Sunday, 10 March 2019

author photo
Hati Ayam Goreng Air Fryer Dengan Sambal Yang Mudah Dan Sedap || Salam semua, sejak berjinak - jinak guna air fryer dan tekak pun dah boleh terima makanan yang digoreng dalam air fryer. Ingat mula - mula guna macam susah nak telan hii. Ada gajet dapur yang ini memang membantu mudahkan kerja. Siapa yang tak beli lagi air fryer tu beli lah ya. Memang gajet dapur wajib ada kat rumah.

Hati Ayam Goreng Air Fryer Dengan Sambal Yang Mudah Dan Sedap

Ada ke peminat hati ayam, sekali - sekala boleh lah menu hati ayam ni. Bab nak goreng hati ayam, walaupun goreng dalam air fryer orang kata macam tak berapa best, disebabkan target nak kurangkan minyak dan fikir tak nak main letup - letup dalam kuali :D. Inilah dia jawabnya guna air fryer.

Kalau ikutkan hati ayam ni, orang kata tak elok sangat makan, tapi hari itu pergi terbeli sepaket ke 2 paket hati ayam saja. Terpaksa la nak goreng garam kunyit dan buat sambal mudah guna kuali lain.

Untuk sambal tu mudah saja, kalau buat untuk ayam kicap pun boleh juga. Bahan - bahan yang mudah cuma untuk serai tu dihiris bukan diketuk, lagi wangi. dengan serai - serai makan.:D. Lagi wangi bila tumis.

Memang habis mudah sambal ni, nak puasa tak lama lagi, nak masak yang ringkas jer. Hati ayam ni kalau boleh perap dalam semalaman walaupun dengan garam kunyit. Macam tu lah biasa buat kira macam planning nak masak kan.

 Ok lah siapa yang suka, cuba lah ya. Resepi di bawah. Jemput lah subscribe di my youtube channel. :) Terima kasih



Hati Ayam Goreng Air Fryer Dengan Sambal Yang Mudah Dan Sedap

Bahan - bahan
Hati ayam yang diperap dengan garam kunyit (anggaran dalam 250 gm )
5 - 6 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
4 batang serai dihiris
5 tangkai lada burung *
Kicap pekat
Kicap lemak manis
Sos maggi thai
Sos tiram

Bahan bertanda * ditumbuk

Cara - cara
1. Masukkan hati ayam ke dalam basket air fryer dan setkan suhu 180 °C dan masa dalam 25 - 30 minit
2. Balikkan separuh masa pertama dan goreng sampai masak. Jika tak garing boleh tambah masa sambil balikkan
3. Dah masak, pindah dalam pinggan ketepikan sekejap
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan serai hingga wangi
5. Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga wangi
6. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, sos maggi thai dan sos tiram secukupnya
7. Kacau rata dan masukkan hati ayam. Kacau lagi sekali supaya sambal bersalut dengan hati ayam
8. Siap untuk dihidangkan

This post have 7 komentar

avatar
mama 3farhanah delete 10 March 2019 at 13:28

Kadang2 saya guna airfryer ni utk panaskan lauk.. :)

Reply
avatar
Miza Talib delete 11 March 2019 at 11:43

kena beli jugak sebelum puasa ne senang nak masak waktu berbuka nnati kan

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 11 March 2019 at 13:36

ooo...hati ayam je goreng dalam air fryer ek...tadi kita ingat masukkan sambal sekali dalam air fryer tu..aje gilerrr seorang sunah punya bayangan..hahahahahaha

Reply
avatar
MaisarahSidi delete 13 March 2019 at 13:06

nak beli air fryer jugalah.. senang keje memasak kan, sihat lagi tu

www.maisarahsidi.com

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang