Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap

Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap | Salam semua, sis rasa ramai yang ketagih makan KFC wedges tu kan, mesti tertanya - tanya sos cheese kat KFC tu macam mana nak buat. Kalau buat sendiri ni lagi jimat banyak kan. Rata- rata dah banyak resepi sos cheese viral yang semua orang pakat kongsi. Kalau sekali beli KFC wedges tu pun nampak sikit sos cheese, rasa macam tak cukup nak cicah dengan wedges.

Apa kata kita buat sendiri sos cheesy wedges, jimat habis. Walaupun, sekarang ini dah ada serbuk cheese yang dijual, itu lagi senang. Tambah air panas sahaja. Tapi kalau buat sendiri apa salahnya. Bahan - bahan pun tak ada lah banyak sangat. Kalau buat stok banyak - banyak terus boleh simpan dalam peti ataupun kalau nak bekukan pun boleh. Cuma kena panaskan balik saja.

Yang penting kena beli lah wedges, nugget dan sosej yang lain tu. Mak - mak pun tak pening kepala kalau anak asyik nak minta KFC wedges, beli frozen wedges, goreng, sos cheesy pun dah ada stok. Kan senang kerja.

cara buat cheesy wedges ala kfc

Sis sendiri pun memang hantu KFC wedges, lagi banyak sos cheese lagi menjilat jari jawabnya. Cara buat cheesy wedges ala KFC mudah jer. Jom cuba buat. Resepi sos cheesy ni banyak sikit, tak apa ada lebih boleh simpan. 

Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap 

Bahan - Bahan 
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum bancuh dengan sedikit air
1 ketul kiub ayam
1 liter susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese ( guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna cheesy

Cara - Cara
1. Cairkan butter, masukkan susu, serbuk cili, kiub ayam serbuk lada putih dan masukkan cheese satu persatu.
3. Kacau dengan api kecil selalu hingga kesemuanya larut.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum perlahan - lahan sambil kacau ya
5. Kacau selalu hingga nampak pekat. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheesy.
6. Tambah garam secukup rasa dan boleh tutup api.
7. Mula - mula nampak macam cair, tapi bila dah sejuk sikit sos jadi kental.

Cara Buat Sos Cheesy Wedges Ala KFC Di Rumah, Jimat Dan Sedap

Nota : 
1. Sos cheesy ni kena kacau selalu ya, sebab takut hangit kat bawah tu. Dan pastikan guna api yang kecil.

Lagi satu cara nak simpan sos cheese. Mungkin ada lagi baki sos cheese kan. Kita jangan membazir ya, boleh simpan sos cheese ni letak dalam peti.

Cara Simpan Sos Cheese 

1. Bila dah buat banyak - banyak mesti ada yang lebih. Kalau nak simpan boleh bekukan. Kalau nak simpan dalam peti bawah tahan 2 minggu. Tapi tak tahu takut habis awal.
2. Letak dalam bekas plastik. Kalau buat bekas kecil - kecil pun ok jugak. Bila perlu nak guna, Keluarkan sekejap dari peti beku. Biarkan sekejap kat luar
3. Dah nampak hilang beku, kalau nak panaskan balik cara kukus pun boleh. Rasanya lagi selamat nak banding panaskan atas dapur balik. Nak elak hangit sebenarnya. 


Macam mana senang tak, siapa nak cuba resepi sos cheesy wedges mudah, jemput cuba ya. Bila homemade buat sendiri ni lagi jimat dan berbaloi buat banyak - banyak. 

21 Comments

  1. Salam Wani..ini dapat kat anak akak tak sampai 2 minit lincin

    ReplyDelete
  2. wani..bestnya..kita dah lama salin resepi tapi tak pernah cuba lagi..geramnya tengok..:)

    ReplyDelete
  3. tun pun dh salin resepi ni dgn semangatnya aritu. tp stok cheese pulak xde, so x terbuat2 lagi..

    ReplyDelete
  4. masyaAllah wani..sedapnya nampak cheesy wedges ni..sebijik mcm kfc punya..skg tak pyh la order kat kfc lagi..dah tau mcm mana nak wat cheesy sos tu..dap!

    ReplyDelete
  5. kalau gi kfc mmg x pernah tak order cheezy wedges....satu kemestian coz sosnya yg enak bangat tu!.....rupa2nya buat sendiri pun boleh yerk?...ingatkan sos yg dh tersedia ada kt dlm botol2 di pasaran tu.....

    ReplyDelete
  6. salam wani...thnx yer sbb sudi try sos cheezy wedges ni...mmg sedap kan, berbaloi2....akak rasa pasni kfc gerenti tutup kedai...hihhihihi

    ReplyDelete
  7. kak paty : kalau makanan yg bercheezy . memang pasti digemari semua hihi..

    Q: tak apa mesti kena buat someday ya .. nanti rugi la pulak kalo tak buat

    Tun: alahai .. nanti kena ada stok cheese banyak2 dulu .. memang kena buat ya .. sedapp

    kak mieza: hihi kan ..sebiji macam kfc apatah lagi nak merasa .. dah x ingat kat kfc dah

    myda: x tau lak ada jual sos yg dah siap ya .. kalau buat sendiri lagi puas hati kot ,,, air tangan kita kan :))

    kak liza: sama2 kak liza ,, terima kasih kak liza sudi share ni .. sekrang dah tau dah nak wat sendiri... :))

    ReplyDelete
  8. AsSAlam kak wani,kak tau x CHEEZY WEDGES nie mmg favorite sy dri kecik lg..bagai nk rak crik resepi kak x jmpe2...THANKS kak wani..confem lpas ni KFC mesti tutup pnye..ありがとう (Arigatō)

    ReplyDelete
  9. salam wani, sy dh try bwat. alhamdulillah family kate sedap. tp ble sejuk dia trlalu likat. knpe ye? or mmg mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jiera .. terima kasih sudi cuba ya..:)) kalau panas2 lagi best makan sebab dia masih cair .. macam kat kfc la ... tapi kalau dah sejuk .. sos tu jadi likat sikiit ..itu sebab saya piping kan atas kentang tu masa panas2 ... senang sikit nak makan tak la kena cicah2 ..

      Delete
  10. salam wani nk tanye,klu kte buat cheezy wedges ni dia boleh tahan brape hari ye?

    ReplyDelete
  11. salam wani nk tanye,klu kte buat cheezy wedges ni dia boleh tahan brape hari ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maaff ya lambat reply ... saya pun tak tahu jugak berapa lama tahan tapi seelok2nya habiskan terus la

      Delete
  12. https://m.facebook.com/richcouplebiz83
    Maaf sis mencelah.... sedap! Jemput ke page sya...Tq

    ReplyDelete
  13. salam kak..sy mohon copy resepi..nak cuba :)

    ReplyDelete
  14. mohon share yg dah siap kat saya

    ReplyDelete
  15. looks yummy...thanks for the share....boleh la buat kudapan petang...

    ReplyDelete
  16. sedapppnyaa rabia memang hantu sos cheese heheh sedap makan dgn wedges

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post