Sunday, 5 January 2020

author photo
Resepi Kerepek Ngaku Paling Mudah Dan Sedap | Salam semua, kalau ikutkan sejak tahun lepas lagi sis rajin nak edit balik entri - entri yang lepas. Entri ini tahun 2014. Bila baca balik macam nak tahu juga berapa dah harga ngaku sekarang. Baca dalam entri ini sis tulis dalam RM 4.80 untuk 1 kg. Sekarang dah berapa eh. Bertahun sis tak goreng kerepek ngaku ni. Malas nak menyagat. Mesti agak mahal dah harga sekarang kan.

Resepi Kerepek Ngaku Paling Mudah Dan Sedap

Barang makin mahal masuk tahun 2020. Seram dengar harga bawang. Jadi sebelum tu, ada yang kenal tak ngaku ni.

Kalau dalam perkataan bahasa inggeris adalah "Arrowhead". Mesti korang pun dah biasa tengok kat pasara raya kan. Ngaku ni lain ya dengan sengkuang cina tak sama. Yang sengkuang cina tu warna merah kulit luarnya. Sekiranya tak pernah tahu nak masak apa, ramai yang sudah biasa tengok dengan ngaku ni mesti ada di setiap pasararaya. Itupun sekali setahun sahaja. Sebab ngaku ini hanya muncul untuk sempena perayaan tahun baru cina sahaja. Lepas habis raya cina, memang tak nampak dah ngaku dijual.

Sempena perayaan tahun baru cina ni, arrrowhead atau ngaku atau istilah lain ubi kentang cina memang berlambak betul kat pasaraya. Apa yang sis tahu, ngaku memang ada simbolik kepada masyarakat cina setiap kali tahun baru cina menjelang.

Sis, bila tengok bahan-bahan pelik timbul, mulalah dalam kepala ada 1001 persoalan. Maklumlah semangat ingin tahu itu membuak buak. Belajar kenal budaya orang terutamanya dalam masakan mereka memang sis suka. Berbalik kepada ngaku, ia tumbuh dalam air. Sis pun tak berapa pasti tapi pernah tengok ngaku tumbuh dalam air.

Resepi Kerepek Ngaku Paling Mudah Dan Sedap

Kalau yang belum tahu lagi ngaku memang sesuai buat kerepek. Zaman popular blogger masak - masak rajin sangat up entri pasal kerepek ngaku. Sebab itu, sis pun tak ketinggalan nak buat juga kerepek ngaku ni. Setiap kali tiba musim perayaan cina, orang melayu kita tak lepaskan peluang untuk berniaga kerepek ngaku ni. Mahal juga harga untuk sebalang.

Ingat lagi beli kali pertama tu dalam 6 biji sahaja. Takut - takut nak cuba kan macam tu lah, nanti beli banyak tak sedap pulak. Rupanya sedap sangat bila dah jadi kerepek.

Seingat dulu, alang-alang sis dah lalu kat Pasar Pokok Pinang kat situ ramai komuniti cina yang berniaga. Bila ternampak ngaku penuh dalam raga. Ya Allah gembiranya nya hati sebab dah jumpa ngaku. Ikut sis  dah malas nak pergi jalan kat tempat lain.

Tapi mahalnya, masa tu penjual cina kat situ jual dalam RM 7 sekilo. Beli kat mydin tu rm 4.80 sekilo tak silap dulu -dulu.

Apakah Ciri - Ciri Ngaku Untuk Dibuat Kerepek 

1. Ngaku atau arrowhead kulit luar berwarna putih dan ada macam tunas kat bahagian atasnya.

2. Ngaku tak sama dengan sengkuang cina yang warna merah tu. Walaupun fizikal sama, tapi ngaku tidak boleh dimakan mentah. Sesuai untuk digoreng buat kerepek.


Resepi Kerepek Ngaku Paling Mudah Dan Sedap

Macam Mana Tips Nak Pilih Ngaku Yang Elok 

Ada beberapa tips nak pilih ngaku yang elok sebelum kita beli. Ini antara beberapa tips sebelum beli ngaku ya.

1. Ngaku yang elok kat bahagian bawah dia tu tak merekah. Kalau perasan ada yang merekah kan dan memang nampak dekat bahagian merekah tu jadi warna hitam.
2. Sebolehnya elakkan ambil ngaku yang merekah. Rekahan dia sampai ke dalam kita tak tahu dalam mana.
3. Walaupun dah hiris nipis- nipis pun warna hitam sepanjang merekah tetap ada.
4. Pilih ngaku yang kulitnya masih berwarna putih dan bukan nampak lebam dan  hitam. Kalau yang dah jadi hitam, itu ngaku yang dah lama.
5. Pastikan ada tunas kat atas, jangan ambil yang patah. Nanti susah nak sagat, sebab kat bahagian atas tu tempat sebagai pemegang bila nak sagat.

Ngaku, bila kita sagat nipis - nipis dah nampak keluar macam kanjinya. Ia macam ubi kentang juga.  Tergolong dalam jenis ubi. Kalau nak buat kerepek ngaku kena betul betul bersemangat lah ya. Bermula untuk kupas kulitnya sampai  ke goreng. Teringat masa goreng nak hampir 1 jam lebih mengadap dapur. Nasib baik cuaca masih sejuk lagi. Kalau tak berpeluh peluh. Makan kerepek ngaku memang dah jadi ketagih. Maklumlah kan setahun sekali dapat jumpa ngaku.

Kerepek ngaku tak letak apa apa perisa. Sebab bagi sis, kerepek ngaku dah ada rasa semulajadi. Manis manis lemak masin masin pun ada. Jadi, tiada apa - apa perasa ditambah.

Resepi Kerepek Ngaku Paling Mudah Dan Sedap

Bahan - Bahan 

1kg arrowhead atau ngaku
Minyak secukupnya

Cara - Cara 

1. Arrowhead atau ngaku dibasuh bersih buang kotoran dan kupas kulitnya. ( Kupas dengan elok ya sebab kulit nya nipis sangat )
2. Hiris dengan pisau mandolin nipis-nipis.
3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana besar sehingga warnanya bertukar perang muda sikit ataupun bila buih buih minyak kat tepi tu hampir tak ada. Boleh angkat. Letak atas kertas tisu.
4. Simpan dalam bekas kedap udara

Nota : Kalau rasa nak ada bergaram sikit, boleh letak garam dalam minyak panas. Jadi nanti dah angkat kerepek ngaku ni tak payah tabur garam dah.

Bagaimana Tips Nak Goreng Ngaku Dengan Betul 

1. Ngaku nak goreng dengan betul kena pandai main dengan api, api terlalu kecil nanti hirisan ngaku masuk minyak. Suhu minyak kena jaga kalau nak dapatkan ngaku yang rangup.
2. Minyak kena betul - betul panas, baru masukkan hirisan ngaku.
3. Semasa nak masukkan hirisan ngaku dalam minyak panas, kena letak satu persatu, letak banyak - banyak nanti setiap hirisan dalam minyak tu mudah melekat.
4. Untuk menghasilkan ngaku yang rangup kena goreng sehingga buih - buih minyak hampir tiada.
5. Jangan terlebih goreng, nanti hangit. Kalau dah keperangan sangat, bila makan rasa macam dah lari.

Buat sesiapa yang masih belum mencuba goreng ngaku nak dijadikan kerepek, korang patut cuba buat sendiri. Ini lah cara mudah nak buat kerepek ngaku paling sedap. Senang pulak. Memang ketagih makan tak cukup sebalang. Kalau beli yang dah siap goreng, berapa sekarang ya ?. Setahun sekali ada ngaku, itupun semasa perayaan tahun baru cina sahaja. Korang patut cuba goreng sendiri dan nikmati kerangupan kerepek ngaku.

Terima kasih sudi singgah dan baca blog sis. Boleh cari resepi - resepi menarik di blog ya.

Baca sini : Cara Mudah Buat Kulit Limau Mandarin Kering
Baca sini : Resepi TangYuan Bebola Pulut Manis Mudah
Baca sini : Resepi Kuih Bakul Goreng Dengan Ubi Keladi

This post have 7 komentar

avatar
Mel delete 30 January 2014 at 08:04

musim ngaku sekarang ni. mel teringin gak nak buat tapi idokk jumpa pula..kang dah habis musim baru terkial2 nak buat..uhuu

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 30 January 2014 at 09:32

salam wani..

sangat mudah buat ngaku ni kan..ei, rasa nak mintak la yang wani buat tu..heheh..^_^

Reply
avatar
Unknown delete 30 January 2014 at 15:03

mmg sedap ngaku chip ni...

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 5 January 2020 at 15:50

perghhh sedapppnyaa makan kerepek

Reply
avatar
Mimie delete 5 January 2020 at 19:50

Sedapnya keropok ngaku ni.sambil tengok tv sambil mengunyah.

Reply
avatar
Wak Lat delete 6 January 2020 at 02:12

wak pon pestaim dgr buah ngaku mcm sengkuang nih.. :p

Reply
avatar
Umi Nazrah delete 6 January 2020 at 16:44

oh tak tau pulak, rasanya belum pernah makan :D

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang