Resepi Kek Coklat Moist Tanpa Telur Sukatan Cawan | Wajib Guna Bahan Rahsia Ini

Salam semua, selain daripada  kek marble , teringat - ingat pulak kek coklat moist ni sebab lembut sangat walaupun tak guna telur. 

Tekak teringin nak makan kek coklat, tapi tak nak letak telur. Sudah tentu resepi yang pernah wani buat dengan masukkan yogurt.

kek coklat moist

Walaupun tak letak telur, fungsi yogurt ini tekstur kek moist dan gebu jer. Masa bulan puasa bulan lepas sebab nak elak telur dalam resepi.

Kita jenis skeptikal sikit, kalau bab ada telur dalam jenis kek ataupun dessert apa sekalipun jenis tak suka simpan lama dalam peti. 

Itu sebab wani ambil inisiatif nak buat kek tanpa telur, lebih lagi masa tu bulan puasa, ambil masa lah jugak kek ni nak habis.

Resepi yang pernah wani buat kat kek coklat tanpa telur. Siap tutorial bergambar ya.

Kalau ada sesiapa nak buat open house nak kek yang simple, atau pun kek bajet raya. Kalau yang pandai nak deko cantik kek ini pun boleh. 

Semua bahan mentah pun naik kan, boleh lah cuba resepi ni, tengok ke gambar tu pun nampak macam moist jer kan. Sedap tau, gunalah serbuk koko berkualiti "pure soluble cocoa".

Siapa yang alergik telur tu boleh lah cuba, rasa tetap moist dan lembut.

Cara nak buat kek coklat tanpa telur ini, kalian boleh tonton video di bawah ya. Lembut sangat walaupun tak ada telur sebab ada bahan rahsia yang menjadikan kek coklat ini moist. 


Tak payah letak topping coklat pun sedap sangat dah. Nak lagi sedap makan bila dah semalaman dalam peti.

Resepi Kek Coklat Moist Tanpa Telur Sukatan Cawan


Bahan - Bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder 
1 sudu teh baking soda
6 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan gula pasir 
1/2 cawan minyak sayur atau minyak jagung 
1/4 cawan air nescafe panas ( 1 sudu teh dilarut dalam 1/4 cawan air panas )
1/4 cawan susu ( suhu bilik ) 
1/4 cawan plain yogurt ( suhu bilik ) 
1 sudu teh esen vanila 
    Cara - Cara 
    1. Dalam satu mangkuk yang besar, ayak tepung gandum, baking soda, baking powder, dan serbuk koko. masukkan gula dan buat sedikit lubang di tengah.
    2. Tuangkan ke semua bahan basah.
    3. Dengan menggunakan handwhisk, kacau perlahan -lahan ke semua bahan sehingga sebati. jangan terlebih kacau. 
    4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper . hentak loyang dalam beberapa kali nak bagi keluar buih udara.
    5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 30 minit pada suhu 150 C ( bergantung kepada oven masing- masing ). 
    6. Sebelum keluarkan daripada oven, cuba cucuk dengan lidi, sekiranya lidi licin menandakan kek telah masak.
    7. Sebaik sahaja keluar dari oven,sisipkan keliling loyang dengan pisau dan keluarkan dari loyang terus atas wire rack untuk disejukkan.

    Nota : 

    1. Guna loyang empat segi 7 x 7 inci  
    2. Kalau nak simpan macam dalam gambar, terus wrapkan dengan cling wrap dan letak dalam peti, keesokan tu baru potong, lagi terserlah kelembapan, tapi memang dah moist pun nak makan terus panas - panas tu pun tak apa sebab nampak moist sangat disebabkan kelainan ada yogurt.

    Jom cuba buat kek coklat tanpa telur ini. 

    Untuk gambar di bawah ini, sis dah buat 3 kali ganda. Guna loyang 9 x 9 inci. Sedang elok naik keknya. Tapi ini versi kukus. 

    Kukus dalam 1 jam setengah. Kemudian boleh try cucuk dengan lidi kat tengah kek nak tahu masak ke tak. kalau tak melekat tu, boleh tutup api. 

    kek coklat moist


    kek coklat moist

    Kek coklat yang sudah dipotong. Nampak moist jer kan tekstur kek padahal tak telur pun. Korang boleh cuba resepi topping coklat ini. Selamat mencuba. 

    Baca juga : 

    13 Comments

    1. Sedapnya nampak kek ni. Pandai wani masak serba serbi.

      ReplyDelete
    2. Nampak sedap.
      Pakcik minat makan aje, tak pandai nak buat Wani.

      ReplyDelete
    3. Kek jenis coklat memang saya suka... nampak menarik warnanya...

      ReplyDelete
    4. ooo telur boleh digantikan dgn yougurt yer... info yg baru sy tahu ni.. hehe.. terima kasih wani..

      ReplyDelete
    5. sedapnyaaaaa... selmt hri rya waniii

      ReplyDelete
    6. Amboihh ni kompom sodap ni kak wani :D

      ReplyDelete
    7. Sedapnye tgk kek ni... Nak mintak sikit tapi jauh pulak.. Hahaha.. Nampak tak malas nak buat sendiri.. huhuhu

      ReplyDelete
    8. aduhh nampak sedap pulak..mau cuba tapi sy ni fail bab kuih kek biskut ni semua huhu

      ReplyDelete
    9. Sedap nye kek cokelat... Suke sangat 😂😂😂

      ReplyDelete
    10. Allahu senangnya.. cuma nak taknak je. bahan pun senang dpt

      ReplyDelete
    11. hmmm sedapnya nmpk ni kak wani. ray singgah jalan2 smbil klik iklan akak hehe

      ReplyDelete
    12. Tak pernah lagi try buat kek guna yogurt.. nampak menarik untuk dicuba..

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Previous Post Next Post