Wednesday, 25 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

resepi agar - agar santan yang mudah

RESEPI AGAR - AGAR SANTAN YANG MUDAH || Salam semua, banyaknya scroll gambar kadang - kadang naik pening yang mana nak up dulu kat blog, selagi Allah masih jaga diri ini dan dikurniakan kesihatan yang sebaiknya untuk menulis dan berkongsi, Selagi nampak tulisan ini di alam maya, selagi itu lah berkongsi kepada pembaca semua ya. Nikmat kesihatan yang Allah bagi kena hargai juga, selagi belum datang sakit, tapi sakit itu pun nikmat yang Allah uji dan sayang kita juga.

Seawal blogging pada tahun 2011, blog ini memang fokus untuk perkongsian resepi, Sangat gigih nak kenal dengan food blogger di alam maya, makin lama  dari setahun ke setahun, tak ramai dah food blogger yang kenal dulu aktif blogging di alam maya, tak semua tapi masih yang Wani kenal ada lagi yang aktif, malah nama mereka semua makin lama dah masuk TV commercial, contohnya food blogger Kak Azie, dari Azie kitchen. Makin hebat mereka semua, kita jerr yang tak masuk TV :D...konon perasan nak masuk TV kan. hiii



Oklah ya, lama dah peram gambar ini Agar - agar santan pandan yang memang selalu buat, tak semua tekak boleh terima agar - agar, tapi agar- agar santan boleh masuk tekak sebab semua orang boleh makan. Nama lagi tekak melayu kan, resepi pun ambil dari food blogger yang memang dah lama kenal, tapi mereka ini dah tak berapa aktif dah.Terima kasih di atas perkongsian resepi.

Samada  nak guna serbuk agar - agar atau pun nak guna agar - agar bertali, semuanya boleh. ikut resepi di bawah

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN 
Sumber : Blog Hanamemories

Bahan-bahan
* 10g serbuk agar-agar
* 1 cawan gula
* 1100 ml air
* 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
* 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
* secubit garam
* 1 helai daun pandan

Cara-cara
* Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
* Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
* Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
* Tuang kedalam loyang atau acuan.
* Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : Kak ummi Blog Homesweethome

Bahan-bahan
* 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
* 1150 ml air
* 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
* 1 1/2 cawan gula pasir
* 1 biji kuning telor
* 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
* beberapa titis pewarna hijau
* 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
* Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
* Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
* Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
* Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
* Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Nota : untuk homemade jus ekstrak pandan boleh klik di SINI

This post have 6 komentar

avatar
ray delete 25 July 2018 at 12:21

lama betul ray x makan agar2

Reply
avatar
Unknown delete 25 July 2018 at 12:26

Sedapnya kuih ni.. Blog resepi ni nak kena ikut niche blog.. Itu yang susah nak ikut

Reply
avatar
Unknown delete 25 July 2018 at 16:42

Kalau bulan puasa pemes agar-agar ni jual bazar hehe tapi ira dah lama tak makan

Reply
avatar
Ciktie delete 25 July 2018 at 20:00

Myr fav ni.. sedap bila santan tu banyak hehe

Reply
avatar
I am LZ delete 25 July 2018 at 21:38

LZ suka sangat dengan agar-agar santan ni Wani..
Lebih-lebih lagi bila kita simpan dalam peti ais.. Bebila rajin boleh cuba buat sendiri..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang