Saturday, 14 December 2019

author photo
Resepi Brownies Bersama Peanut Butter Sedap Rupanya | Salam semua, brownies siapa nak tolak ke ada yang tak suka makan brownies ke ? Kalau biasa kita jumpa yang brownies kosong kan, kalau tak pun ada juga kekacang. Macam- macam jenis brownies sekarang. Yang penting sis memang hantu brownies walaupun lama sangat dah tak buat sendiri. Kalau suka sangat makan brownies apa salahnya buat sendiri lagi puas hati. Nak tempah brownies, harganya sekarang boleh tahan juga kan.

Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya

Sis dulu - dulu rajin sangat nak bereksperimen buat brownies, brownies bahan asas semestinya tepung, mentega, telur, serbuk coklat, coklat hitam dan juga gula. Tak banyak pun bahannya, cuma itu lah, ada setengah orang tak suka sebab brownies terlampau manis. Mungkin kalau ikut resepi orang putih sukatan gula dah macam nak potong kaki. 

Kali ini, sis cuba buat brownies yang ada gabungan dengan mentega kacang. Sedap rupanya sebab ada kelainan sikit. Tak rugi juga mencuba ya. Nak buat brownies mudah sahaja. Pertama sekali, sebab ia tak perlukan mesin pengadun pun. 

Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya
Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya
Tips Untuk Dapatkan Brownies Yang Sedap 

1.  Perlu kenal ketuhar sendiri sebab setiap ketuhar berbeza. Sebab itu, jangan ikut sangat resepi orang lain bila masuk bab nak bakar. Mungkin ok bagi ketuhar orang lain tapi oven kita, kita sendiri yang tahu dari segi suhu dan masa

2. Untuk menghasilkan brownies yang sedap, pemilihan jenis coklat yang digunakan adalah penting. Biasanya coklat kompaun lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan brownies yang sedap dan penuh rasa coklat.

3. Pemilihan mentega juga penting untuk dapatkan brownies yang sedap. Gunalah mentega pure butter seperti Tatura, SCS, Anchor dan sebagainya. 

Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya

Resepi Brownies Bersama Mentega Kacang Sedap Rupanya

Bahan - Bahan 

150gm coklat kompaun dicincang kasar

100gm mentega

215gm ( 1 cawan ) gula halus ( Kalau nak kurangkan 1/2 cawan ) 

75gm  ( 1/2 cawan ) tepung gandum

2 sudu besar serbuk koko 

2 biji telur 

200gm  atau 3/4 cawan crunchy peanut butter ( letak dalam 3 - 4 sudu besar smooth peanut butter ) 

*Untuk cairkan peanut butter, cairkan dalam setengah sudu besar mentega dan gaul sebati dengan peanut butter hingga dia agak cair sikit. Jangan terlebih cair jugak agakagak boleh kacau ringan tak berat dah ok la tu. Kalau rasa tak cukup mentega tu, cairkan sikit dan tambah ke dalam peanut butter. Pandai - pandai ya. Sis  pun agak - agak. * kat sini, guna sudu makan bukan guna sudu sukatan. 

Cara - Cara 

1. Alaskan loyang 16 x 26cm dengan baking paper. lebihkan kertas bahagian tepi senang nak angkat lepas bakar nanti.

2. Cairkan coklat kompaun dengan mentega secara double boiler sehingga cair.

3. Masukkan gula, tepung gandum dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar dan kacau rata. Masukkan adunan coklat ayng telah dicairkan dan kacau rata.

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati ( sis guna pengacau telur ).

5. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan lepas tu tuangkan peanut butter cair tadi letak macam tompok tompok sikit lepas tu buat macam buat marble tu.

6. Bila dah siap boleh bakar guna ikut suhu oven masing-masing yang dah dipanaskan.

Nota: Bakar guna suhu oven 130 C dalam 20 minit sebab guna loyang hitam, jadi kena kurangkan suhu.


Terima kasih sudi baca dan sudi singgah blog ini. Boleh juga baca untuk resepi - resepi lain di blog ini ya. 


This post have 6 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 12 February 2015 at 11:31

bestnya buat brownies ni bahannya sikit dan cara buat pun simple ja kan wani..nampak menarik dengan adanya peanut butter

Reply
avatar
J. Afiqah delete 13 February 2015 at 15:17

looks tempting sangat... dari kenyang tadi, tetiba lapar and teringin something sweet..

Reply
avatar
Nur Asyiqin delete 15 December 2019 at 19:00

hebat wani.. masak brownies.. ;)

Reply
avatar
Umi Nazrah delete 17 December 2019 at 13:59

waalaikumussalam. ya Allah, meleleh ayaq liur kami. hahaha

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 28 December 2019 at 21:47

nanti boleh lah rabia try buat dekat rumah ni thank for this recipe

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 30 December 2019 at 12:23

Wow.. menarik bila eksperimen kita menjadi.. Macam best je buh peanut butter nie..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang