-->

Sunday, 1 August 2021

author photo
Resepi Nasi Tomato Mudah Guna Beras Biasa Dan Ayam Masak Merah Paling Sedap | Salam semua, nasi tomato ramai peminat, dan orang cakap nasi paling mudah nak buat. Sis ni jarang - jarang jugak nak masak nasi kena tumis macam ni. Kalau kali pertama nak buat, memang nak kena tengok bahan itu ini nak letak. Kalau yang biasa dah masak, semua bahan dah ada dalam kepala kan. Resepi nasi macam ni, ia kena gandingkan dengan lauk apa yang nak dimakan dan ada menu sampingan lain.
 
Resepi Nasi Tomato Mudah

Tapi itu lah, masak nasi kena tumis macam ni laju pulak makan. Lain kali boleh buat lagi. Untuk beras, sis guna beras biasa saja. Tak guna beras basmathi. Cuma tu lah, guna beras biasa pun kena pandai la nak lebihkan air atau tak, bergantung atas beras yang digunakan. Macam sis, sis rendam dalam 30 minit, lain kali kena lebihkan air sebab nasi dah masak macam keras sikit, tapi bukan tak masak ya. Sis masak nasi tomato guna rice cooker biasa tu. 

Untuk nasi tomato mudah ini, sis gandingkan dengan ayam masak merah paling sedap dan acar timun mudah saja. Buat ayam masak merah tak ada lah susah mana, cuma lambat sebab nak kena goreng ayam dulu. Bahan - bahan yang lain tu hanya kisar saja. 

Jadi, untuk resepi nasi tomato mudah, korang boleh tengok resepi di bawah ya. Untuk resepi ayam masak merah pun ada sekali. Jika nak buat nasi tomato tanpa susu cair, korang guna air biasa saja. Letak susu cair ni bagi rasa lemak dan nasi pun sedap. 

Dalam resepi ini juga sis guna tomato puree, rasa tomato puree ni tawar saja, dia tak macam sos tomato yang dah ada rasa. Tapi kalau korang tak ada stok, korang guna saja sos tomato dalam botol tu pun boleh. Jadi lah jugak resepi nasi tomato tanpa tomato puree. Untuk 1 tin kecil tomato puree sis guna letak dalam nasi dan juga dalam ayam masak merah. Habiskan terus tak nak simpan - simpan dah. 

Jom cuba buat nasi tomato simple ini. 

Resepi Nasi Tomato Mudah

Resepi Nasi Tomato Mudah Guna Beras Biasa 


Bahan - Bahan
3 cawan beras basmathi ( sis guna 6 cawan beras biasa ) 
Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cawan air)
1/2 cawan susu cair ( 1 cawan ) 
2 helai daun pandan
3 sudu besar tomato puri ( 6 sudu besar ) 
3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Sedikit minyak/marjerin
4 biji bawang merah ( 8 biji bawah merah ) *tengok saiz bawang juga ya
3 ulas bawang putih ( 4 ulas bawang putih ) 
1 inci halia
1 kiub pati ayam ( 1 1/2 kiub pati ayam ) 
Garam dan gula secukup rasa

Cara - Cara
1. Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia.
3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Bila dah layu, masukkan tomato puri.
4. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam.
5. Transferkan dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak
6. Bila dah kering, kacau sebentar menggunakan garfu.
7. Taburkan kismis dan bawang goreng.

Nota : Yang dalam bracket tu yang sis dah tambah bahan sebab guna 6 cawan beras

Resepi Nasi Tomato Mudah

Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap Dan Mudah


Bahan - Bahan
1/2 ekor ayam
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sekawan
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
Air anggaran 1 cawan (kalau nak berluah letak lebih)
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar hiris (hiasan)
Daun bawang
Kacang peas dalam tin

Cara Cara
1. Ayam digoreng dengan garam kunyit.
2. Blendkan bahan yang bertanda (*)
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik minyak
4. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
5. Masukkn sos cili dan sos tiram.
6. Masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris
7. Boleh masukkan kacang peas jika suka
8. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Resepi Nasi Tomato Mudah

Resepi Acar Nenas Dan Timun


Bahan - Bahan
1/2 biji nenas
2 batang timun
2 biji lada merah besar
1/2 bawang kuning dihiris  
Cuka secukupnya
Garam dan gula

Cara Cara
1. Potong nenas dan timun buang biji kerat panjang macam dalam gambar.
2. Hiris lada merah besar panjang - panjang
3. Letak dalam mangkuk. Letak cuka, garam dan gula dan gaul rata.
4. Acar kena buat awal nanti masa nak makan semua dah sebati rasa masam, manis dan masin



1 komentar:

avatar
Rabiahtul adawiyah delete 4 August 2021 at 13:05

Lama dah tak makan nasi tomato

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post