Monday, 24 June 2019

author photo
Homemade Jeruk Betik Yang Mudah, Rangup Dan Senang Sangat ( Buat Sendiri Di Rumah ) | Salam semua, siapa -siapa yang suka makan jeruk betik, lebih baik buat sendiri lah ya yang homemade punya. kalau famous pasal jeruk buah ni mesti cakap jeruk Pak Ali kan.

Homemade Jeruk Betik Yang Mudah, Rangup Dan Senang Sangat ( Buat Sendiri Di Rumah )

Siapa lah nak tolak jeruk Pak Ali tu kan hii. Yang buat sendiri ni lebih kurang lah jugak, tapi yang versi sendiri tak letak gula banyak sangat. Walaupun rasa kalau boleh nak manis lagi. Tapi tak boleh lah ya, bukan kita sorang jer nak makan, tapi teringat orang tua nak makan tak boleh nak manis sangat.

Tapi rasa still rangup dan masam manis sikit. Kalau nak tonton cara kita buat, jemput tonton video. Al kisahnya kawan bonda ni ada pokok betik berbuah lebat sangat. Sekali bawak balik rumah terkejut tengok sebesen besar penuh buah betik yang masih mengkal. :D.

Banyaknya bawak balik nak buat apa la banyak - banyak ni. Dalam kepala terlintas macam - macam nak buat somtam lesung kayu panjang tu tak ada, teringin sangat nak buat homemade somtam tak kesampaian lagi, ok tak apa nanti next time.

Buah betik ni buah betik mengkal itu warna putih kuning sikit jerr. Kita cari la jugak resepi jeruk betik yang mudah nak buat ni tapi rangup terjumpa resepi tu di Sini. Apa lagi on la buat. Bercinta nak hiris - hiris tu yang payah sangat. Ni pun bukan buat sorang ya. Sebelum puasa lagi buat itu pun rasanya dalam 4 hari lagi nak puasa rasanya.

Sebab ini pertama kali bereksperimen masa rendam tu dalam 1 malam jer tak adalah dalam 2 hari, kalau lagi lama lagi menyerap masuk.

Sekiranya korang nak cuba. boleh lah cuba resepi di bawah walaupun tengok ke sukatan gula tu macam terkejut sikit. Tapi nak buat macam mana kan dah nama jeruk kena letak gula banyak sikit huu. Rasa dah padan dengan berat betik  untuk 1.5 kg.

Kita buat ni pun agak - agak pergi hiris dalam 4 biji betik mengkal tapi tak adalah besar sangat, sedang jer buahnya.

Homemade Jeruk Betik Yang Mudah, Rangup Dan Senang Sangat ( Buat Sendiri Di Rumah ) 

Bahan-Bahan

1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua

Cara - Cara 

PENYEDIAAN AWAL :- Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.

PENYEDIAAN CUKA MANIS :- Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.


PENYEDIAAN JERUK BETIK :- Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari.

Nota : Lepas tuang cuka manis, simpan dalam peti sejuk. sebab nak makan sejuk - sejuk lagi sedap :)

Baca sini >>> Cara Mudah Buat Sos Blackpepper Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet
Baca sini >>> Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dalam 15 Minit Tanpa Guna Pressure Cooker
Baca sini >>> Cara Buat Homemade Ekstrak Pandan Asli Yang Mudah Tak Payah Beli Di Kedai

This post have 4 komentar

avatar
Mrs. A delete 24 June 2019 at 11:39

Ialah kalau dah banyak sangat baik buat sesuatu yang boleh tahan lama kan.
Buat jeruk lama dapat makan. Good idea ni.

Reply
avatar
yeaslmn delete 24 June 2019 at 15:32

Fuh sedapnye jeruk! Hehe

Reply
avatar
Rina Zul delete 24 June 2019 at 17:19

sedap gak tuh makan jeruk macam ni.. dah la kite ni peminat jeruk hehe.

Reply
avatar
kisah si dairy delete 25 June 2019 at 14:22

uih...sedapnya jeruk betik..lama dah tak makan jeruk ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang