-->

Thursday, 10 September 2020

author photo
Resepi Kek Mentega Moist Dengan Oat | Salam semua, ramai ke peminat oat kat sini. Oat sebenarnya macam - macam boleh buat, nak buat sup ke, kek, kek cawan ke. Selain itu, buat muffin ataupun buat lempeng dengan oat pun boleh. Tapi kalau nak sihat kena masak yang gaya sihat lah. Tapi kelainan untuk kali ini, sis nak buat kek dengan masukkan oat. Rasa macam mana tu. Tertanya jugak.

Kalau ikutkan banyak menu yang nak dibuat dengan oat ni. Tapi kena tunggu satu - satu. Tak boleh nak tamak buat semua. Oat dimasukkan dalam bahan buat kek. Kek pula kek yang sangat mudah saja iaitu kek mentega. Kiranya ia boleh dikategorikan dalam resepi kek butter mudah. Sedap pulak ada oat dalam kek mentega ni sebab kelainan sikit.

Sesiapa yang nak cuba buat kek butter mudah ini, resepi ada kat bawah ya.

Baca : Resepi Kek Nestum Viral Sukatan Cawan

Resepi kek mentega moist


Resepi Kek Mentega Moist Dengan Oat 

Bahan - Bahan
100 ml air ( ganti dengan susu cair )
1 sudu besar susu pekat manis
50 gm oat segera ( wani guna yang packaging warna merah )
200 gm mentega
100 gm gula halus
4 biji telur
170 gm tepung kek ( wani guna tepung gandum biasa )*
2 sudu teh baking powder ( wani guna 1 1/2 sudu teh )*
1 sudu teh vanila

Kedua bahan bertanda * ini diayak

Cara - Cara
1. Masukkan air, susu pekat manis dan oat ke dalam satu periuk, letak atas dapur dan kacau sampai adunan oat lembut. Sejukkan.
2. Putar mentega dan gula halus sampai kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai sebati.
4. Masukkan vanila dan masukkan adunan oat tadi dan pukul sampai sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan dengan kaedah kaup balik sampai adunan sebati.
6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu150 C dalam 40 - 45 minit atau sehingga masak.

Nota : 
1. Suhu bergantung kepada oven masing - masing
2. Resepi asal guna 9" loyang bulat tapi saya guna loyang segiempat 8 "


Kredit resepi : Bakericious

Baca : 10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah









This post have 3 komentar

avatar
Ana Jingga delete 14 August 2015 at 20:28

fuhh lapar terus masuk blog wani ni :)

Reply
avatar
Unknown delete 16 August 2015 at 17:03

Wanie.....lama tak cilok resipi wanie. Pun lama tak buat kek :-)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang