Thursday, 12 March 2020

author photo
Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur | Salam semua, nak tanya lah biasa kalau kalian nak makan tapi dalam masa yang sama nak bersantai dengan kawan atau famili ke, kat tempat mana korang akan pergi ? Kalau tanya sis, sis memang akan pilih kafe. Kafe sekarang di Malaysia dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Pergi mana - mana pun akan ada kafe. Sekarang ini pun kafe di Malaysia dah setaraf macam kafe - kafe di luar negara.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Konsep yang dibawakan setiap kafe pun berbeza dari segi makanan dan dekorasi dalaman kafe. Faktor ini lah yang menarik ramai orang di luar sana untuk singgah di cafe bukan sahaja untuk menikmati makanan malah menikmati suasana di kafe yang menarik.

Mesti ada yang tertanya - tanya kat mana best kafe di Kuala Lumpur ? Kali ini, sis nak ajak korang semua untuk mengenali tempat kafe best yang paling cantik dengan hidangan menu yang menarik di Kuala Lumpur.

Hidangan di kafe biasanya adalah menu brunch, kopi dan juga juadah fusion. Setiap kafe mempunyai hidangan signature tersendiri. Kalau sis memang akan tengok apa menu yang ditawarkan dan konsep apa cafe tersebut.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

1. Feeka Coffee Roasters 


Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Kafe ini sesuai bagi korang yang suka suasana santai. Kalau nak melepak sambil mengulangkaji pun boleh. Korang boleh singgah di kafe ini. Suasana dalam cafe Feeka ini pun lebih kepada minimalis. Ada pelbagai hidangan brunch yang boleh dicuba di sini seperti breakfast bowls dan juga pelbagai pastri yang sedap.

Kafe yang terletak di Jalan Mesui, Bukit Bintang ini juga terkenal dengan hidangan kopi yang cukup kaw.
Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

2. Jibby East 

Buat korang yang suka dengan pemandangan hutan rimba, Mesti korang suka melihat persekitaran hijau mengelilingi di kafe Jibby East. Konsep kafe ini adalah kontemporari dan banyak menggunakan perabot kayu.

Jika korang berada di sekitar Taman Melawati, korang wajib singgah sini. Ada yang tertanya pasal menu sedap ke tak.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Di kafe Jibby East, di antara hidangan yang disediakan di sini adalah lebih kepada hidangan yang bertemakan barat dan asia pasifik.

Pelbagai hidangan yang boleh dinikmati di sini antaranya adalah hidangan dari all day breakfast hingga lah ke hidangan pasta, pizza, burgers dan pelbagai menu pencuci mulut yang menarik hati.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur
Gambar di atas adalah menu burger bersama dengan ketam lembut 

3. LOKL Coffee Co

Konsep kafe ini cantik dengan hiasan dalaman yang sedikit rustik. Manakal dinding hiasannya yang mempamerkan koleksi - koleksi pop - art lokal yang unik dan menarik.

Sekiranya korang suka dengan konsep kafe sebegini, boleh la singgah sini dan cuba juga hidangan menarik yang disediakan di kafe ini.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Kafe memang tidak lari dengan hidangan brunch dan kopi. Pelbagai juadah fusion yang boleh dinikmati di sini. Menu yang banyak diinspirasikan dari makanan Amerika, Perancis dan juga makanan Hainanese.

Hidangan yang paling popular di sini adalah Buttermilk fried chicken, chicken & waffles, Thai breakfast omelette dan smoked brisket hash.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur
 Gambar di atas adalah Honey Glazed Lamb dengan creamy mash dan juga salad 

4. Merchant's Lane 

Masuk sahaja di kafe Merchant's Lane, terus rasa macam duduk dalam hutan. Merchant's lane kafe di antara kafe yang terkenal dan tercantik di Kuala Lumpur. Kafe ini dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna. 

Hiasan dalaman untuk kafe ini dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan artisan yang menarik. 

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Mesti ada yang tertanya - tanya apa menu menarik di kafe ini. Di sini pun banyak hidangan fusion di antaranya hidangan yang unik Italian Chow Mien. Menu ini adalah spageti goreng yang dihidangkan dengan rendang ayam. Manakala Hongkies Beef Stew yang dihidangkan dengan kentang putar yang cukup berlemak.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

5. Naj & Belle Bangsar 

Buat sesiapa yang berdekatan dengan Bangsar, Naj & Belle kafe sesuai untuk korang yang suka #ootd. Lepas ini, mesti ramai instagrammers yang datang sini nak ambil gambar.

Kafe ini lain dari yang lain sebab lebih kepada interior yang kontemporari yang bertemakan industrial minimalist. 

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Jangan lupa juga untuk mencuba hidangan yang ada di kafe ini. Dah lah suasana yang menarik memang port bagus untuk ambil gambar apatah lagi nak mencuba hidangan yang ada di kafe ini.

Hidangan yang disediakan di kafe ini seperti squid ink spaghetti dan pulled duck spaghetti. Bagi penggemar untuk pencuci mulut, jangan lupa cuba watermelon lychee cake yang sangat sedap.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur
Gambar di atas adalah menu Soy sauce Boneless Beef Ribs dihidang bersama nasi goreng kampung style.

6. Rimba & Rusa 

 Bagi sesiapa yang berkeluarga nak bersantai nak bawa anak - anak, kafe Rimba & Rusa ni memang sesuai. Kafe ini ada tempat khusus tempat untuk kanak - kanak bermain. Jadi tak ada masalah untuk famili bawa anak - anak kecil.

Bertemakan kontemporari, kafe ini lebih kepada suasana santai dan hiasan dalamannya yang cerah

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Di Rimba & Rusa kafe, mempunyai pelbagai jenis hidangan yang menarik untuk dicuba. Salah satunya Pandan French Toast dan peanut butter crunch milkshake.

Jangan lupa juga untuk mencuba pencuci mulut yang sedap di sini seperti kek, tarts, brownies dan pudding.
Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

7. VCR 

Name kafe yang unik dan ringkas. Suasana kafe ini sangat cantik dan menarik dengan tingkap besar. Pemandangan luar yang cantik dengan pokok hijau.

Peminat kopi di luar sana, korang mesti cuba di kafe ini.

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Disamping menikmati keindahan pemandangan hijau di luar kafe, jangan lupa juga untuk mencuba hidangan di kafe VCR yang menarik seperti Soft Shell Crab Burger, Avocado Toast dan Quiche Granola

Semestinya hidangan ini akan membuatkan korang akan singgah di kafe ini sekali lagi. 

Top 7 Most Beautiful Cafes In Kuala Lumpur

Itu lah saja antara 7 kafe yang menarik di Kuala Lumpur yang boleh korang singgah dan mencuba menu hidangan menarik di sana. Buat korang yang selalu nak singgah kafe tapi tak ada masa, ataupun korang nak menikmati hidangan kafe yang sangat sedap, sekarang ini dah mudah di hujung jari saja. Food Panda Delivery sedia untuk membantu korang yang mengidam sangat nak makan hidangan kafe. 

Menu kat kafe pun boleh tempah atas talian di Food Panda. Rasanya caj penghantaran food panda pun lebih murah. Jangan lupa tempah di Food Panda untuk food delivery

1 komentar:

avatar
Sha Mohamed delete 12 March 2020 at 13:32

rimba & Rusa tu nampak menarik..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang