-->

Friday, 3 January 2020

author photo
Senarai 12 Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu | Entri pertama untuk tahun 2020. Hari pertama tahun baru dah mula rasa hidung tak sedap pulak. Tersumbat dan selesema. Banyak nya ujian, baru nak sembuh dari demam batuk naik tahun baru selsema hidung pulak. Bersabar lah wahai hati.Nak buat coretan kejadian yang berlaku pada2 minggu terakhir untuk tahun 2019, semua dalam rumah diuji sakit. Mula - mula tu bonda sis yang ada simptom batuk - batuk.

Senarai Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu

Bila tengok bonda sis batuk - batuk ni sebenarnya dah rasa takut sikit, takut berjangkit. Ya lah kan batuk - batuk ni mudah berjangkit. Dah la yang sebelum ini pun dah diuji batuk - batuk nak dekat sebulan baru nak hilang.

Bila bonda sis dah mula batuk - batuk, beli ubat batuk kat farmasi dulu. Sis sebenarnya dah dalam kerisauan dah takut batuk juga. Selang lepas dalam 5 hari lepas bonda sis batuk, tekak sendiri dah tak berapa sedap. Adui diuji batuk balik.

Yang perit batuk dulu nak dekat sebulan tu pun macam tak sanggup tahan. Begitulah, bila nikmat kesihatan Allah tarik balik, nak buat macam mana, nak suruh kita sabar dengan setiap ujian dari Nya.

Sebenarnya masa bonda sis tengah batuk, abah sis tiba- tiba cirit - birit. Katanya sakit perut, macam keracunan makanan. Lesu nampak abah sis seharian lembik sebab asyik ulang - alik masuk tandas. Malam tu pergi kat kecemasan Hospital USM. Doktor check katanya keracunan makanan ni sebab asyik cirit - birit, kitanya takut sampai kurang air dalam badan.

Ingatkan kena masuk air garam. Tapi doktor kata tak payah sebab ringan jerr tu. Banyak juga la ubat siap ada untuk antibiotik. Dah dalam 3 hari abah makan ubat, berhenti dah cirit - birit, nampak macam sihat dah dia. Sis pulak tak tertanya ubat yang doktor bagi tu habis makan ke belum. Tak ingat hari ke berapa, abah cakap rasa macam badan demam jer.

Sejak abah demam, mula - mula asyik nak beli ubat demam kat farmasi. Sis pulak sampai masa tu tak pernah nak tanya abah ubat yang doktor bagi tu makan habis ke belum. Masa tu, sis sendiri pun dah rasa tekak tak sedap dan badan pun tak berapa nak sedap jugak.

Klinik Rawatan Keluarga, Hospital USM. 

Mula - mula tu beli ubat batuk dan ubat demam kat farmasi jerr. Selepas nampak macam melarat, malam berasa panas tak sedap macam nak demam. Esok nya, sama - sama abah sis dan sis nak ke Hospital USM, nak pergi Klinik KRK. Klinik Rawatan Keluarga tu.Dengan tak ada temujanji bukan senang sebenarnya. Sebab nak ke klinik KRK USM ni, kena ada temujanji baru jururawat layan. Kalau tak ada temu janji rasanya tak layan.

Sebab sis dah pernah kena sebelum ni, entah kenapa tak nak rasa pergi klinik biasa dulu. Terus pergi ke Hospital. Bila depan kaunter jururawat tanya ada pergi klinik biasa tu tak. Sebab sis cakap demam jerr dan batuk - batuk.

Dah agak jawapan dia tu macam tu. Walaupun ada peruntukan untuk yang tak ada temu janji, tak ingat dah berapa, tapi jururawat lelaki tu cakap ada memang ada cuma lambat.

Ya lah, tahu hospital besar tu, semua yang mari sini nak rawat penyakit. Masuk hospital, baru tahu ramai yang sakit. Jadi, kita yang Allah bagi nikmat sihat tu kena lah sentiasa bersyukur. Sis walaupun nampak demam tapi Allah tarik nikmat sekejap nak makan pun tak lalu.

Berasa tak sedap badan. Nak buat aktiviti - aktiviti yang biasa kita buat pun macam tak ada mood. Ya lah tengah badan tak sihat. Orang yang sihat tak rasa apa yang kita rasa. kita yang sakit jer rasa. Dengan batuk lagi. Allah, seksa rasa.

Selepas kecewa layanan jururawat sebab tak boleh nak ambil rawatan kat klinik KRK, kami pun balik tapi nak pergi Klinik kesihatan lain. Sis, sebenarnya kasihan kat abah, seminggu dah abah demam, makan ubat farmasi pun tak kebah juga.

Awal pagi, kami dah sampai hospital. Tapi tak apa lah ada hikmahnya. Sis ni pun jarang nak masuk klinik, yang terakhir pergi klinik swasta beberapa tahun lepas, itu pun demam juga. Habis lah melayang hampir RM 70. Biasalah masuk klinik swasta ni mahal.

Klinik Kesihatan Peringat 

Akhirnya, kami buat keputusan nak pergi ke klinik kesihatan. Sis ingatkan Klinik Kesihatan Kubang Kerian jer ada kawasan ni. Tak sangka kat kawasan berdekatan dengan rumah sis ada juga. Cuma tak pernah nak masuk kat klinik kesihatan situ. Klinik kesihatan ni, masa zaman sis budak - budak pernah masuk klinik.

Lama sungguh sis tak masuk klinik kesihatan. Sebab dah dekat dengan rumah, jadi sis pilih situ jerr lah. Tak pasal - pasal dari Hospital USM ke klinik kesihatan sana pulak. Kalau tahu macam tu, sis tak pergi hospital dah. Terus ke klinik kesihatan, jimat masa dari nak hadap kesesakan jalan raya.

Senarai Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu

Nasib baik tak sesat. Dekat sangat rupanya, entah bila klinik kesihatan Peringat ada kat situ. Sis pun pindah rumah kawasan sana pun dalam tahun 2007. Tak ambil kisah pun ada klinik kesihatan sebenarnya kat sini. Sedih betul. Sampai klinik kesihatan Peringat dalam pukul 9 pagi tak silap. Tengok ke kereta yang parking tu macam ramai orang. Bersebelahan klinik kesihatan ni, ada kubur orang cina. Seram jugak sis bila tengok jalan kecil kat sebelah klinik ni.

Sis pun tak ambil gambar banyak sangat. Dalam keadaan tak berapa nak sihat mood nak ambil gambar pun ke laut. Klinik kesihatan sini, ada bahagian pendaftaran, lepas daftar kena bayar RM 1. Nama lagi klinik kesihatan kerajaan kan. Berbakti untuk rakyat. Dah murah dah tu kalau nak banding dengan klinik swasta. Dengan ubat lagi kan.

2 Beranak Ambil Ujian Darah 

Disebabkan 2 beranak demam, terpaksa ambil ujian darah. Jururawat pun dah tanya kat rumah ada pernah buat fogging tak. Sembur asap nyamuk tu. Tahun lepas rasa tak ada langsung datang rumah. Sama - sama la sis duduk menunggu dengan abah. Misi ambil tekanan darah kita, check suhu badan dan ambil darah. Lepas tu menunggu lagi. Masuk klinik kesihatan tempat macam ni kesabaran kena tinggi.

Senarai Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu

Orang yang sedang menunggu nak ambil rawatan dengan doktor tu kira ramai la juga. Tapi kalau nak banding dengan klinik kesihatan Kubang Kerian tu lagi padat. Lepas ambil darah, letak kat bilik untuk check ujian darah, menunggu lagi. Pendek kata, kerja menunggu la kat sini. Kemudian, baru boleh masuk bilik doktor bila misi panggil. Tapi yang duduk depan sis bulan doktor, tapi MA ( Medical Assistant ) kiranya pembantu doktor. Dalam masa yang sama abah kat bilik sebelah.

Alhamdulillah, syukurlah walaupun demam, tanya doktor demam biasa. Sis nya takut kalau denggi ke apa. MA bagi slip ubat nak pergi ambil kat farmasi pulak.

Darah Abah Masih Ada Keracunan 

Lepas sis keluar, sis tengok abah tak keluar lagi. Kemudian nampak kelibat abah baru sis tanya sebab macam lambat sangat. Bila abah sis bagi tahu darah masih ada keracunan terkejut jugak lah sis. Baru abah cakap, dia tak makan habis ubat antibiotik masa pergi kat hospital yang dulu. Itu yang masih ada lagi keracunan dalam darah. Sis pun tak terlintas nak tanya abah makan habis ke ubat.

Senarai Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu

Walaupun cirit - birit pun, memang ada ubat nak berhenti berak tapi memang ada antibiotik sekali. Baru tahu abah tak makan habis antibiotik. Sebab itu, sakit lain datang. Kuman dalam badan aktif balik. Itu yang kalau ubat antibiotik memang kena habiskan. Jangan main tinggal.

Doktor bagi tahu abah kurang air dalam badan. Sepanjang abah tak berapa sihat, makan tak lalu, air pun kurang minum. Tambah sis pun tak berapa nak sedap badan. Masak macam - macam nak suruh lalu makan pun tak lalu makan juga. Sebab itu lah kena masukkan air garam sekejap. Badan tengah tak sihat memang tak lalu nak makan. Tapi masa yang sakit ni lah, macam - macam benda di luar jangkaan nak makan.

Senarai Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu

Sis nak kongsi kat sini senarai klinik kesihatan daerah Kota Bharu. Yang mana tinggal kawasan Kota Bharu, mungkin sudah biasa ataupun mungkin tak biasa lagi. Nak senarai seluruh Kelantan sebab sis tengok kat portal tu nombor telefon macam tak sama pulak. Jadi, sis hanya kongsi di daerah Kota Bharu sahaja. Sekali dengan nombot telefon.

Senarai Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu

1. Klinik kesihatan Bandar Kota Bharu
09 - 7475770

2. Klinik kesihatan Pengkalan Chepa
09 -  7714030

3. Klinik kesihatan Badang
09 - 7730333

4. Klinik kesihatan Penambang
09 - 7442760

5. Klinik kesihatan Wakaf Che Yeh
09 - 7446333

6. Klinik kesihatan Ketereh
09 - 7886055

7. Klinik kesihatan Lundang Paku
09 - 7964277

8. Klinik kesihatan Kedai Lalat
09 - 7666733

9. Klinik kesihatan Kubang Kerian
09 - 7667342

10. Klinik kesihatan Peringat
09 - 7123250

11. Klinik kesihatan Perol
09 - 7123338

12. Klinik kesihatan Kok Lanas
09 - 7880903

Berapakah Caj Yang Dikenakan Untuk Menerima Rawatan Dari Klinik Kesihatan ? 

Sis perhatikan masih ramai orang ataupun pesakit datang sini tanda nya perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia masih menjadi pilihan masyarakat di sini. Khususnya golongan pertengahan dan B40.

Sis cuba semua, klinik swasta pernah pergi, klinik kesihatan pun pernah pergi. Ok dah tu. Hasrat kerajaan nak tengok ke semua rakyatnya mendapat rawatan yang terbaik dengna kos bayaran yang paling minimum dalam RM 1 bagi setiap pendaftaran.

Sis baru tahu yang RM 1 dikenakan tu sebab kalau berlaku apa - apa kecuaian oleh pihak klinik, pesakit boleh buat aduan.

Apakah Perkhidmatan Yang Ada Di Klinik Kesihatan ? 

Bagi yang sakit ringan - ringan seperti batuk, selsema, muntah - muntah, boleh lah datang ke klinik kesihatan. Kadang- kadang simptom - simptom seperti di atas boleh dirawat di klinik kesihatan daripada tak ambil rawatan awal nanti penyakit lain pula yang datang.

Selain itu, perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah seperti di bawah :

1. Pemeriksaan jantung,
2. Pemeriksaan darah tinggi
3. Kandungan gula dalam darah
4. Fisioterapi
5. Pap Smear
6. Pemeriksaan kesihatan untuk ibu dan anak
7. Perkhidmatan rawatan pergigian
8. Kaunter penerimaan ubatan percuma

Bilakah Waktu Operasi Klinik Kesihatan Kelantan ? 

Sebenarnya sis tak berapa pasti sama ada klinik kesihatan beroperasi sampai petang saja ke atau sampai malam. 5  hari seminggu , Jumaat dan Sabtu cuti kalau belah pantai timur. Kalau ikutkan pukul 8 pagi sampai 5 petang. Ikut waktu pejabat. Ke lain eh siapa ada pengalaman.

Begitulah ya coretan sikit untuk pengalaman ke klinik kesihatan ni. Korang pun rasa mesti ada pengalaman kat klinik kesihatan kan. Terima kasih sudi baca dan singgah blog ini. Doakan sis sekeluarga sihat walafiat untuk tahun 2020 dan tahun seterusnya. Risau betul bila tengok ahli keluarga diuji sakit lebih lagi yang diuji sakit ni ibu bapa kita sendiri.

Buat masa sekarang sis tengok abah sis masih lagi batuk - batuk, hantar sampel kahak dah 3 hari berturut - turut. Mudah - mudahan tak ada apa - apa lah ya. Doakan semua.



1 komentar:

avatar
Nur Asyiqin delete 4 January 2020 at 01:20

Semoga ayah wani cpt sembuh..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang