-->

Wednesday, 8 April 2020

author photo
Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap | Salam semua, sis rasa ramai yang ketagih makan KFC wedges tu kan, mesti tertanya - tanya sos cheese kat KFC tu macam mana nak buat. Kalau buat sendiri ni lagi jimat banyak kan. Rata- rata dah banyak resepi sos cheese viral yang semua orang pakat kongsi. Kalau sekali beli KFC wedges tu pun nampak sikit sos cheese, rasa macam tak cukup nak cicah dengan wedges.

Apa kata kita buat sendiri sos cheesy wedges, jimat habis. Walaupun, sekarang ini dah ada serbuk cheese yang dijual, itu lagi senang. Tambah air panas sahaja. Tapi kalau buat sendiri apa salahnya. Bahan - bahan pun tak ada lah banyak sangat. Kalau buat stok banyak - banyak terus boleh simpan dalam peti ataupun kalau nak bekukan pun boleh. Cuma kena panaskan balik saja.

Yang penting kena beli lah wedges, nugget dan sosej yang lain tu. Mak - mak pun tak pening kepala kalau anak asyik nak minta KFC wedges, beli frozen wedges, goreng, sos cheesy pun dah ada stok. Kan senang kerja.

cara buat cheesy wedges ala kfc

Sis sendiri pun memang hantu KFC wedges, lagi banyak sos cheese lagi menjilat jari jawabnya. Cara buat cheesy wedges ala KFC mudah jer. Jom cuba buat. Resepi sos cheesy ni banyak sikit, tak apa ada lebih boleh simpan. 

Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap 

Bahan - Bahan 
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum bancuh dengan sedikit air
1 ketul kiub ayam
1 liter susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese ( guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna cheesy

Cara - Cara
1. Cairkan butter, masukkan susu, serbuk cili, kiub ayam serbuk lada putih dan masukkan cheese satu persatu.
3. Kacau dengan api kecil selalu hingga kesemuanya larut.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum perlahan - lahan sambil kacau ya
5. Kacau selalu hingga nampak pekat. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheesy.
6. Tambah garam secukup rasa dan boleh tutup api.
7. Mula - mula nampak macam cair, tapi bila dah sejuk sikit sos jadi kental.

Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap

Nota : 
1. Sos cheesy ni kena kacau selalu ya, sebab takut hangit kat bawah tu. Dan pastikan guna api yang kecil.

Lagi satu cara nak simpan sos cheese. Mungkin ada lagi baki sos cheese kan. Kita jangan membazir ya, boleh simpan sos cheese ni letak dalam peti.

Cara Simpan Sos Cheese 

1. Bila dah buat banyak - banyak mesti ada yang lebih. Kalau nak simpan boleh bekukan. Kalau nak simpan dalam peti bawah tahan 2 minggu. Tapi tak tahu takut habis awal.
2. Letak dalam bekas plastik. Kalau buat bekas kecil - kecil pun ok jugak. Bila perlu nak guna, Keluarkan sekejap dari peti beku. Biarkan sekejap kat luar
3. Dah nampak hilang beku, kalau nak panaskan balik cara kukus pun boleh. Rasanya lagi selamat nak banding panaskan atas dapur balik. Nak elak hangit sebenarnya. 


Macam mana senang tak, siapa nak cuba resepi sos cheesy wedges mudah, jemput cuba ya. Bila homemade buat sendiri ni lagi jimat dan berbaloi buat banyak - banyak. 

This post have 22 komentar

avatar
Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World delete 3 January 2012 at 18:34

Salam Wani..ini dapat kat anak akak tak sampai 2 minit lincin

Reply
avatar
quinnie delete 3 January 2012 at 19:25

wani..bestnya..kita dah lama salin resepi tapi tak pernah cuba lagi..geramnya tengok..:)

Reply
avatar
tun_telani delete 3 January 2012 at 20:48

tun pun dh salin resepi ni dgn semangatnya aritu. tp stok cheese pulak xde, so x terbuat2 lagi..

Reply
avatar
Mieza delete 3 January 2012 at 21:27

masyaAllah wani..sedapnya nampak cheesy wedges ni..sebijik mcm kfc punya..skg tak pyh la order kat kfc lagi..dah tau mcm mana nak wat cheesy sos tu..dap!

Reply
avatar
myda_ahmad delete 3 January 2012 at 22:13

kalau gi kfc mmg x pernah tak order cheezy wedges....satu kemestian coz sosnya yg enak bangat tu!.....rupa2nya buat sendiri pun boleh yerk?...ingatkan sos yg dh tersedia ada kt dlm botol2 di pasaran tu.....

Reply
avatar
Liza delete 4 January 2012 at 14:20

salam wani...thnx yer sbb sudi try sos cheezy wedges ni...mmg sedap kan, berbaloi2....akak rasa pasni kfc gerenti tutup kedai...hihhihihi

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 4 January 2012 at 17:17

kak paty : kalau makanan yg bercheezy . memang pasti digemari semua hihi..

Q: tak apa mesti kena buat someday ya .. nanti rugi la pulak kalo tak buat

Tun: alahai .. nanti kena ada stok cheese banyak2 dulu .. memang kena buat ya .. sedapp

kak mieza: hihi kan ..sebiji macam kfc apatah lagi nak merasa .. dah x ingat kat kfc dah

myda: x tau lak ada jual sos yg dah siap ya .. kalau buat sendiri lagi puas hati kot ,,, air tangan kita kan :))

kak liza: sama2 kak liza ,, terima kasih kak liza sudi share ni .. sekrang dah tau dah nak wat sendiri... :))

Reply
avatar
みつユーマ delete 5 January 2012 at 13:47

AsSAlam kak wani,kak tau x CHEEZY WEDGES nie mmg favorite sy dri kecik lg..bagai nk rak crik resepi kak x jmpe2...THANKS kak wani..confem lpas ni KFC mesti tutup pnye..ありがとう (Arigatō)

Reply
avatar
jiera delete 27 June 2012 at 18:51

salam wani, sy dh try bwat. alhamdulillah family kate sedap. tp ble sejuk dia trlalu likat. knpe ye? or mmg mcm tu?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 29 June 2012 at 22:37

salam jiera .. terima kasih sudi cuba ya..:)) kalau panas2 lagi best makan sebab dia masih cair .. macam kat kfc la ... tapi kalau dah sejuk .. sos tu jadi likat sikiit ..itu sebab saya piping kan atas kentang tu masa panas2 ... senang sikit nak makan tak la kena cicah2 ..

Reply
avatar
shamel rieza delete 21 November 2012 at 05:55

salam wani nk tanye,klu kte buat cheezy wedges ni dia boleh tahan brape hari ye?

Reply
avatar
shamel rieza delete 21 November 2012 at 05:56

salam wani nk tanye,klu kte buat cheezy wedges ni dia boleh tahan brape hari ye?

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 23 November 2012 at 23:42

salam maaff ya lambat reply ... saya pun tak tahu jugak berapa lama tahan tapi seelok2nya habiskan terus la

Reply
avatar
Unknown delete 14 June 2014 at 22:58

https://m.facebook.com/richcouplebiz83
Maaf sis mencelah.... sedap! Jemput ke page sya...Tq

Reply
avatar
Unknown delete 24 December 2014 at 17:59

salam kak..sy mohon copy resepi..nak cuba :)

Reply
avatar
Fnd Rocka delete 30 March 2016 at 23:45

mohon share yg dah siap kat saya

Reply
avatar
Mas_FVOME delete 24 August 2016 at 14:18

sedapnya!!! my favourite!

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 8 April 2020 at 13:13

looks yummy...thanks for the share....boleh la buat kudapan petang...

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 9 April 2020 at 15:56

sedapppnyaa rabia memang hantu sos cheese heheh sedap makan dgn wedges

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang