-->

Friday, 15 January 2021

author photo
Resepi Ala Daging Bakar Harimau Menangis Dengan Sos Thai Sedap Dan Mudah | Salam semua, walaupun daging yang diguna bukan bahagian daging harimau menangis. Tak apa lah letak nama saja pun. Daging sekarang bukan murah dah. Bukan senang juga nak beli daging dari bahagian harimau menangis. Sis pun pernah makan daging harimau menangis kat kedai yang sangat popular di sini. Dengarnya resepi ini memang asal sebelah sana Thailand. Kalau orang sana buat memang original sungguh dah. 

resepi daging bakar harimau menangis

Sana sini ramai dah mula jual yang sejuk beku. Ambil peluang untuk buat bisnes kan. Suatu ketika dulu viral resepi daging harimau menangis. Jadi, kita cuba yang mudah saja ya. Untuk daging harimau menangis ini, sis bakar dalam air fryer. Terpulang nak bakar guna arang ke pun boleh, nak bakar guna dalam magic pan pun boleh ikut mana yang senang. 

Kalau masuk bab perapan memang lama sikit perap. Berminggu rasanya daging perapan dalam peti beku baru teringin rasa nak bakar, sebab mood malas datang, kadang - kadang susah jugak ya, bila mood rajin datang baru kerajinan nak bakar lagi nak buat sos daging lagi. 

Lagi lama perap, lagi bagus sebab lagi bahan perapan masuk dalam daging. Ikut resepi orang bagi, Resepi sangat mudah. Kalau korang rajin perap lama sikit daging tu ya, letak dalam dalam peti beku. 

Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis 


Resepi daging bakar harimau menangis

1. Daging yang sedang diperap, simpan semalaman peti bawah kemudian baru simpan dalam peti beku.

Resepi daging bakar harimau menangis

2. Beras yang telah disangai dan ditumbuk halus. Untuk kuah sos cili ala thai, bagi Wani tekak macam tak boleh terima sikit, biasalah komen sikit kan. Tapi mungkin korang nak cuba apa salahnya.


Resepi daging bakar harimau menangis

3. Air asam jawa untuk buat sos 


Resepi daging bakar harimau menangis

4. Daging yang dah sedia untuk dibakar


Resepi daging bakar harimau menangis

5. Separuh masa pertama, kena sabar sikit bakar dalam air fryer hii, kalau nak lagi garing boleh tambah masa.


Resepi daging bakar harimau menangis

6. Sos cili ala thai yang memang sedap lah di tekak, ada rasa masam manis masin dan bau dari daun ketumbar lagi. Memang masuk kalau cicah dengan daging. 


Resepi daging bakar harimau menangis

7. Daging bakar yang dah siap dibakar, nanti suam suam sikit, boleh hiris 

Resepi penuh di bawah terima kasih Puan Tahrunnisah Jali sebab terbaca di laman web mingguan wanita. Ada satu lagi kalau nak buat sos blackpepper mushroom pun ada resepi di bawah. Jemput tonton videodi  my youtube channel. 

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Sedap Dan Mudah 


Bahan-Bahan:
2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak

Cara Membuat:
1.Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dalam 30 minit.
2.Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dalam 2 jam
sedia untuk dibakar.
(# ujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut dan berjus )

Cara Bakar Dalam Air Fryer : 

1. Letak daging dalam basket, tolak masuk dalam air fryer.
2. Putar tombol suhu 160 C dan masa 30 minit.
3. Dalam tempoh 30 minit, balikkan kedua - dua belah. Dah cukup tempoh masa kalau nak lagi garing boleh tambah masa.
4. Setelah siap, angkat dan keluarkan sejukkan sekejap, kemudian boleh dihiris nipis.
5. Dah sedia untuk dihidangkan bersama sos cili ala thai.

Cara Buat Sos Daging Harimau Menangis 

 Untuk sos pencicah ini, mungkin ada pelbagai resepi yang lain. Di bawah adalah resepi sos pencicah daging harimau menangis.

Bahan-Bahan:
Segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam

Cara Membuat:
1.Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas.
2. Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis.
3.Perasakan dengan sedikit garam.

Sos Blackpepper Mushroom
Bahan-Bahan:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar sos lada hitam
1 kiub stok ayam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos perapan daging
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 cawan whipping cream- kalau takde gantikan dengan susu segar
2 cawan air (jika pekat adunan boleh tambah air mushroom dalam tin dihiris nipis)

Cara Membuat:
1.Panaskan mentega dalam periuk.
2.Masukkan tepung gandum kacau sekata dan masukkan 2 cawan air dan kacau guna whisker sehingga sebati..
3.Masukkan sos lada hitam, sos tiram, lada hitam tumbuk, stok ayam, sos perapan daging, kicap pekat dan whipping cream, kacau sekata
4.Jika adunan pekat boleh tambah sedikit air hingga dapat kepekatan yang diingini.

Jemput tonton di my youtube channel

This post have 10 komentar

avatar
Sis Lin delete 18 October 2018 at 10:24

Yaaaa, yang di tunggu sudah up!
Nanti kita try okay...nantikan kemunculan versi Sis Lin pulak hahahaha..
Aaauummmmm

Reply
avatar
adianiez AIDA delete 18 October 2018 at 11:17

tq for sharing.
boleh la aida copy paste resepi ni.
air fryer da ada dah.

Reply
avatar
noor azlan delete 18 October 2018 at 11:42

New Template, look nice... Harimau menangis?... hihi

Reply
avatar
YEASLMN delete 19 October 2018 at 07:11

Nampak sedap ni. Huhuu. Harimau menangis sebab daging ni sedap sangat kot. Haha

Reply
avatar
Siti Nurhayati Dollah delete 19 October 2018 at 11:28

Lama dah tengok dok melintas dalam facebook. Boleh cuba buat nanti. Terima kasih berkongsi resepi ;-)

Reply
avatar
Unknown delete 19 October 2018 at 12:08

Awat pelik sangat nama nya tu wani
Tapi tengok resepi sedap ja kan bolehlah try ni

Reply
avatar
Kak Feni delete 19 October 2018 at 18:15

Sedapnya. Esok cuti, Kak Feni boleh cuba resepi ni.

Reply
avatar
Cik Ash delete 21 October 2018 at 13:17

sedapnya daging bakar...

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 19 January 2021 at 19:25

wahhhh sedappnyaaaa daging bakar harimau menangis

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post