Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga

Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga | Salam semua, pernah dengar roti jala sos coklat. Kali pertama nampak roti jala sos coklat ni, di instagram. Instagram siapa entah tak ingat. Ingat yang roti jala warna kuning jer boleh cicah kari. Rupanya ada yang lagi kreatif buat roti jala coklat. Tapi kena cicah dengan sos coklat lah ya. Boleh buat untuk pencuci mulut. Roti jala coklat ni pernah viral rupanya dulu, baru tahu. Sebelum ni, bukan tak pernah ada orang buat pun roti jala coklat.

resepi roti jala sos coklat viral mudah

Tiba -  tiba, jadi roti jala sos coklat viral. Mungkin unik sebab roti jala cicah pula dengan sos coklat kan. Sampai dah ada orang buat untuk berniaga. Resepi yang diambil ni pun kredit dari tuan punya resepi dari  Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.

Beliau saja buat untuk suka- suka jerr, sampai ada masa rezeki Allah nak bagi tu dah boleh buat untuk berniaga. Tapi sis buat suka - suka untuk makan dulu hii. Tapi apa salahnya, kalau korang nak buat resepi ini untuk berniaga.

Lama sangat tak menjala roti jala. Tiba - tiba nak menjala roti jala coklat ni, nasib baik tangan lembut sikit. Maka, terhasillah roti jala coklat versi petak macam ni. Resepi roti jala coklat mudah ikut sukatan cawan, senang la sikit tak payah nak timbang bagai kan.

Sama juga dengan roti jala biasa, cuma yang beza yang roti jala coklat kena cicah dengan sos coklat. Nak buat sos coklat pun resepi mudah sahaja. Sis buat sos coklat guna serbuk koko macam nak buat topping untuk kek coklat.

Kalau nak sedap lagi, boleh guna coklat masakan yang berkualiti sikit. Tapi yang ini, kena campur dengan susu segar dan cairkan dengan kaedah "double boiler".

Baca sini : Resepi Coklat Nestum Bar Mudah Dan Sedap

resepi roti jala sos coklat viral mudah

Untuk resepi sos coklat yang mudah boleh baca di resepi yang disertakan sekali di bawah ya. Itu resepi yang selalu sis buat topping untuk kek coklat. Yang ini lah sis buat, letak nescafe nak naikkan rasa coklat bau - bau kopi. Siapa suka boleh cuba, kalau tak suka boleh ikut style guna coklat masakan.

Nasib baik, tekak boleh terima roti jala coklat, takut tak boleh telan jerr, rupanya sedap juga cicah dengan sos coklat. Ohh lupa ya, sudu besar tu, sis sukat dengan sudu sukatan metrik bukan guna sudu biasa. Dan sis rasa kalau ganti air biasa dengan susu segar lagi sedap.

Baca sini : Resepi Bubble Rice Choco Bar Mudah Secara Homemade

resepi roti jala sos coklat viral mudah

Tuan punya resepi ni dah boleh buat berniaga roti jala coklat ni. Nampak tak, boleh buat tambah pendapatan sampingan. Kalau nak tahu banyak lagi tips - tips penting untuk menjana pendapatan dari rumah ni, korang boleh baca di ebook seperti di bawah. Banyak lagi tips - tips menarik yang boleh korang jana pendapatan dari rumah. Kalau tahu teknik yang betul, rasanya tak ada masalah. Betul tak ?.

Kalau korang nak belajar nak dapatkan panduan bisnes bakeri dari rumah dengan lebih dalam lagi, korang boleh klik di bawah ya.

                                             

Jemput lah tonton di my youtube channel sis buat roti jala coklat ni dan jemput subscribe juga. Jemput cuba, mana tahu nanti ramai permintaan nak roti jala coklat viral ni. Terima kasih buat empunya resepi yang sudi berkongsi.


Roti Jala Coklat Viral Mudah  Dengan Sos Coklat  ( Boleh Buat Untuk Berniaga ) 

Bahan - Bahan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam ( sis guna garam bukit satu sudu teh )
3 sudu besar minyak jagung @ minyak zaitun
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air ( boleh tambah sekiranya adunan nampak pekat )

Cara - Cara
1. Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan blend hingga halus.
2. Adunan tak pekat dan tak cair sangat boleh sedia untuk menjala.
3. Tuangkan adunan ke dalam botol kaki tiga.
4. Guna kuali non stick dan start menjala sampai habis.

Untuk Sos Coklat

Bahan - Bahan
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh nescafe

Cara - Cara
1. Satukan ke semua bahan ke dalam satu mangkuk tahan panas.
2. Masak secara double boiler. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih, kecilkan api dan letakkan mangkuk tadi.
3. Kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur.
4. Biarkan suhu panas turun sikit, boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai

Nota
1. Kalau rasa nak manis lagi, korang boleh tambah susu pekat manis masa tengah kacau atas dapur. Nampak dah likat sikit tapi rasa tak manis lagi kalau nak manis sikit lagi boleh lah tambah time tu.
2. Sos coklat tu kalau ada lebih boleh jadikan juga untuk choc spread sapu di roti sedap. Tapi pastikan coklat lebih tu disimpan dalam peti.

Cara lain untuk sos coklat kalau nak sedap lagi

200 gm coklat masakan ( tak kisah brand apa pun )
200 gm susu fullcream

1. Cairkan dengan cara double boiler

Baca sini : Resepi Coklat Oreo Truffles Yang Senang Nak Buat Guna 3 Bahan

3 Comments

  1. Sedapny wani.. nt boleh pos shah alam sikit..heheh.. ummi pernah menjala..tapi xberbakat sgt..nt ade masa boleh try resipi wani

    ReplyDelete
  2. Cantik dan kemas je hasil menjala tu . Kalau saya buat yang warna putih kuning tu belum tentu cantik macam nie.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post