Friday, 13 March 2020

author photo
Resepi Kepah Goreng Cili Berserai Sedap Dan Mudah | Salam semua, sis selalu tertukar antara kepah dengan lala. Disebabkan keliru, sis ada tanya kat kawan - kawan difacebook sebenarnya ini kepah ke lala. Ramai yang jawab kepah. Lala tu macam yang ada corak siput retak seribu tu. Memang tertukar sungguh. Rupanya ini kepah la ya. Ada juga yang panggil siput gayam. Ke korang panggil apa ni. Dan apa resepi kepah yang sedap nak masak.

Resepi Kepah Goreng Cili Berserai Sedap Dan Mudah

Sis ni gigih pergi cari apa maksud kepah ni. Jadi terjumpa yang wikipedia bagi tahu.

Kepah atau siput gayam merupakan sejenis kerang - kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama di pasar tani. 
Banyak spesis kerang - kerangan yang lain, pening juga sis.

Jadi betul la ada orang panggil siput gayam tu. Ini pun resepi yang dah lama sis edit balik sebab tersalah tulis lala. Masa beli kepah, harga dalam RM 4.58 sekilo ya. Memang murah dah masa tu. Sekarang ini dah naik harga. Sis ada terjumpa kat pasar pagi sekarang harga dah dalam RM 7 sekilo.

Menu masakan yang sesuai untuk kepah, mesti lah ringkas dan mudah tak perlu bahan banyak. Nanti tenggelam rasa kepah. Bagi sis, menu kepah macam ini sesuai untuk ratah. Masak resepi kepah goreng cili padi pun dah sedap. Tambah pula dengan serai lagi wangi baunya.

Resepi Kepah Goreng Cili Berserai Sedap Dan Mudah

Mula - mula sis ingat nak main rebus jer sebab nak menu simple. Akhir sekali tukar menu lain, nak main tumis juga kepah. Lagipun guna bahan tak banyak. Kalau nak masak di bulan puasa nanti elok sangat lah. Cepat, senang dan sedap. Sampai kuah dihirupnya.

Ok lah buat korang yang nak cuba resepi kepah goreng mudah ini. Jemput lah cuba.

Resepi Kepah Goreng Cili Berserai Sedap Dan Mudah
Sumber :DAPUR DIGITAL

Bahan-bahan:
2 kg kepah
4 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
Sedikit cili padi - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
3 batang serai - diketuk
2 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun ketumbar - dihiris ( tak letak )
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara - Cara
1. Kepah  dicuci hingga bersih.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk serta serai.
3. Apabila naik bau masukkan sos tiram dan kepah.
4. Tutup kuali seketika sehingga semua kepah terbuka.
5. Angkat tutup kuali, kacau sekata rasakan garam secukupnya.
6. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
7. Sedia dihidangkan panas

This post have 6 komentar

avatar
Warisan Petani delete 20 June 2017 at 13:45

Kira murah tu.
Kat sini sampai RM10 sekg.

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 20 June 2017 at 14:39

Eh apasal mahal sangat kalah kerang .. kerang kat sini mahaiiii

Reply
avatar
Shikin Razali delete 20 June 2017 at 14:56

Sedapnya menu nie tapi tue la, sampai sekarang saya tak boleh makan lala, yang peliknya kerang bleh pulak makan...

Reply
avatar
adda syuhada delete 20 June 2017 at 15:44

dh lama terliur nak makan lala cmni...

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 22 June 2017 at 06:41

amboi terliurnya tengok. nak makan mesti tak puas ni. hihi

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang