-->

Monday, 16 March 2020

author photo
Resepi Agar - Agar Milo Lapis Susu Mudah Dan Sedap Ikut Sukatan Cawan | Salam semua, peminat agar - agar mesti suka, walaupun banyak sangat resepi agar - agar yang boleh dicuba nak lagi sekarang ini tengah musim panas. Pencuci mulut yang sejuk - sejuk lah dicari kan. Sis memang peminat coklat, jadinya resepi agar - agar milo menjadi pilihan. Budak - budak pun mesti suka sebab agar - agar ini ada lapisan coklat dan juga lapisan susu.

Resepi Agar - Agar Milo Lapis Susu Mudah Dan Sedap Ikut Sukatan Cawan

Milo agak jarang nak minum dah sekarang ini, tapi kalau bertukar jadi pencuci mulut laju pulak. 

Simpan dalam peti siap - siap. Senang jer nak buat agar - agar milo mudah dan sedap. Bahan pun dalam sukatan cawan. Cuma yang agar - agar tu dalam gram. 

Tips penting kat sini nak bagi lapisan antara coklat dan susu tu melekat, pastikan cakar sikit permukaan lapisan coklat dengan garfu. Kalau tak buat macam ini nanti tak melekat. 

Kalau ada acuan yang comel - comel lagi cantik macam gambar di atas. 

Resepi Agar - Agar Milo Lapis Susu Mudah Dan Sedap Ikut Sukatan Cawan 

Bahan Untuk Lapisan Coklat 
8gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan  ( seeloknya rendam sekejap bagi agar - agar kembang nanti cepat hancur bila masak ) 
1 3/4 cawan air 
1/3 cawan gula 
3/4 cawan serbuk milo 

Cara-cara
1. Masak agar - agar bersama air hingga larut. masukkan gula dan milo.
2. Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm atau pun ke dalam acuan pilihan anda biarkan beku sebentar.
3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu.

Bahan Untuk Lapisan Susu
10gm agar-agar tali (basuh dan toskan ) 
1 1/2 cawan air 
1/2 cawan gula 
1 cawan susu sejat ideal
Beberapa titis esen vanila

Cara-cara
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi dan sejukkan dalam peti. Hidangkan sejuk.

Tips Untuk Mudah Keluarkan Agar - Agar Dari Acuan 

1. Untuk mudahkan keluarkan agar -agar dari acuan, sebelum itu, acuan mestilah dibasahkan dengan air. Faham ke tak ni. Lalukan sekejap dengan air acuan yang digunakan sebelum tuangkan adunan agar - agar ke dalam acuan. 
2. Nanti bila dah mengeras tak adalah masa potong nanti melekat di acuan. 

Ok, jemput lah cuba agar - agar milo mudah ini ya. 




This post have 2 komentar

avatar
Sweet red cherry delete 11 May 2013 at 20:14

hai, salam wani..

wah, sedapnya dapat makan agar-agar milo tu..memang sesuai sangat makan desert cam ni ketika cuaca panas kan..

Reply
avatar
Amie delete 11 May 2013 at 21:30

Memang panas meletinglah Wani... baby kita pun dah tumbuh ruam, kesian betul.
Agar-agar milo tu nampak sedap sangat... kalau baru kar peti ais kejap je licin kan Wani...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang