Tonton Drama Bicara Cinta Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Lakonan Emma Maembong Dan Adi Putra

Tonton Drama Bicara Cinta Episod 1 Hingga 16 ( Akhir ) Lakonan Emma Maembong Dan Adi Putra | Salam semua, sis ternampak iklan pendek untuk drama Bicara Cinta kat TV3 dah banyak hari lalu lalang. Kemudian nampak dekat instagram Drama Sangat dah update untuk tayangan drama Bicara Cinta.

Satu lagi drama melayu yang diadaptasikan dari novel Bicara Cinta karya Missa J. Drama bersiri yang mempunyai 16 episod ini akan bersiaran pada malam ini di slot Samarinda di TV3 pada pukul 10 malam. 


Drama bicara cinta

Baca untuk sinopsis novel Bicara Cinta macam menarik. Buat korang yang nak tahu jalan cerita macam mana, boleh lah ambil masa sikit untuk menonton drama Bicara Cinta lakonan Emma Maembong dan Adi Putra. 

Info Drama Bicara Cinta 

  • Bilangan Episod: 16 episod
  • Tarikh Tayangan : 21 September 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Pengarah: Along Kamaludin
  • Produksi: Primeworks Studios
  • Pelakon : Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian

Pelakon Drama Bicara Cinta Dan Watak 


Pelakon Utama adalah :
  • Emma Maembong sebagai Anis Sofea
  • Adi Putra sebagai Rais
  • Azrel Ismail sebagai Saddiq
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Ali 
  • Datin Fadilah Mansor Humairah
  • Kathy Azean sebagai Mahzan
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi

Pelakon Pembantu adalah :
  • Beego sebagai Sarip
  • Syed Aiman sebagai Khalid
  • Khalida Balqis sebagai Kaira
  • Eizlan Yusof sebagai Zainuddin
  • Lisdawati sebagai Zaleha
  • Rahim Jailani sebagai Hamid
  • Fadzil Hamdan sebagai Shaari 
  • Maria sebagai Cik Ana
  • Ayuna sebagai Kak Zai 
  • Fatiha sebagai Safiyya
  • Fauzan sebagai Ustaz Sulaiman

Sinopsis Penuh Drama Bicara Cinta 


Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang.

Biarpun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.


Sinopsis Novel Bicara Cinta Karya Missa J


Rupanya, novel Bicara Cinta ada dijual di Shopee. Ok, ini sinopsis ringkas novel Bicara Cinta. Kalau sesiapa berminat nak beli novel boleh cari kat Shopee. 

Drama bicara cinta


Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!” “Nenda!!! 

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara. 

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang. 

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan. 

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya. 

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta? 

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda. 

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah. 

Anis dalam dilema. 

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga. 

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?


Kredit : 
1. myinfotaip.com
2. TV3Malaysia Official Youtube
3. Wikipedia

Post a Comment

Previous Post Next Post