Thursday, 27 September 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

resepi daging masak merah paling sedap

RESEPI DAGING MASAK MERAH PALING SEDAP || Sejak jumpa resepi daging masak merah tersedap, memang tak lompat ambil resepi lain dah, resepi ini lah yang guna sejak tahun ke tahun. Nampak sangat lama tu tahun ke tahun, Sebelum ini memang ada post, pergi korek balik entri lama tapi cuba lah klik tuan punya pemilik blog, nampak blog tak wujud dah. Nampaknya, kena edit balik sana buang link broken. Ini lah yang susah sebenarnya nak letak link, takut link rosak. huu.

Daging masak merah guna daging korban, lama dah tak masak, disebabkan ini daging lembu muda, rebus pun tak lama. Cuma yang tak ingatnya nak pergi goreng sekejap hirisan daging bagi garing sikit. Apapun sedap juga walaupun tak digoreng. Daging jadi merah sebab masa tengah rebus letak pewarna merah :D. Nak masuk jugak dengan nama resepi daging masak merah.


Terima kasih penyumbang resepi, nak letak link, link blog pun dah broken dan tak wujud.

RESEPI DAGING MASAK MERAH PALING SEDAP

Bahan- bahan 

300 gm daging

1 sudu makan pes cili

1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2

3 ulas bawang putih ( dipecahkan )

4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas

2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )

1 sudu makan sos tomato

1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )

1 biji buah tomato ( di potong 6 )

cili merah/ cili hijau untuk hiasan

daun ketumbar ( di hiris )

sedikit minyak

Cara - cara 

1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.

2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.

3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.

4. Masukkan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).

5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.

6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.

7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.





1 komentar:

avatar
ejulz delete 27 September 2018 at 11:42

febret ejulz masak merah. hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang