-->

Saturday, 7 March 2020

author photo
Resepi Kek Nestum Viral Mudah Dan Gebu Ikut Sukatan Cawan Dan Gram | Salam semua, baru - baru ini sis ada post resepi kek nestum mudah dekat satu group. Setakat yang sis tengok dah cecah 8.6 K perkongsian dah di laman facebook. Sis share link youtube sahaja. Tak sangka ramai yang share. Terima kasih banyak - banyak ya. Jadi viral sekejap kek nestum mudah ini. Lagipun resepi kes nestum ikut sukatan cawan dan gram.

Resepi Kek Nestum Viral Mudah Dan Gebu Ikut Sukatan Cawan Dan Gram

Rasanya buat yang tercari - cari resepi kek nestum yang ikut sukatan cawan dan gram boleh cuba resepi ini ya. Tapi yang ini bakar ya bukan kukus. Sis pun dah banyak kali kalau orang tanya kek ni boleh kukus tak.

Kadang - kadang nak jawab berbelah bagi pula. Kalau ikut rasa tekak sis, kek yang dibakar lagi sedap berbanding kukus. Itupun bergantung kepada jenis kek yang dibuat. Tak semua kek yang dibakar sesuai untuk kukus.

Senang cakap, kalau kek yang dikukus, ia tak garing di permukaan atas dan bawah. Sebabnya kek yang dikukus ni lembap kan.


Resepi Kek Nestum Viral Mudah Dan Gebu Ikut Sukatan Cawan Dan Gram
Alhamdulillah perkongsian dah lebih 8.6 K shares. Gambar screenshot tu ambil awal.

Asas Dari Resepi Kek Butter 

Sebenarnya resepi kek nestum asas dari kek butter, cumanya tambah nestum yang naik aroma nestum. Sangat lah sedap. Macam - macam sebenarnya boleh buat dari asas resepi kek butter ni. Itu lah kena ikut kreativiti. Asalkan masuk tekak.

Sis ni kalau buat kek memang kek yang tak letak apa - apa macam ni lah masuk tekak. Kalau yang letak aising bagai tu tak berapa nak telan.

Tips tu tak adalah sangat, cuma yang penting gula dan mentega dipukul sampai kembang. Tengok kek hasil sendiri rasa puasa hati, walaupun hanya kek mentega sahaja tetapi ada nestum.

Resepi Kek Nestum Viral Mudah Dan Gebu Ikut Sukatan Cawan Dan Gram

Sebiji kek muat loyang besar bulat 9". Nasib baik macam agak mesti muat loyang bulat 9" sebab guna telur besar sangat. Nestum ada lebih jadi kita on jer lah untuk buat kek. Rasanya macam - macam boleh dibuat dengan menggunakan nestum.

Pastikan ikut resepi guna telur gred A ya, Kek sedap sebab bau aroma nestum

Resepi Kek Nestum Viral Mudah Dan Gebu Ikut Sukatan Cawan Dan Gram

Nanti kalian jemput tonton video ya. jemput subscribe juga ya.


Resepi Kek Nestum Viral Mudah Dan Gebu Ikut Sukatan Cawan Dan Gram

Bahan - Bahan
250 gm mentega ( 1 cawan )
225 gm gula halus ( 1 cawan )
4 biji telur gred A
220 gm tepung gandum ( 1 3/4 cawan )
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
80 gm nestum ( 1 cawan ) Nestum di kedai bakeri
75 ml susu cair ( 1/3 cawan )

Cara - Cara 
1. Ayak tepung gandum bersama dengan baking powder dan baking soda. Ayak 2 kali. Ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang dan bertukar warna.
3. Masukkan telur satu persatu. Putar telur setiap biji anggaran 1 minit.
4. Putar lagi hingga kembang.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan putar rata sekejap.
6. Dengan speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair.
7. Keluarkan dari mixer, masukkan nestum sedikit demi sedikit dan kaup balik rata dengan spatula .
8. Sediakan loyang bulat 9 " yang dialas dengan kertas baking.
9. Tuang ke dalam loyanng.
10. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 45 hingga 50 minit.
11. Nak tahu masak cucuk dengan lidi sebelum keluarkan dari oven.
12. Biarkan dalam 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Sisipkan bahagian tepi loyang untuk keluarkan kek.

Harap dapat cuba dan bagi feedback kek nestum mudah dan gebu ini. 

Baca Artikel Yang Lain

1. Resepi Kek Kukus Karamel Nestum Mudah
2. Resepi Biskut Nestum "Tuiles" Ala Biskut Perancis Yang Mudah
3. Resepi Biskut Nestum Rangup Yang Sedap Sukatan Cawan
4. Cara Buat Kek Batik Nestum Mudah Tanpa Telur

This post have 3 komentar

avatar
Sis Lin delete 7 March 2020 at 13:16

Waaa senangnyaaa..nanti bolehlah cuba membuatnyaa..makaseh adik maniss...

Reply
avatar
Umi Nazrah delete 7 March 2020 at 15:04

Tengok pun dah tergoda, hehe

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 12 March 2020 at 15:43

Gebu betul keknya.. nampak menarik..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang