-->

Wednesday, 9 September 2020

author photo
Tonton Drama Setelah Ku Dimiliki Episod 1 hingga 28 ( Akhir ) | Salam semua, bagi buat peminat drama, ini lagi satu drama yang boleh kalian tonton. Drama Setelah Ku Dimiliki, rupanya adaptasi dari novel karya Zaza Qry yang mempunyai 28 episod. Drama yang ditayang di slot Akasia TV3. Disebabkan sekarang dah boleh tonton percuma di iqiyi.com, bagi sesiapa yang terlepas peluang boleh tonton di sana.

Macam sis, memang tak sempat nak kejar kat TV, jadi pilihan yang bagus tonton lah secara online lagi mudah. Walaupun drama ini dah ditayangkan tahun lepas lagi, tapi sis rasa masih ramai peminat kan.

drama setelah ku dimiliki

Lebih lagi sudah ada platform iqiyi.com. Tak kira masa dan di mana, kalian boleh menonton drama ini. Sebenarnya setiap drama, ia ada mesej nak disampaikan kepada masyarakat. Sama juga dengan Drama Setelah Ku Dimiliki.

Sinopsis Penuh Drama Setelah Ku Dimiliki


Drama ini mengisahkan konflik cinta di antara Sarra dan Adriz. Disebabkan dosa yang lalu, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu.


Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya. Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

Baca : Tonton Drama Kampung People Episod 1 Hingga 13 ( Akhir )

Pelakon Utama Drama Setelah Ku Dimiliki


Untuk pelakon utama dalam drama Setelah Ku Dimiliki adalah : 
  • Intan Najuwa sebagai Sarrafia 
  • Zul Ariffin sebagai Adriz
  • Tiz Zaqyah sebagai Sarlina

Pelakon Pembantu Drama Setelah Ku Dimiliki 


Manakala untuk pelakon pembantu drama ini pula adalah : 

  • Zaki Azeman sebagai Noh
  • Aleza Shadan sebagai Puan Sabrina
  • Hilal Azman sebagai Encik Shamsul
  • Kuza Muzani sebagai Bonda Ummi
  • Rahhim Omar sebagai Encik Rahimin
  • Lia Natalia sebagai Hirda
  • Fahmy Reza sebagai Haqif
  • Adeline Tsen sebagai Ufaira
  • Zul Helmy sebagai Halil
  • Daniella Sya sebagai Ann
  • Halim Radzi sebagai Zakir

Tonton Drama Setelah Ku Dimiliki Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 


Untuk drama ini, kalian boleh tonton percuma di iqiyi.com.

Setelah Ku Dimiliki Episod 1

Setelah Ku Dimiliki Episod 2

Setelah Ku Dimiliki Episod 3

Setelah Ku Dimiliki Episod 4

Setelah Ku Dimiliki Episod 5

Setelah KuDimiliki Episod 6

Setelah Ku Dimiliki Episod 7

Setelah Ku Dimiliki Episod 8

Setelah Ku Dimiliki Episod 9

Setelah Ku Dimiliki Episod 10 

Setelah Ku Dimiliki Episod 11

Setelah Ku Dimiliki Episod 12

Setelah Ku Dimiliki Episod 13

Setelah Ku Dimiliki Episod 14

Setelah Ku Dimiliki Episod 15

Setelah Ku Dimiliki Episod 16

Setelah Ku Dimiliki Episod 17

Setelah Ku Dimiliki Episod 18

Setelah Ku Dimiliki Episod 19

Setelah Ku Dimiliki Episod 20

Setelah Ku Dimiliki Episod 21

Setelah Ku Dimiliki Episod 22

Setelah Ku Dimiliki Episod 23

Setelah Ku Dimiliki Episod 24

Setelah Ku Dimiliki Episod 25

Setelah Ku Dimiliki Episod 26

Setelah Ku Dimiliki Episod 27

Setelah Ku Dimiliki Episod 28


OST Drama Setelah KuDimiliki 


OST untuk drama ini bertajuk Damaikanlah yang dinyanyikan oleh Ika Mustafa.


Lirik Lagu Damaikanlah


Ku berdiri
Ku menangis
Mendungnya hari

Ku meniti
Jalan yang kau lalui
Mengejar diri

Aku masih merindui engkau
Hujan bersama cinta
Hadirnya sementara

Damaikanlah jiwaku yang resah
Terangilah sinaran yang pudar
Di hatiku ingin aku redha
Hingga akhir waktu

Dengarkanlah ceritaku ini
Kembalilah cinta yang telah pergi
Ku inginkan cahaya mentari
Menyinar diriku

Ku mencari bersendiri
Mengharapkan pagi
Ku rempuhi badai yang menghampiri
Melemaskan diri

Aku cuba melupakan engkau
Pergilah oh derita
Ku serah pada yang esa

1 komentar:

avatar
Shalimar Yusof delete 9 September 2020 at 21:21

cikma layan.. tapi xsampai abes ari tuu.. boleh sambung balik tgk la ni yeaa

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang