Wednesday, 13 March 2019

author photo
Menu Sihat Untuk Tauhu Lembut Kukus Yang Ringkas Dan Senang Nak Buat || Salam semua, fenomena cuaca panas sekarang ni, ya. walaupun berangin tapi hawa panas, Nak main bakar sampah tu hati - hati lah sikit ya. Kena perhati dengan suasana kering macam ni, huu. Panas haih, Harap - harap hujan turun selebat alam basahkan bumi yang kering - kontang. Amin.

Menu Sihat Untuk Tauhu Lembut Kukus Yang Ringkas Dan Senang Nak Buat

Panjang lebarnya mukaddimah ya, lemau sikit nak menulis time musim panas ni tapi paksa diri nak rajin jugak. Siapa peminat tauhu lembut kukus ada tak ? ke tak ada. Lama sangat rasanya tak masak tauhu lembut kukus ni. Siapa yang nak diet memang elok lah makan menu macam ni.

Biasa masak buat ringkas jerr, makan tengah hangat sedap tau. Jom lah cuba menu diet yang ringkas ya. Penyediaan pun mudah sangat kukus jer. Ayam cincang tu boleh lah nak letak banyak mana ya tak susah dan tak ada sukat -sukat.

Ala chinese style sikit sebab letak minyak bijan. Selamat mencuba. :). Nanti korang boleh tonton di youtube ya kot ada yang yang tak nampak banyak mana nak letak ayam cincang tu hii. Siapa yang belum subscribe youtube kita, jemput - jemput subscribe ya.



Menu Sihat Untuk Tauhu Lembut Kukus Yang Ringkas Dan Senang Nak Buat

Bahan - bahan

4 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 sudu besar tepung jagung dilarut dengan hampir 3/4cawan air
Serbuk lada sulah putih
Tauhu lembut 1 paket
Ayam cincang sama ada nak cincang sendiri atau beli yang dah siap
Sos tiram secukupnya
Kiub pati ayam secukupnya
Minyak bijan
Daun ketumbar sebagai hiasan

Cara - cara

1. Tauhu lembut keluarkan letak dalam bekas kaca tahan panas
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
3. Masukkan ayam cincang dan juga serbuk lada putih  dan kacau hingga ayam masak
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, sos tiram dan juga kiub pati ayam
5. Kacau sehingga sos  mendidih dan nampak pekat
6. Kemudian, tuangkan atas tauhu lembut untuk dikukus
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan, titik minyak bijan dan kukus selama 15 minit
8. Keluarkan dan hias dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan terus

This post have 6 komentar

avatar
Sunah Sakura delete 13 March 2019 at 18:11

waniiii...kenapa gambar cantik sangatttt aduhaiiii...tak pernah makan macam ni, housemate kita mesti suka ni sebab dia peminat tauhu

Reply
avatar
FHA Selemak Santan delete 13 March 2019 at 20:48

Akak memang suka makanan lembut saperti taufu.... terlior tengok

Reply
avatar
Sis Lin delete 13 March 2019 at 21:09

Sedapnyaaa...nanti nak cubalah...

Reply
avatar
nadhie wueen delete 14 March 2019 at 20:04

Wahhh.. memang sodap. terpikatnya kak wani

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang