Friday, 15 March 2019

author photo
Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat || Salam semua salam Jumaat yang barakah, bila sebut sayur masak lemak ni rasa semua orang boleh buat kan, pejam mata pun boleh hii. semudah ABC. Sayur masak lemak sinonim dah dengan masakan orang melayu. Kat rumah ni, biasanya kena ada juga menu sayur masak lemak. Digandingkan pula dengan ikan kering goreng atau ikan goreng.

Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat

Sayur masak lemak ni macam - macam tak terhad untuk labu saja. Kadang- kadang daun pucuk ubi pun buat masak lemak ya hii. Yang ini, bonda suka sangat labu, kita sendiri kurang sikit labu sebab angin.

Tapi tak apa lah kita share jugak resepi kat sini ya. Kalau korang nak tips untuk kuah yang pekat dan lagi sedap, korang boleh letak isi ikan bakar. Yang ini arwah nenek yang ajar, tapi bukan ajar kita tapi ajar bonda kita. So, bonda perturun la untuk anak dia lah pulak. Kalau tak, kita sendiri pun tak tahu. hii.

Siapa cakap masuk dapur tak ada ilmu. Ilmu luas sangat ni :D. Banyak lagi benda nak kena belajar. Kalau tak nak letak pun tak apa juga, Kadang- kadang letak isi ikan bakar tu, kalau rasa nak macam lagi sedap kuah. Itulah tipsnya kuah jadi pekat sikit. Siapa baru tahu :D.

Oklah kat sini kita share resepi sayur masak lemak cara kita. Simple jerr dan mudah. Korang boleh cuba ya. Tak buat banyak sangat, setakat ambil labu yang sederhana dan guna setengah labu sahaja.

Sekarang ini kat youtube rajin sangat nak buat premiere macam nak tonton movie gitu buat macam teaser. Selepas 3 hari upload baru video kita akan dipublish. seronok pulak buat macam tu. Ada kelebihan youtube bagi ni, kita manfaatkan sebaik mungkin ya.

Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe :)


Sayur Lemak Labu Yang Mudah Dan Sedap Dan Tips Untuk Kuah Yang Pekat

Bahan - Bahan

 2 1/2 cawan santan
1/2 biji labu yang sederhana
3 ulas bawang merah *
2 ekor ikan bakar ambil isi
1/2 sudu teh lada hitam *

Bahan bertanda * ditumbuk

Cara - Cara

1. Selepas bahan bertanda * ditumbuk halus, masukkan isi ikan dan tumbuk lagi
2. Dalam periuk, masukkan santan dan juga bahan tumbuk, kacau rata sekejap
3. Masukkan garam secukup rasa dan buka api, kacau sehingga mendidih
4. Setelah mendidih, masukkan potongan labu
5. Kacau sekali sekala sehingga labu empuk jangan terlebih lembik ya
6. Kemudian boleh tutup api, suai rasa kalau tak cukup masin boleh tambah garam
7. Siap untuk dihidangkan

This post have 3 komentar

avatar
Nieyla Nadia delete 15 March 2019 at 12:26

kita pun suka masak lemak... :)

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 15 March 2019 at 13:14

fevret kita sefamily labu masak lemak ni...tapi tak pernah lagi cuba letak isi ikan bakar..boleh try next time~ kena bakar ikan dulu la..hahaha

Reply
avatar
Cik Matahariku delete 15 March 2019 at 17:34

anak-anak saya pun suka masak lemak labu, dapat makan dengan ikan goreng dan sambal belacan dah sedap sangat tu..:)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang