-->

Thursday, 24 September 2020

author photo

Tonton Telefilem Dia Kembarku Lakonan Emma Maembong, Norman Hakim Dan Lisdawati | Salam semua, telefilem Dia Kembarku di slot Cerekarama yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dulu tapi masih lagi pada tahun ini. Siapa yang masih ingat lagi cerita ni.


Sis memang tonton cerita ni. Slot cerekarama memang tak lari dah, apa dalam cerita tu banyak sampaikan mesej untuk penonton. Dia kembarku lakonan Emma Maembong ada adik kembar, tapi adik kembar dia ada kecacatan sikit di bahagian muka. 


Telefilem dia kembarku


Susah kalau orang lebih suka menilai kecantikan luaran tapi kecantikan dalaman tu orang tak nampak. Lebih lagi kalau orang seperti ayah Amina dan Amira.


Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini, barisan pelakon pun membawa watak dengan baik. Emma yang pegang dua watak pun nampak bukan mudah. 


Anak yang tidak sempurna pun berhak untuk dapat kasih sayang dari ibu bapa. Semoga cerita ini dapat sampaikan mesej kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang tidak sempurna.

Siapa kita nak menyalahkan takdir kan. 


Info Telefilem Dia Kembarku 

  • Waktu Siaran : Sabtu, 11 Januari 2020, 10 malam
  • Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
  • Idea Asal : Zhamida Dyana
  • Penulis Skrip : Yuswaisar
  • Pengarah : Isma Yusof
  • Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd
  • Pelakon : Emma Maembong, Lisdawati, Norman Hakim, Raja Azmi, Baiq Balqis, Lalu Putera, Nadhif Sazali

Pelakon Dia Kembarku Dan Watak 

Pelakon utama memang sudah tidak asing lagi. Barisan pelakon dan watak dalam telefilem Dia Kembarku adalah : 
  • Emma Maembong sebagai Amira dan Amina
  • Norman Hakim sebagai Datuk Jamal
  • Lisdawati sebagai Datin Maria 
  • Raja Azmi sebagai Mak Kiah 
  • Yus Waisar sebagai Zarul

Sinopsis Telefilem Dia Kembarku 

Mengisahkan tentang bapa yang tergamak membuang seorang daripada anak kembarnya kerana mengalami kecacatan di bahagian wajahnya. Amina dipisahkan dari ibunya dan orang gaji, Mak Kiah yang membesarkan Amina di sebuah kampung.

Sejak kecil lagi, Amina diminta menutup bahagian wajahnya yang buruk dengan sapu tangan atau tuala kecil apabila berada di khalayak. Namun, Amina tidak pernah menyalahkan takdir. Kehadiran Amina di rumah Datuk Jamal merubah segalanya.

Adakah Amina dapat menerima ayahnya di atas perbuatannya kepada Amina selama ini. Dibesarkan tanpa kasih sayang ibu dan ayah. 


Tonton Telefilem Dia Kembarku

Siapa yang terlepas menonton telefilem ini, boleh tonton di sini. 


Baca : Tonton Drama Bicara Cinta Episod 1 Hingga 15 ( Akhir )

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang