CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT

ASSALAMUALAIKUM..

CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT || Semalam hujan renyai - renyai sejuk sampai ke tulang rasa. Kali ini kongsi cara simple nak rebus sup tulang, tulang lembu yang diguna bukan bahagian rusuk tapi tulang kepala lutut lembu, harap boleh faham lah bahasa tu :D. Sekali tengok, macam mana nak makan dah tulang besar sangat. Tak apa ada solusinya. Untuk buat apa - apa sup, setia sangat guna sup bunjut adabi. Guna sup bunjut adabi dah tak perlu letak apa - apa tambahan lain dah, cukup ke semua rempah dalam sup bunjut adabi.

cara rebus sup tulang noxxa 42 minit
Kalau masak sup tulang, kat rumah memang pantang nak main tumis bagai, nanti ada yang merajuk tak makan, abah la tu, kita ni faham sangat sup tulang macam ni kan memang akan keluar lemak- lemak dia kan, kalau tumis pulak lagi lah berminyak, kononnya nak sihat buat lah sekali harung macam "raja berangkat". :D. Tapi lemak tetap ada.



Selepas rebus siap HP dalam 42 minit, dah lembut elok dah. Bab tulang lembu ni, HP memang kena dalam 40 minit ke atas sebab nak bagi lembut isi tulang semua tu.Kalau dapat bahagian lembu tua, memang lama lagi la kena masak sebab lambat nak lembut. Ada pernah pergi HP sampai dalam 50 minit baru lembut ya..

Kalau tulang kepala lutut lembu macam ini, macam ni lah caranya terpaksa hiris - hiris daging yang ada di celah tulang, baru boleh makan. Kalau seketul besar macam tu nak makan macam mana kan. Dah banyak kali dah buat macam ni senang sikit nak makan. Kalau dapat tulang rusuk lembu tu lain la.

Jemput tonton video di bawah ya. Nanti next entri nak kongsi yang paling mudah nak buat menu sup tulang macam ni, tak perlu tumis bagai hii.


Isi daging yang telah dihiris, ambil celah - celah tulang jerr ni dapat banyak ini.

CARA REBUS SUP TULANG NOXXA 42 MINIT

Bahan - Bahan

Tulang lembu anggaran berat dalam 1 kg - 1 1/2 kg
1 paket Sup bunjut adabi 
Air secukupnya

Cara - Cara 
1. Masukkan tulang lembu ke dalam periuk noxxa dan masukkan air nak dekat paras dengan tulang lembu. 
2. Masukkan sup bunjut adabi
3. Putar tombol ke pressure, tekan high pressure 42 minit dan tekan on
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap
5. Dah siap

Yang ini tunjuk cara simple nak rebus tulang lembu, kalau menu untuk sup tulang lembu, biasanya memang buat simple sangat tapi sedap. 

Post a Comment

Previous Post Next Post