-->

Tuesday, 17 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

RESEPI SAMBAL TOMATO YANG SEDAP DAN MUDAH

RESEPI SAMBAL TOMATO YANG SEDAP DAN MUDAH || Seingat dulu ada buat sambal jawa ke nama resepi, tak ingat,  tapi jenis goreng - goreng macam resepi ini jugak, Masa tu kali pertama nak cuba, tengok bahan - bahan macam sedap. Lama dah, lepas tu jadi terfikir balik nak buat kebetulan tomato ni macam dah tak habis nak makan, sebab dah lama dalam peti, mulalah jadi semakin nak masak tomato sebab semakin merah buahnya . Sebelum jadi buruk, kena fikir nak tukar jadi apa hii.

Bukan pandai sangat nak makan jenis sambal versi macam ini sebab semua bahan kena goreng tu nampak rare sikit. Jadi, nak cubalah guna resepi ini. Kredit untuk tuan punya resepi. Semua orang puji sedap pulak, yang jenis suka lada banyak tu letak lah lada banyak - banyak. Cuma yang lain  ikan bilis tu pergi goreng garing, kalau ikut resepi asal tu macam tak digoreng garing.hii

Tak apa lah ikut tekak masing - masing kan. Sedap lah nanti kena repeat, makan dengan nasi panas panas lagi lah terangkat. Lagipun resepi sangat lah mudah. Tak guna lesung batu pun nak lenyek tu, pergi guna bekas chopper :D..

RESEPI SAMBAL TOMATO YANG SEDAP DAN MUDAH 
Sumber : Blog Eyzamiel.com

Bahan - Bahan:
3 Tomato
Sebiji bawang besar
Segenggam ikan bilis siap dikopek
2 hingga 4 ulas bawang putih
Cili api 13 biji (kalau suka pedas tambah, kalau x suka kurangkan cili)
Sedikit garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:
1. Potong tomato, cili, bawang besar dan cili putih.
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
3. Masukkan ikan bilis. Kacau sekejap.
4. Masukkan semua bahan yang dipotong.
5. Gaul semua bahan bagi mesra.
6. Masak sampai nampak semua bahan dah lembik sikit.
7. Masukkan dalam lesung batu. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Agak susah sikit nak tumbuk kan sebab panas dan berminyak. Tak perlu tumbuk. Tekan - tekan dengan lesung batu. Nanti akan hancur sebab bahan - bahan  semua dah lembik. Dah rasa ok, masukkan dalam piring.

This post have 2 komentar

avatar
Mrs. A delete 17 July 2018 at 16:51

Rasa macam pernah makan hurm... tapi tak ingat kat mana hehehe...

Reply
avatar
Diet Diet Sihat delete 18 July 2018 at 18:13

bolehlah lepas ni masak nasi tomato yang sedap

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang