-->

Thursday, 4 March 2021

author photo
5 Resepi Sos Black Pepper Sedap Buat Sendiri Di Rumah Dan Jimat Bajet Salam semua, resepi sos black pepper macam - macam cara orang buat. Nak sedap sikit tambah itu, tambah ini jadi lah sos lada hitam ikut rasa tekak masing -masing kan. Permulaan sis buat sos lada hitam buatan sendiri ini sebab nak makan dengan kentang putar.  Sejak dari itu dah biasa masak sos blackpepper homemade walaupun guna sos lada hitam dalam botol tu kan tapi jimat bajet, memang yang inilah selalu buat. 

resepi sos black pepper sedap

Apabila tekak teringin nak makan kentang putar wajib ada sos black pepper.

Resepi sos black pepper mudah ini jimat bajet sebab buat sendiri, walaupun banyak sangat resepi sos blackpepper ada letak whipping cream ada letak serbuk mushroom.

Ikut tekak masing- masing nak rasa lagi mewah dan sedap boleh tambah. Okay !.

Jadi, di sini sis kongsikan resepi sos lada hitam buatan sendiri setanding makan di kedai - kedai. Resepi sos black pepper mudah dan sedap ini sesuai dimakan dengan kambing bakar, kentang putar, meatball, chicken chop atau yang menu - menu western. 

1. Resepi Sos Black Pepper Mudah Guna Sos Lada Hitam 

Resepi sos black pepper sedap

Untuk Sos blackpepper yang ini pun boleh lah korang nak makan dengan chicken chop pun okay juga.  Kiranya 2 in 1 macam tu. Kalau sos dah sejuk memang agak pekat sikit sosnya, nanti panaskan balik dengan api slow, sos akan jadi cair balik, tapi jangan panaskan lama - lama pulak.

Jomlah cuba resepi sos blackpepper jimat bajet tak guna barang mahal. Homemade lagi. Tapi boleh dah masuk tekak sesedap rasa. Entri pendek ya hari ini. Gambar pun tak ada sebab kusyuk shoot video. Nanti korang jemput tonton video ya.


Bahan - Bahan 
800 ml air
3 sudu besar tepung gandum ( guna sudu biasa tapi jangan bumbung sangat )
1/2 biji bawang besar sederhana dipotong dadu
3 sudu besar mentega
1/2 sudu teh lada hitam kasar ( kalau rasa nak tambah pun boleh )
1 kiub  pati ayam ( tak guna banyak takut termasin kalau nak tambah ikut citarasa anda )
5 sudu besar sos lada hitam atau nak tambah lagi pun boleh
2 sudu besar sos tiram secukupnya
Kicap pekat ABC sekadar nak bagi warna pada kuah
Garam secukup rasa

Cara- Cara 
1. Mentega dicairkan dalam periuk, nampak dah cair terus masukkan bawang.
2. Kacau biar bawang dan mentega mesra dan wangi, bawang tu sekadar layu dan mesra, boleh masukkan tepung sikit demi sikit sambil kacau.
3. Kacau sampai nampak nak keperangan, terus masukkan air sikit - sikit ya sambil kacau ( sekiranya tepung berketul - ketul jangan risau kacau sampai sebati )
4. Masukkan lada hitam kasar, serbuk pati ayam,sos lada hitam dan kicap pekat ABC daj juga sos tiram.
5. Kacau selalu sampai ketulan tepung dah tak ada.
6. Kacau sehingga sos nampak  pekat dan mendidih sikit. Kalau rasa tak masin boleh tambahkan garam.
6. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan kentang putar.

Nota 
Kuah ni agak pekat sikit sebab suka pekat dan tak suka kalau curah atas mashed potatoes tapi tak lekat, jadi kalau rasa kuah ni nampak pekat sangat, boleh la tambahkan air semasa dalam periuk tadi, dan tambah la bahan - bahan perasa balik ikut citarasa sendiri

Jom, cuba buat sos lada hitam buatan sendiri. Cara buat sos blackpepper pun senang saja. 

2. Resepi Sos Black Pepper Viral Prego ( Sos Spageti Keju )

Resepi sos black pepper sedap

Sos black pepper ini sesuai makan dengan chicken chop dan lamb chop.

Bahan - Bahan
3/4 sudu besar mentega atau planta
1 ulas bawang putih cincang
1 tin sos spageti keju jenama Prego tin warna kuning berat 250 gm
1 cawan air suam 
1 sudu besar serbuk cheese ( optional ) 
1/2 sudu besar atau secukupnya kicap lemak manis
3/4 sudu besar serbuk lada hitam kasar 
Gula secukupnya ( Jika perlu ) 

Cara - Cara 
1. Panaskan mentega atau planta dengan api kecil.
2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan sos spageti keju.
4. Tambahkan air suam dan sekiranya pekat boleh tambah lagi. 
5. Masukkan serbuk cheese
6. Kemudian masukkan kicap lemak manis secukupnya jika suka gelap boleh tambah.
7. Masukkan serbuk lada hitam kasar dan gula jika suka.
8. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekejap.
9. Tutup api setelah rasa semua sebati. 

Kredit : 
https://www.keluarga.my/rupanya-ini-rahsia-buat-resepi-sos-black-pepper-lebih-sedap-patutlah-ramai-share/

3. Resepi Sos Mushroom Black Pepper Sedap Pekat Melikat

Resepi sos black pepper sedap

Untuk resepi ini tak ada sukatan yang tepat, semua agak - agak. Anggaran dapat 30 bekas. Sebab ini resepi niaga. Sedap dimakan dengan kambing bakar 

Bahan - Bahan 

Bawang merah 
Bawang putih 
Minyak 
Planta 
Halia 
Lada hitam ( kisar ) 
Tepung gandum
Sos tiram 
Air 
Stok ayam 
Cendawan kering shitake 
Kicap pekat 
Cendawan butang dihiris
Golden syrup
Brown sugar 
Garam secukup rasa 

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan planta . Kemudian, tumis sampai naik bau bawang merah didadu dan bawang putih dan sedikit halia yang telah ditumbuk.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata. 
3. Dah nampak pekat, masukkan lada hitam kisar.
4. Kemudian masukkan sos tiram.
5. Masukkan cendawan kering yang telah direndam dan dikisar halus.
6. Masukkan air secukupnya. Tips nak elak jadi ketulan, letak air sikit demi sikit dan selalu kacau.
7. Bila dah nampak sos dah sebati, masukkan ke semua bahan - bahan di bawah 
- Chicken Stock
- Kicap pekat
- Cendawan butang diihiris
- Golden syrup ( optional ) 
- brown sugar 
- Garam secukup rasa
8. Kacau sebati hingga nampak pekat ,hitam dan melekat. 

Kredit : 
1. NorhafizaHassan
2. https://www.mingguanwanita.my/mushroom-black-pepper-sauce-sedap-resipi-dibuat-berniaga-hitam-pekat-melekat/

4. Resepi Sos Black Pepper Lamb Chop Pekat Dan Sedap 

Resepi sos black pepper sedap

Bahan - Bahan 
2 sudu besar mentega 
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu makan lada hitam 
2 cawan susu segar atau nak tambah air pun boleh 
330 gm 1 botol sos jalen lada hitam 
1 sudu makan tepung jagung ( buat bancuhan tepung jagung dengan sedikit air )
Garam dan gula secukupnya 
Kicap pekat sikit untuk hitamkan kuah

Cara - Cara 
1. Carikan mentega, masukkan bawang dan kacau hingga layu. 
2. Kemudian, kisar 2 bahan ini dengan susu segar dan lada hitam. Kisar lumat. 
3. Letakkan semula ke dalam periuk dan panaskan lagi. 
4. Dengan api kecil, masukkan sos lada hitam. 
5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. 
6. Biarkan mendidih dan kalau nak warna gelap boleh tambah kicap. 
7. Untuk sos jadi lebih pekat, masukkan bancuhan tepung jagung. 
8. Biarkan sos mendidih dan boleh tutup api. 

Kredit 
https://daridapur.com/resepi-lamb-chop/

5. Resepi Sos Black Pepper Meatball Ala Ikea 

Resepi sos black pepper sedap

Bahan - Bahan 
5 ulas bawang putih dikisar 
1 biji bawang besar dikisar
1 sudu besar oregano
1/2 botol kecil sos black pepper
1 sudu besar tepung gandum
1/2 kotak susu kotak kecil

Cara - Cara 
1. Tumis bawang yang dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan oregano, tepung gandum dan tumis sekejap hingga warna bertukar perang. 
3. Masukkan sos black pepper dan susu.
4. Kemudian, masukkan sedikit air agar sos tidak terlalu pekat.
5. Biarkan mendidih sekejap dan boleh tutup api. 

Kredit 
https://www.thevocket.com/resipi-ringkas-meatball-ala-ikea-anda-patut-cuba/

Itu lah ke semua resepi untuk cara buat sos black pepper sendiri di rumah. Terima kasih buat penyumbang resepi. Selamat mencuba. 

Baca Juga : 




This post have 2 komentar

avatar
Cik Matahariku delete 17 February 2019 at 22:50

nampak mudah dan ringkas je resepinya, inshaAllah nak cuba nanti buat sendiri di rumah, thanks resepinya sis:)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post