-->

Wednesday, 19 September 2018

author photo
Resepi Air Asam Perut Lembu Paling Simple, Mudah Dan Sedap | Salam semua nak sambung untuk resepi air asam perut lembu yang mudah dan sedap. Ada yang panggil air asam perut lembu dan ada juga yang panggil perut lembu cicah air asam. Bagi sis tak kisah, kedua - dua pun sama. Entri sebelum ini ada tulis kat bawah sekali ya boleh ke link di bawah. Ini cara yang biasa buat simple dan sedap.

Bagi sis, suka berkuah, kalau makan dengan nasi memang nak bertambah kuah. Rebus perut lembu hari tu, dapat satu periuk banyak la sikit. Kesudahannya tak habis, tak apa boleh frozenkan. Banyak lebih, ingat sekali harung nak rebus perut lembu tu sebab malas nak rebus banyak kali. 

Resepi Air Asam Perut Lembu Paling Simple, Mudah Dan Sedap

Rebus perut lembu ni bukan senang, lekat pulak lemak lemak di periuk tu kan, itu yang rebus siap habis. Ada yang lebih tu frozenkan, tunggu adik balik dari Johor, panaskan balik, sebab dia teringin nak makan. Tapi makin lama makin sedap la pulak, sebab rasa tu macam dah masuk dalam.

Jom kita tengok resepi air asam perut lembu yang mudah dan sedap. Resepi air asam semua bahan ikut citarasa masing - masing ya. Nak tambah lada lebih boleh tambah.



Cara Nak Buat Air Asam Perut Lembu Mudah Dan Sedap

Bahan - Bahan 

Perut lembu yang dah direbus sehingga empuk, siap dihiris menjadi kepingan kecil

2 keping asam gelugur

Belacan sebesar ibu jari ( kalau rasa nak tambah ikut citarasa masing -masing )

4 tangkai lada burung merah dan hijau ditumbuk halus ( kalau nak pedas boleh tambah )

Garam dan gula secukup rasa

Air asam jawa secukupnya

Jus limau nipis secukupnya

Bawang besar kuning yang dimayang secukupnya

Cara- cara 

1. Masukkan perut lembu yang dah siap dihiris ke dalam periuk, dan masukkan lebihan air rebusan sekali.
2. Masukkan asam gelugur, belacan, lada burung yang telah ditumbuk, garam dan gula secukup rasa, jus limau nipis, air asam jawa dan bawang kuning yang telah dimayang.
3. Letak atas dapur dan panaskan sehingga ke semua mendidih.
4. Kuah dah mesra, boleh rasa balik kot terkurang masin masam ke, boleh tambah ikut citarasa masing - masing ya. Kalau rasa nak tambah belacan tambah. Kalau rasa nak masam lagi boleh perah jus limau nipis.
5. Sedia untuk dihidangkan

Ohh sebelum terlupa perut lembu ni Wani rebus guna noxxa ya.

Boleh baca sini : Cara Rebus Perut Lembu Noxxa 30 Minit

Jemput tonton di my youtube channel 


Selamat mencuba resepi air asam perut lembu yang mudah ini. 

1 komentar:

avatar
Warisan Petani delete 19 September 2018 at 22:22

Sedap3.
Orang Jawa biasanya masak tumis pedas

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang