Sunday, 29 September 2019

author photo
Resepi Kari Kering Ketam Simple Dan Sedap | Resepi Tersedap | Salam semua, siapa kata masak ketam ni susah, senang tau. Sebut ketam ni mesti ramai peminat ketam. Ketam ni semua adik ipar yang bagi fresh dari laut. Sebab itu macam - macam corak. Tak ada lah besar sangat ketamnya. Ada besar sikit ada kecik sikit. Sedang- sedang ajer. Lama dah menu ni baru nak buat entri. Kalau masak menu ketam tak pernah nak masak berkuah - kuah. Semua orang kat rumah ni, jenis minat goreng - goreng. Jadi terpaksa lah kena goreng dulu walaupun rasa macam lambat jer main goreng - goreng ni.

Resepi Kari Kering Ketam Simple Dan Sedap | Resepi Tersedap

Sebenarnya tak tahu nak masak menu apa, kebetulan terlintas pernah buat udang galah masak kari kering. Itu yang nak buat macam ni jugak. Sedap jugak cuma ada olah sikit bahan. Ketam ni bukan boleh makan dengan nasi pun, buat meratah jerr.

Baca sini : Resepi Ayam Kukus Thai Pedas Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kari Kering Ketam Simple Dan Sedap | Resepi Tersedap

Ok lah siapa yang nak cuba menu ketam simple macam ni, resepi kat bawah ya. Mudah jer bahannya.

Baca sini : Resepi Ayam Kukus Ikan Masin Simple Tapi Sedap Sangat


Resepi Kari Ketam Kering Yang Simple Dan Sedap

Bahan - Bahan

15 ekor ketam campur kecik dan besar
9 tangkai lada kering *
7 ulas bawang merah *
7 ulas bawang putih *
2.5 cm halia *
125 ml susu cair
2 tangkai daun kari
3/4 cawan air asam jawa
2 sudu besar kari ikan
Garam dan gula secukupnya

Bahan - bahan bertanda * dikisar halus

Cara - Cara

1. Cuci bersih ketam kemudian toskan.
2. Gaulkan dengan garam kunyi dan perapkan sekejap.
3. Kemudian, goreng ketam sehingga masak.
5. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
7. Masukkan serbuk kari ikan dan kacau mesra dan masukkan juga daun kari.
9. Kacau sehingga bahan tumisan pecah minyak.
11. Masukkan air asam jawa, susu cair. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
12. Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng. Kacau sehingga kuah bersalut dan nampak kering sikit.
13. Angkat dan hidangkan.

Baca sini : Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang dan Sedap Sangat

This post have 2 komentar

avatar
nakhiburan delete 29 September 2019 at 12:09

sedapnya.. alahai lapola plak tengok tengahari macam ni.. hehehe

Reply
avatar
AtieYusof delete 2 October 2019 at 13:33

sedapnyaaa... save & simpan resepi.. nti boleh cuba..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang