PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT

ASSALAMUALAIKUM..

pengalaman pertama kali melihat proses menyedut madu kelulut

Hi salam semua, salam Sabtu

PENGALAMAN PERTAMA KALI MELIHAT PROSES MENYEDUT MADU KELULUT || Siapa ya pernah ada pengalaman melihat sarang kelulut ni ?. Madu kelulut sudah semakin popular kan sekarang ni. Ingat zaman kanak - kanak, tengok saja sarang kelulut di celah - celah dinding rumah. Kadang- kadang ada juga tengok bersarang di pokok. Madu kelulut sekarang sudah boleh buat duit. Dan ramai juga yang menjadi pengusaha madu kelulut sekarang ini, ada yang buat macam ladang kelulut untuk dikomersilkan dan ada juga yang saja untuk mengisi kekosongan masa lapang, membela kelulut dalam kawasan rumah.

Jiran sebelah rumah, memang ada kebun kelulut, tak lah luas sangat dah lah kawasan rumah dia pun penuh batang kayu yang ada sarang kelulut hii, tapi suka tengok, sebab macam ada hubungan dengan alam :).. Kampung kawasan rumah memang ada hutan dan tak macam di bandar ya, sebab itu persekitaran macam sesuai nak bela kelulut. Nanti senang kelulut nak cari makan, cari bunga. Disebabkan sebelah pagar selalu tengok kelulut, bersama spesis serangga terbang- terbang yang lain singgah di pokok - pokok bunga. Best tak suasana macam tu ? hii, kalau hati yang tengah panas pun boleh jadi tenang.


Nak bela kelulut bukan senang, banyak risiko yang harus diambil, Disebabkan jiran sebelah dah terbiasa risiko macam mana, kalau kelulut tinggal sarang mereka tu dah perkara biasa dah, satu batang pokok bukan murah boleh mencecah ratus ringgit, kalau saiz yang besar mahal lagi.

Abah dah terpengaruh dengan jiran, jadi, dia beli 2 batang pokok yang dah ada sarang kelulut, Keliru dekat sini nak sebut batang kayu ke tunggul kayu hii. Saja dia nak isi masa lapang,sebab tengok macam seronok jer bela kelulut.

Kelulut, nak jaga tak susah, tapi kena hati - hati takut mereka tinggalkan sarang. Banyak faktor la juga. Paling excited bila nak buka penutup atas tengok kelulut punya sarang. SubhanaAllah, dah macam speecless sekejap.

Kali pertama melihat sarang kelulut macam teruja, sambil berfikir - fikir tentang makhluk Allah ini. Banyak yang boleh belajar kan :)


Kantung sarang kelulut ini,  apabila madu dah penuh kat dalam tu, baru kelulut akan tutup, tengok macam gambar kat atas, yang  nampak macam tutup tu, kat dalam tu penuh sangat madu. Kantungnya lembut tak keras, kalau kita sentuh sikit dengan jari macam tekan lembut begitu. :D.. Seronok belajar benda baru ni.

Semasa proses nak sedut madu kelulut, kita akan tebuk sikit bahagian atas, Apabila madu dah diambil dari kantung, kelulut akan sambung balik  kantung sambil penuhkan madu kat dalam. Untuk yang tak ada mesin penyedut, abah guna picagari sahaja, tak padan nak beli mesin sedut sebab bukan bela yang berskala besar pun. :)

Walaupun dah buka penutup atas, ada separuh keluar ,ada separuh kat dalam,Kelulut hidup berkoloni, macam lebah juga, tapi kelulut tak serang macam lebah, sebab mereka tak ada sengat.


Nampak kat luar tu, itu lah lubang kelulut nak masuk sarang. Belalai panjang nampak di luar, buka penutup tu baru nampak sarang macam mana, agaknya kalau di batang kayu sungguh kalau belah, memang sarang ikut dalam batang kayu.

Kelulut yang bela ni tak ada lah serang orang, semasa tengah shoot ni, ok jerr kelulut main terbang sekeliling kita jer, tapi tak tahu lah takut ada yang jenis liar sikit. Orang takut sangat sebab kalau ia serang pun memang nak serang kat rambut, sebab nak melekat, badan kelulut ni melekit, Wani pun pernah zaman kanak - kanak kena serang kelulut :D.

Dalam satu sarang ni boleh dapat hampir 1 kg juga tak silap, patutlah orang jual mahal sebab bukan senang nak sedut, ini pun sedut kaedah manual ada la juga tumpah madu sekeliling sarang kelulut.
Cabaran tu ya.


Dapat dalam 2 botol lebih kurang, warna nampak muda dan manis sangat semasa baru mula madu diambil, nanti lama - lama madu akan bertukar rasa masam. Banyak lagi nak belajar tentang habitat kelulut.

Jemput tonton video :)

                      

4 Comments

  1. Firsttime tengok sarangnya ni hehe sebelum ini kena madu dan dia je hikhik

    ReplyDelete
  2. madu kelulut ni tak boleh simpan lama lama, jadi masam.. senang nak kutip hasil sebab lebah dia takde sengat hehe

    ReplyDelete
  3. sedap madu kelulut ni masam2 skit

    ReplyDelete
  4. Ekin pernah tengok sarang kelulut dan pernah makan madu dia hihihi yang kak ipar punya sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post