkan nak fikir nak jadi usahawan besar.

Nak betul - betul jadi usahawan ini, salah satunya jiwa kena kental. Begitulah cerita serba sedikit tentang bisnes yang ingin saya mulakan.


THE USAHAWAN 

Sekiranya kalian ingin mengetahui tips  menarik berkaitan keusahawanan, kalian semua boleh ke laman web ini. Kalian boleh klik di The UsahawanBanyak topik menarik yang dibincangkan di sana



This post have 2 komentar

avatar
The Usahawan delete 21 July 2018 at 16:23

Trime kasih, Wani kerana join contest kami. Bagi rakan blogger yang lain, join skali jom. Matlumat contest ble dpt di sini:
https://theusahawan.com/theusahawan-blogger-contest

Reply
avatar
Ciktie delete 25 July 2018 at 20:10

Gud luck.. kita tak sempat joint ! Dah tarikh tutup

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang