Drama Melastik Ke Hatimu Lakonan Andi Bernadee Dan Janna Nick Di Slot Lestary TV3

Drama Melastik Ke Hatimu Lakonan Andi Bernadee Dan Janna Nick Di Slot Lestary TV3 | Salam semua, drama Melastik Ke Hatimu yang bersiaran di slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan yang telah pun tamat siaran. Drama kali ini berbeza dari drama sebelum ini sebab drama Melastik Ke Hatimu adalah drama dari adaptasi novel Melastik Ke Hatimu hasil karya Aqma Dee. Janna Nick dan Andi Bernadee gandingan utama dalam drama yang bergenre romatik komedi ini. 


Drama melastik ke hatimu lakonan andi bernadee dan janna nick


Untuk info, barisan pelakon dan sinopsis drama ini adalah seperti di bawah.


Info Drama Melastik Ke Hatimu

  • Bilangan Episod : 13
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Novel  : Aqma Dee
  • Pengarah : Azmi Hata
  • Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Janna Nick, Andi Bernadee, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir

Barisan Pelakon Dalam Drama Melastik Ke Hatimu

  • Janna Nick sebagai Haura Annisa
  • Andi Bernadee sebagai Ziyyad
  • Norman Hakim sebagai Jeffry
  • Wani Kayrie sebagai Fatin 
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu 

Drama ini mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. 

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Sinopsis Novel Melastik Ke Hatimu 




Novel di bawah kategori cinta dan romantis ini boleh dibeli dengan harga RM 26.00. Kalau berminat boleh beli ya. Sinopsis untuk novel adalah seperti di bawah.  

Haura Annisa, si gadis ‘gengster kilang’. Namun, siapa menduga kehidupannya terkongkong dan dikawal emaknya. Si emak nekad mahu menantu kaya! 

“Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?” “Saya ambil anginlah,” bohong Haura. “Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? 

Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad. 

ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat ‘kayu cengal’ itu. 

Membosankan! Lagi dia rasa tercekik ada kawan macam Ain! “Ikat? Maksud kau?” Berkerut dahi Haura. Tiba-tiba pula otaknya jadi tepu. 

“Kalau kau betul-betul sayangkan Encik Ziyyad, kau kena ikat dia dengan anak. Maksud aku kau kena serahkan apa yang sepatutnya Encik Ziyyad dapat. 

Sekarang ni kau tak boleh bertindak slow macam siput sedut dah, kau kena laju macam arnab. Kalau tak kau akan menyesal,” sambung Ain lagi. 

Si Haura ni kalau tak dihasut, memang macam itulah sampai ke sudah. Tak habis-habis nak malu. 

“Itu laki kau woi! Tak kan nak biarkan orang lain rampas. Aku tengok si Liya tu dah lain macam gayanya.” “Kena ke?” Tertelan air liur Haura dengan apa yang baru Ain katakan.

Seram sejuk pula dia dengan semangat Ain yang tiba-tiba tu. Suami aku, tapi dia yang beria. 

NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah… “Aku nak kau ceraikan anak aku!” - Mak Limah “Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna.” –Ziyyad 

APAKAH pilihan Haura ketika bahagia mereka diuji?

Tonton Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) 

Terlepas untuk tonton di TV, drama ini korang boleh tonton percuma di https://www.iq.com/ selesai saja tayangan di TV.  Atau korang boleh download aplikasi iQIYI nak lagi mudah. Apapun dari semasa sis akan kemas kini. Jangan lupa peminat genre romantik komedi saksikan drama Melastik Ke Hatimu, Seri Kecantikan Dari Hati hanya di TV3. 

Drama Melastik Ke Hatimu Lakonan Andi Bernadee dan Janna Nick

Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 2


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 3


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 4


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 5


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 6


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 7


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 8


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 9


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 10


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 11


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 12


Drama Melastik Ke Hatimu Episod 13



Baca Juga :




Post a Comment

Previous Post Next Post